02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

JALINAN STRATEGIK PERKUKUH USAHA TANGANI ANCAMAN KESELAMATAN NEGARA

SIMPANG RENGGAM, 24 JULAI – Komitmen memperkukuh keselamatan perairan dan daratan pantai diterjemah menerusi kunjungan hormat Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Saadin ke Batalion Ke-5 Pasukan Gerakan Am (PGA) di Simpang Renggam, Johor, semalam.

Ketibaan beliau bersama delegasi terdiri Timbalan Pengarah Zon Maritim Mersing (Siasatan), Leftenan Maritim Sharom Nizam Md Noor dan Timbalan Pengarah Zon (Keselamatan), Leftenan Madya Maritim Mohd Amri Alias, telah disambut mesra Komander Batalion Ke-5 PGA, Superintendan Solihin Suleiman.

Pada pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah bertukar pandangan dan memperhalusi pelbagai pendekatan baharu dalam usaha menangani isu keselamatan negara, terutamanya berkaitan jenayah rentas sempadan, penyeludupan dan kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI).

“Kerjasama antara Maritim Malaysia dan PGA amat penting dalam memastikan kawasan perairan dan pesisir pantai Mersing terus dipantau secara efektif. Sinergi ini bakal memperkukuh kesiapsiagaan operasi bersama,” ujar beliau.

Turut dibincangkan pada sesi tersebut adalah mengenai pelaksanaan operasi bersama, perkongsian kemudahan latihan serta penggunaan aset secara bersepadu bagi meningkatkan keupayaan taktikal kedua-dua agensi.

“Dengan kerjasama erat dua agensi penguat kuasa ini, Maritim Malaysia yakin keselamatan negara khususnya di kawasan pantai timur Johor terus terpelihara,” jelas Suhaizan lagi.

Diharapkan kunjungan ini akan membuka ruang kepada penyelarasan yang lebih mantap antara Zon Maritim Mersing dan Pasukan Gerakan Am (PGA) dalam menghadapi cabaran semasa di kawasan perairan negara khususnya di kawasan Mersing.

ZIARAH STRATEGIK2
 
ZIARAH STRATEGIK4
 
ZIARAH STRATEGIK5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC