03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

NELAYAN HILANG DITEMUI LEMAS TERSANGKUT PUKAT

KUALA KURAU, 2 JULAI – Suasana hening di perairan Tanjung Piandang berubah pilu apabila komuniti nelayan menemui seorang rakan mereka dalam keadaan tidak bernyawa, tersangkut pada pukat, selepas keluar menangkap ikan seorang diri.

Mangsa dikatakan keluar ke laut sekitar pukul 3.00 pagi tadi ditemui lemas beberapa jam kemudian selepas bot miliknya dikesan terapung tanpa pengendali sekitar pukul 8.00 pagi oleh nelayan tempatan yang kebetulan melalui kawasan tersebut.

Kehilangan itu segera disedari komuniti nelayan setempat yang kemudiannya melancarkan pencarian segera sebelum pihak Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Kurau menerima maklumat rasmi daripada pihak polis dan mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT).

Pengarah Zon Maritim Kuala Kurau, Komander Maritim Mohd Hairil bin Othman memaklumkan, hasil kerjasama erat dan kepekaan nelayan tempatan telah membantu mempercepatkan penemuan mangsa.

“Mangsa ditemui dalam keadaan menyayat hati, tersangkut pada pukat, tidak jauh dari lokasi botnya ditemui.

“Maritim Malaysia amat menghargai tindakan pantas komuniti nelayan yang membantu mengesan mangsa lebih awal,” ujarnya.

Tambah beliau, mayat mangsa dibawa ke jeti berhampiran kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut termasuk pengecaman dan dokumentasi.

Tragedi ini sekali lagi membuka mata tentang risiko keselamatan nelayan yang keluar ke laut secara bersendirian, tanpa sebarang sokongan kecemasan atau memaklumkan lokasi kepada pihak keluarga atau rakan.

Maritim Malaysia menyeru semua komuniti maritim agar mengambil langkah keselamatan sewajarnya seperti memakai jaket keselamatan, menggunakan sistem pemantauan lokasi, dan tidak ke laut bersendirian terutamanya pada waktu malam.

Sebarang kejadian kecemasan di laut boleh dilaporkan terus melalui talian 999, WhatsApp ke 011-3525 9919, atau hubungi terus Pejabat Zon Maritim Kuala Kurau di 05-727 9919 untuk maklum balas segera.

NELAYAN PUKAT
 
NELAYAN PUKAT3
 
NELAYAN PUKAT4

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC