03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

TAKLIMAT VTS PERKASA PENGUATKUATKUASAAN MARITIM MALAYSIA

JOHOR BAHRU, 23 JULAI – Usaha memperkasa kecekapan pengoperasian dan keselamatan maritim terus dipertingkat apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor menganjurkan taklimat berkaitan sistem Vessel Traffic Services (VTS) di Pejabat Maritim Negeri Johor, semalam.

Pemangku Pengarah Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil memaklumkan, taklimat berkenaan diadakan bertujuan memantapkan pengurusan trafik laut serta keberkesanan komunikasi dua hala di perairan negara.

“Seramai 30 pegawai dan anggota daripada unit kapal, bot dan Ibu Pejabat telah menghadiri taklimat tersebut sebagai usaha dalam memperkemas ilmu pengetahuan sedia ada,” jelas beliau.

Kama Azri turut memaklumkan, taklimat yang disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Trafik & Bantuan Pelayaran JLM Wilayah Selatan, Puan Noranita binti Md Salleh itu merupakan bidang tugas yang dikendalikan Seksyen Operasi Maritim Negeri Johor.

“Taklimat seperti ini mampu menambah ilmu pengetahuan para pegawai dan anggota yang bekerja di lapangan selain dapat mengetahui senarai kapal-kapal yang diberi kebenaran daripada Jabatan Laut Malaysia bagi tujuan tertentu,” tambah beliau.

Melalui penganjuran taklimat seperti ini, Maritim Negeri Johor terus menunjukkan komitmen dalam meningkatkan tahap profesionalisme dan kesiapsiagaan warga kerjanya.

Usaha berterusan ini bukan sahaja memperkukuh kerjasama antara agensi, malah memastikan keselamatan dan kelancaran pergerakan trafik maritim di perairan negara sentiasa berada pada tahap optimum.

 

TAKLIMAT VTS
 
TAKLIMAT VTS3
 
TAKLIMAT VTS4

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA MENGHADAP TYT PULAU PINANG, PERKASA PERANAN STRATEGIK AGENSI

PULAU PINANG, 23 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah bersama Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Haji Md Fauzi bin Othman serta Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Ramli Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di Seri Mutiara, hari ini.

Dalam pertemuan itu, Datuk Haji Mohd Rosli memberi taklimat menyeluruh kepada TYT Tun Ramli mengenai fungsi dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam menguatkuasakan undang-undang maritim di perairan negeri Pulau Pinang.

Antara fokus utama agensi termasuklah membanteras jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pencerobohan nelayan asing, serta memastikan keselamatan pelayaran dan komuniti maritim setempat sentiasa terpelihara.

Turut dibincangkan ialah cadangan perolehan tanah di kawasan Macallum, Pulau Pinang bagi pembinaan bangunan pejabat serta kuarters Maritim Malaysia Negeri Pulau Pinang.

Langkah strategik ini dijangka dapat memperkukuh keupayaan operasi dan penyelarasan tugas penguatkuasaan serta misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) di perairan negeri itu.

Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, TYT Tun Ramli Ngah Talib menzahirkan penghargaan atas komitmen tinggi Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan perairan negara, khususnya di kawasan strategik seperti Pulau Pinang.

Beliau turut menyambut baik inisiatif perolehan premis baharu tersebut yang diyakini dapat mempertingkat tahap kesiapsiagaan dan kecekapan operasi Maritim Malaysia di negeri ini.

Kunjungan hormat ini menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara agensi persekutuan dan kerajaan negeri dalam menangani cabaran keselamatan maritim serta membina jaringan strategik ke arah tadbir urus laut yang lebih mampan.

 

KH TYT PENANG
 
KH TYT PENANG2

KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA DITERIMA MENGADAP PADUKA BAGINDA SULTAN PAHANG

KUALA LUMPUR, 22 JULAI – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, telah berkenan menerima mengadap Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah.

Sesi mengadap yang berlangsung ini merupakan satu penghormatan besar buat Maritim Malaysia dalam menjunjung kasih dan menzahirkan sokongan penuh kepada kepimpinan KDPB Tuanku.

Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah turut mengambil kesempatan memperkenalkan barisan kepimpinan baharu serta Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia kepada KDPB Tuanku.

Antara intipati penting yang dizahirkan, KDPB Tuanku menzahirkan keprihatinan terhadap keperluan prasarana agensi dan menitahkan agar cadangan pembinaan bangunan serta infrastruktur Maritim Malaysia di Negeri Pahang disegerakan, namun diselaraskan dengan kemampuan kewangan semasa kerajaan.

