02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

46 KRU PERTAMA KAPAL EX-USCG STEADFAST BERANGKAT KE BALTIMORE HARI INI

SEPANG, 18 JULAI – Seramai 46 kru pertama Kapal EX-USCG Cutter Steadfast akan berlepas ke Baltimore, Amerika Syarikat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1) bagi melaksanakan misi membawa pulang aset berkenaan ke Malaysia, pukul 6.00 petang hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Penerimaan dan Penempatan Kapal, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah menyifatkan misi ini sebagai satu tanggungjawab besar.

“Tuan-tuan mewakili bukan sahaja Maritim Malaysia, tetapi juga nama baik negara di peringkat antarabangsa. Justeru tunjukkan profesionalisme dan etika kerja yang tinggi ketika berada di sana,” kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika hadir pada Majlis Pelepasan Kru EX-USCG Cutter Steadfast di sini hari ini.

Pada ucapan ringkas, Shahref Steve turut menzahirkan rasa bangga terhadap komitmen tinggi ditunjukkan kru, serta berharap agar kesemua mereka pulang dengan kejayaan yang membanggakan negara.

Misi ini dianggap sebagai titik tolak baharu kepada pengukuhan keselamatan maritim negara apabila kapal EX-USCG Cutter Steadfast bakal menjadi antara ‘tulang belakang’ dalam memelihara keselamatan perairan negara.

Dalam pada itu, beliau turut menitipkan doa dan harapan agar kru berkenaan sentiasa dilindungi serta diberi kekuatan sepanjang menjalani latihan dan pelayaran membawa pulang kapal berkenaan ke Malaysia.

“Berangkatlah dengan penuh tekad dan keazaman. Pulanglah dengan kejayaan dan kebanggaan,” tambah beliau.

Misi ini bukan sahaja membawa harapan besar kepada Maritim Malaysia, malah menjadi lambang komitmen negara dalam memperkukuh penguatkuasaan maritim di negara ini.

 

BERANGKAT US2
 
BERANGKAT US3
 
BERANGKAT US4
 
BERANGKAT US5

 

MARITIM NEGERI KELANTAN KOMITED DALAM PERKASA PEMBANGUNAN ROHANI DAN ETIKA KERJA

PASIR PUTEH, 18 JULAI – Maritim Negeri Kelantan telah mengadakan Majlis perhimpunan bulanan, sesi serah terima tugas dan program penerapan nilai murni bertempat di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Negeri dekat sini, semalam.

Perhimpunan pada kali ini turut menyaksikan pemeriksaan Pakaian istiadat No 1 yang dilakukan oleh Pengarah Maritim Negeri Kelantan,Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi yang bertujuan memastikan profesionalisme, rupacara dan disipllin dalam perkhidmatan sentiasa terjaga dan berada di tahap yang tertinggi.

Dalam ucapannya, beliau mengingatkan kesemua warga supaya sentiasa melaksanakan tugas dengan cemerlang beserta kepatuhan berkenaan arahan merujuk kepada teras taat setia yang merupakan antara 7 teras strategik yang telah digariskan oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia Laksamana Maritim Datuk Haji Rosli bin Abdullah.

Selesai perhimpunan, program diteruskan dengan majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Sekyen Logistik Maritim Negeri diantara Leftenan Komander Maritim Rahim bin Razali kepada penggantinya Leftenan Komander Maritim Mohd Fauzi bin Ab Rahman.

Pengarah Maritim Negeri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pegawai yang akan bertukar keluar atas sumbangan dan khidmat bakti yang cemerlang sepanjang memegang jawatan berkenaan. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran pegawai baharu dan menyeru agar semangat kerja berpasukan terus diperkukuh demi memastikan kesiapsiagaan logistik Maritim Malaysia terus berada di tahap tertinggi.

Pada hari yang sama, berlangsungnya program penerapan nilai-nilai murni iaitu ceramah khas bertajuk 'Bayar zakat, harta berkat' yang telah disampaikan oleh wakil Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Tuan Haji Ridhwan bin Abdul Rahman, Ketua Unit Baitulmal MAIK.

Antara intipati yang disentuh beliau adalah berkaitan zakat pendapatan, zakat simpanan, kaedah pengiraan zakat semasa, dan saluran rasmi pembayaran zakat melalui MAIK.

“Zakat bukan sekadar kewajipan agama, tetapi juga satu bentuk tanggungjawab sosial yang memberi impak besar kepada kesejahteraan masyarakat. Ia adalah hak asnaf dalam harta kita yang perlu disalurkan dengan penuh amanah," ujarnya.

Program pada hari ini berakhir dengan jayanya dan secara tidak langsung, sikap positif yang telah ditunjukkan oleh warga Maritim Negeri dalam setiap program yang dilaksanakan menunjukkan kesemuanya komited dalam memperkasakan pembangunan rohani dan nilai etika kerja dalam kalangan warga organisasi, selaras dengan prinsip Ihsan yang menjadi teras MADANI.

 

MNK ETIKA4
 
MNK ETIKA2
 
MNK ETIKA5
 
MNK ETIKA9

ZON MARITIM BATU PAHAT ADAKAN MESYUARAT PENYELARASAN PERMOHONAN PEWARTAAN LOKAP

BATU PAHAT, 17 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Batu Pahat telah mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Permohonan Pewartaan Lokap baharu di Zon Maritim Batu Pahat pagi tadi.

Mesyuarat yang julung kali diadakan ini telah dipengerusikan oleh Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal.

Jelas Mohammad Zaini, mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras tindakan dan mendapatkan maklum balas berkaitan pewartaan lokap agar selaras dengan kehendak undang-undang dan garis panduan yang ditetapkan.

Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Penolong Pengarah Kanan Seksyen Keselamatan Premis dan Lokap Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Leftenan Komander Maritim Kanagaswaran A/L Periasamy, Timbalan Pengarah (Pengurusan) Zon Maritim Batu Pahat, Encik Ahmad Firdaus bin Haron, Timbalan Pengarah (Keselamatan) Zon Maritim Batu Pahat, Leftenan Maritim Mohamad Ismail bin Abd Talib.

Selain itu wakil dari Jabatan Kerja Raya Daerah Batu Pahat, Encik Mohamad Syafiq bin Marhalid, wakil dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Daerah Batu Pahat, PgB Saprianto bin Junaidi, dan wakil dari Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Dr Wong Liang Tung hadir bagi membincangkan mengenai latar belakang, carta alir, pelan lantai, gambar lokap, dan status pewartaan.

Usai perbincangan, lawatan tapak ke bangunan lokap turut dilakukan oleh tiga jabatan yang menghadiri mesyuarat kali ini.

Mohammad Zaini dalam pada itu menjelaskan, Maritim Malaysia terlibat dalam penguatkuasaan undang-undang persekutuan di Zon Maritim Malaysia yang melibatkan penangkapan dan penahan tahanan.

Pindaan Akta APMM 2014 memberi kuasa tambahan kepada pegawai penguat kuasa Maritim Malaysia, yang setara dengan kuasa pegawai polis berpangkat Koperal dan pegawai penjara berpangkat Sarjan, untuk menjaga tahanan.

Bangunan lokap baharu ini dibina semula sepenuhnya dengan skop kerja merangkumi pembinaan empat sel tahanan, pagar keselamatan, dan pejabat lokap.

Tambah beliau, Maritim Malaysia komited untuk terus memperkukuh keupayaan operasinya dalam menjaga keselamatan perairan negara dan memastikan undang-undang maritim dikuatkuasakan dengan lebih berkesan.

 

BATU PAHAT LOKAP4
 
BATU PAHAT LOKAP3
 
BATU PAHAT LOKAP2

PROFESIONALISME DAN INTEGRITI TUNJANG KEKUATAN MARITIM MALAYSIA

KUANTAN, 18 JULAI – Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah telah mengadakan sesi libat urus yang merangkumi dialog terbuka bersama warga kerja sempena lawatan kerja rasmi beliau ke Maritim Negeri Pahang, semalam.

Kehadiran beliau di Auditorium Datuk Ibrahim bin Mohamed bukan sahaja membawa simbolik kepimpinan dekat di hati pegawai dan anggota bawahan, malah memperkukuh jalinan kerjasama antara pengurusan tertinggi dan pentadbiran negeri.

Lawatan itu turut mencatatkan sejarah sebagai kali pertama sejak pelantikan Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang, sekali gus menyuntik semangat baharu dalam kalangan warga kerja agensi.

Acara dimulakan dengan Kawalan Kehormatan Setempat Alpha, diikuti sesi bergambar bersama pegawai kanan dan menandatangani buku pelawat oleh Ketua Pengarah.

Dalam amanatnya, Datuk Haji Mohd Rosli menegaskan bahawa aspek jati diri, kerja berpasukan, profesionalisme dan integriti merupakan tunjang kekuatan Maritim Malaysia dalam mendepani cabaran keselamatan maritim negara.

Beliau turut menekankan tujuh teras utama tadbir urus agensi yang menjadi kompas kepada seluruh warga kerja, iaitu Kepimpinan Proaktif dan Inklusif, Taat Setia, Pembangunan Modal Insan dan Organisasi, Pengukuhan Tatakelola, Kesiapsiagaan Aset, Penggunaan Teknologi Terkini serta Pengukuhan Jalinan Kerjasama strategik.

“Lawatan ini bukan sekadar simbolik pentadbiran, tetapi ruang strategik untuk menyelaras pelaksanaan tugas dan memperkasa penyampaian perkhidmatan awam yang cekap dan berintegriti,” ujar beliau.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, pegawai memerintah kapal, pegawai kanan serta warga Maritim Negeri Pahang yang dilihat bersemangat dan berinspirasi hasil sesi libat urus tersebut.

 

KP MNP5
 
KP MNP4
 
KP MNP6
 
KP MNP7

PAMERAN KERJAYA SEMPENA MINGGU PENDIDIKAN KERJAYA DI SM LOK YUN, KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 17 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah menyertai Pameran Kerjaya sempena Minggu Pendidikan Kerjaya anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Sekolah Menengah Lok Yuk, Kota Kinabalu (CF), Sabah yang berlangsung semalam.

Pameran yang bermula dari jam 9.00 pagi hingga 1.00 tengah hari ini telah menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi dan badan beruniform bagi memberi pendedahan awal kepada para pelajar tentang pilihan kerjaya dan hala tuju selepas tamat persekolahan.

Maritim Malaysia turut mengambil peluang ini untuk mendekatkan agensi dengan pelajar serta memperkenalkan fungsi dan peranan utama Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan negara, khususnya di Zon Maritim Malaysia.

Menurut Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, penglibatan Maritim Malaysia dalam program seperti ini merupakan salah satu usaha berterusan untuk menanam minat dalam kalangan generasi muda terhadap kerjaya dalam sektor keselamatan maritim.

Pihak sekolah turut merakamkan penghargaan atas kesudian Maritim Malaysia untuk bersama-sama menjayakan Minggu Pendidikan Kerjaya kali ini. Sambutan yang diterima daripada para pelajar juga amat menggalakkan, membuktikan minat dan keinginan mereka untuk mengenali lebih dekat profesion dalam sektor awam dan keselamatan negara.

 

PAMERAN KERJAYA2
 
PAMERAN KERJAYA3
 
PAMERAN KERJAYA5

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC