TAWAU, 19 JULAI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tawau dengan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Cawangan Tawau telah melaksanakan OP MARDOF Sabah Bil. 4/2025 bermula dari 14 Jun sehingga 18 Julai 2025, meliputi kawasan perairan Tawau bermula dari Wallace Bay sehingga Kalumpang.
Pengarah Zon Maritim Tawau,Kepten Maritim Ariffin bin Ghazali berkata,dalam operasi ini lebih menumpukan kepada pemeriksaan kepada nelayan-nelayan tempatan bagi mendidik komuniti ini untuk sentiasa peka terhadap penguatkuasaan undang-undang perikanan dan sentiasa mematuhi peraturan-peraturan perikanan yang telah ditetapkan.
Beliau memaklumkan, pelaksanaan Op MARDOF di Zon Maritim Tawau ini melibatkan operasi dua fasa iaitu fasa laut dan fasa darat yang disertai oleh 32 pegawai dan anggota Maritim Malaysia dan lapan anggota daripada DOF.
Ariffin turut berkata, sepanjang operasi ini,sebanyak 81 pemeriksaan ke atas vesel dan premis serta 53 penggeledahan dilakukan membabitkan bot pukat tunda, bot nelayan tradisional, bot kargo hasil laut, bagang ikan bilis serta premis menjual hasil laut di pasar awam.
Secara keseluruhan, kesedaran tentang pematuhan undang-undang perikanan sepanjang operasi ini dijalankan lebih meningkat.
“Hanya terdapat beberapa kesalahan-kesalahan kecil yang dikenalpasti dan teguran serta amaran diberikan bertujuan mendidik komuniti nelayan ini untuk terus mematuhi peraturan-peraturan perikanan yang telah ditetapkan,” tambah beliau.
Maritim Malaysia menegaskan bahawa penguatkuasaan undang-undang di laut akan terus dipantau rapi bagi memastikan pematuhan undang-undang terus dipatuhi.
Komuniti nelayan juga disaran agar terus mematuhi peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.
Kerjasama operasi bersepadu seperti ini akan diteruskan secara berkala dan melibatkan pelbagai agensi sahabat bagi meningkatkan lagi hubungan strategik antara agensi serta mengukuhkan tahap penguatkuasaan secara lebih berkesan.
Salurkan sebarang salah laku jenayah yang berlaku di sekitar perairan Tawau ke talian Pusat Operasi Zon Maritim Tawau di talian 089-752116 atau hubungi talian kecemasan 999 untuk tindakan segera.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |































.svg.png)