Selain itu, baginda turut menzahirkan kebimbangan berhubung isu penyalahgunaan dadah dalam komuniti maritim dan menitahkan agar operasi penguatkuasaan Maritim Malaysia dipertingkatkan khususnya di kawasan perairan Pahang.

Maritim Malaysia merafak sembah dan menjunjung kasih di atas limpah perkenan Tuanku menerima mengadap, dan menegaskan komitmen berterusan agensi dalam memperkasa keselamatan perairan negara serta memperkukuh pelaksanaan undang-undang maritim demi kesejahteraan rakyat.

 

MENGADAP SULTAN PHG
 
MENGADAP SULTAN PHG2
 
MENGADAP SULTAN PHG4

31 PEGAWAI, ANGGOTA MARITIM MALAYSIA TAMAT LATIHAN ASAS KURSUS PENERBANGAN, TERIMA PEMAKAIAN SAYAP PENERBANG

PUTRAJAYA, 22 JULAI – Seramai 31 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berjaya menamatkan latihan setelah mengikuti Kursus Asas Penerbangan di Layang Layang Flying Academy (LLFA), Ipoh, dalam majlis yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Majlis Tamat Latihan dan Pemakaian Sayap Penerbang Maritim Malaysia Tahun 2025 itu disempurnakan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah diiringi Pengarah Bahagian Operasi Udara, Laksamana Pertama Maritim Mohd Tahir bin Khalid.

Pemakaian Sayap Penerbang telah menyaksikan sebanyak lapan pelatih Juruterbang Helikopter Siri 2/2023, enam pelatih Pegawai Sistem Udara Siri 1/2024, lima pelatih Aircrewman Siri 2/2024 dan enam pelatih Perenang Penyelamat Siri 2/2024.

Selain itu, empat orang peserta Kursus Lanjutan Mencari dan Menyelamat Helikopter serta dua peserta Kursus Jurulatih Penerbangan menerima Sijil Tamat Latihan dalam majlis sama.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli, kursus ini penting bagi melahirkan Pegawai dan anggota yang berkeupayaan tinggi dalam mengendalikan operasi maritim selaras dengan teras tujuh yang menjadi pegangan beliau dengan menekankan pembangunan modal insan yang berkualiti.

“Kursus ini bertujuan melatih dan melahirkan pegawai berkepakaran Penerbang Maritim Malaysia yang berkelayakan dan berkemahiran tinggi bagi mengoperasikan pesawat Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan dan CARILAMAT dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan maritim negara sentiasa berada di tahap optimum,” ujarnya.

Tambahnya, dengan persediaan kursus yang telah dijalankan, beliau optimis kesiapsiagaan penguat kuasa Martim Malaysia berada di tahap terbaik bagi menghadapi pelbagai cabaran berkaitan pengoperasian operasi udara yang kompleks dan mencabar.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Norhisham bin Ibrahim; Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah; Group General Manager Layang Layang Flying Academy Sdn Bhd, Captain Shahdon Poong serta pegawai-pegawai kanan dan warga Maritim Malaysia.


TAMAT LATIHAN
 
TAMAT LATIHAN5
 
TAMAT LATIHAN7
 
TAMAT LATIHAN10

103 TAHUN IMIGRESEN MALAYSIA : MARITIM MALAYSIA TERUS PERKUKUH KERJASAMA

PUTRAJAYA, 21 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah menghadiri Majlis Sambutan Hari Imigresen ke-103 bertempat di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Putrajaya, hari ini.

Majlis sambutan tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, Yang Berhormat Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Awang Alik bin Jeman serta Ketua Pengarah Imigresen, Dato' Zakaria bin Shaaban.

Kehadiran Ketua Pengarah Maritim Malaysia mencerminkan komitmen berterusan Agensi dalam memperkukuh jaringan kerjasama strategik bersama Jabatan Imigresen Malaysia, khususnya dalam aspek keselamatan maritim dan penguatkuasaan undang-undang berkaitan kemasukan serta keberadaan pendatang asing di perairan negara.

Dengan mengangkat tema sambutan pada tahun ini ; ‘AI Meneraju Reformasi Imigresen’, mengambarkan komitmen Jabatan Imigresen untuk melangkah lebih jauh dengan memanfaatkan kecerdasan buatan bagi memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan serta menambah baik aspek keselamatan dan kawalan sempadan negara.

Maritim Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh warga Jabatan Imigresen Malaysia atas ulang tahun ke-103 penubuhannya ini.

HARI IMIGRESEN7
 
HARI IMIGRESEN2
 
HARI IMIGRESEN3
 
HARI IMIGRESEN4

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC