02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

RANCAKKAN MADANI | MARITIM MALAYSIA BENTUK GENERASI MUDA MELALUI SEKOLAH ANGKAT MADANI

KUANTAN, 29 JULAI – Komited melahirkan generasi mempunyai jati diri, berwawasan dan berpandangan jauh, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melakar sejarah tersendiri apabila melancarkan inisiatif Sekolah Angkat MADANI di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Baging, Pahang, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, inisiatif ini bukan sekadar program tanggungjawab sosial korporat (CSR), sebaliknya merupakan pelaburan sosial jangka panjang bagi membentuk sahsiah, disiplin dan jati diri dalam kalangan generasi muda sejak di bangku sekolah.

“Maritim Malaysia percaya pendidikan adalah tunjang kepada masa depan negara, dan Sekolah Angkat MADANI ini ialah platform untuk menyemai nilai kepimpinan dan kenegaraan seiring konsep Malaysia MADANI,” tegas Datuk Haji Mohd Rosli.

Beliau berkata demikian ketika hadir merasmikan Sekolah Angkat MADANI di sini pagi tadi.

Turut hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Pegawai Pendidikan Daerah, Jabatan Negeri Pahang, Hj. Shaiful Azizi Sukri bin Mohd Kassim, Pengetua SMK Sungai Baging, En. Ahmad Zahiruddin bin Md Isa serta pegawai-pegawai kanan Maritim Malaysia.

SMK Sungai Baging yang terletak berhampiran AMSAS dipilih sebagai Sekolah Angkat kerana lokasinya yang strategik. Sekolah ini mula beroperasi pada 2005 dengan hanya 11 guru, dan kini berkembang dengan 74 guru, 12 staf bukan guru dan 838 pelajar.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan Maritim Malaysia di sekolah ini ialah latihan kawad asas bersama Pasukan Kadet Maritim (PASKAM), pendedahan awal terhadap kerjaya maritim dan keselamatan perairan, serta aktiviti luar bilik darjah yang berteraskan nilai kenegaraan dan kepimpinan.

Terdahulu, penubuhan PASKAM di sekolah ini sejak Januari 2020 menjadikan ia tunjang utama kejayaan inisiatif ini. Bermula dengan 46 pelajar, kini keahlian PASKAM telah meningkat kepada 110 pelajar terdiri dari pelajar tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

Hasil daripada bimbingan jurulatih dan pegawai Maritim Malaysia, PASKAM SMK Sungai Baging pernah menjadi Naib Johan Pertandingan Ikhtiar Hidup Peringkat Negeri Pahang 2023, selain penglibatan enam guru pembimbing PASKAM sebagai ahli Pasukan Sukarelawan Maritim Malaysia (PSMM), memperkukuh jalinan kerjasama komuniti dan Agensi ini.

Datuk Haji Mohd Rosli dalam ucapan yang sama turut menegaskan, keterlibatan pegawai dan anggota Maritim Malaysia dalam inisiatif ini, memberi nilai tambah bukan sahaja kepada komuniti tetapi juga kepada Agensi ini sendiri.

Beliau dalam pada itu turut menggesa para pelajar di sekolah berkenaan menanam cita-cita yang tinggi khususnya yang melibatkan sektor maritim sebagai peluang kerjaya pada masa akan datang.

SEKOLAH ANGKAT12
 
SEKOLAH ANGKAT7
 
SEKOLAH ANGKAT8
 
SEKOLAH ANGKAT14

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC