02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

EKSESAIS KIAMSAM 1/2022 : LATIHAN TINDAKAN PENGAWALAN TUMPAHAN MINYAK PERAIRAN LABUAN

LABUAN, 29 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Zon Maritim Labuan telah terlibat sama di dalam EKSESAIS KIAMSAM 1/2022 selama 3 hari bermula 27-29 September 2022 di kawasan perairan SBM, Labuan Crude Oil Terminal, 5 batu nautika daripada Labuan.

Eksesais ini dilaksanakan bagi menguji tahap kemahiran dan keupayaan serta kesiapsiagaan aset Maritim Malaysia. Kapal Maritim KM Lahad Datu dan bot  KILAT 23 dan KILAT 40 terlibat semasa latihan ini berlangsung.

Insiden Eksesais ini dilaksanakan dengan pelanggaran 2 buah kapal tanker yang mana salah sebuah kapal tersebut sedang menerima pemindahan crude oil daripada connection pipe SBM.

Eksesais ini juga melibatkan gabungan daripada pelbagai Jabatan/Agensi kerajaan dan pihak komuniti Oil and Gas serta Jabatan Alam Sekitar sebagai penyelaras di dalam pelaksanaan MOSCoP dan Pelan Tindakan Pembersihan Tumpahan Minyak di Pantai.

Maritim Malaysia akan terus komited memanfaatkan peluang melakukan operasi bersama dalam usaha memacu kesiapsiagaan setiap anggota dan aset untuk melindungi dan mempertahankan kepentingan maritim negara setiap masa.

WhatsApp Image 2022 09 29 at 10.30.11 AM    WhatsApp Image 2022 09 28 at 5.26.30 PM
     
WhatsApp Image 2022 09 29 at 10.30.12 AM 1   WhatsApp Image 2022 09 29 at 10.30.12 AM 2
     
WhatsApp Image 2022 09 29 at 10.30.12 AM 3   WhatsApp Image 2022 09 29 at 10.30.12 AM

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH JABATAN IMIGRESEN W.P LABUAN KE PENGARAH ZON MARITIM W.P LABUAN

LABUAN, 23 September - Pengarah Zon Maritim W.P. Labuan telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Jabatan Imigresen W.P Labuan iaitu Ketua Penolong Penguasa Raymond Anak Entalai.

Tujuan utama pertemuan ini adalah untuk merapatkan hubungan dua hala di antara kedua-dua Jabatan Kerajaan selain membincangkan penambahbaikan hal-hal berkaitan risikan dan penguatkuasaan di antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2022 09 23 at 11.19.40 AM    WhatsApp Image 2022 09 23 at 11.19.41 AM 1 
 WhatsApp Image 2022 09 23 at 11.19.41 AM    WhatsApp Image 2022 09 23 at 11.19.42 AM 1
     
 WhatsApp Image 2022 09 23 at 11.19.42 AM    WhatsApp Image 2022 09 23 at 11.19.41 AM 2
     

LAWATAN KEBAJIKAN TERHADAP ANGGOTA MARITIM MALAYSIA YANG KEMATIAN IBU OLEH KEPIMPINAN TERTINGGI APMM

LUMUT, 20 September - Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya'akup telah melakukan lawatan kebajikan ke atas anggota yang kematian ibu iaitu Leftenan Komander (M) Aida binti Arzahari di kediamannya di Seri Manjung, Perak hari ini.

Turut hadir ialah Timbalan Pengerusi I, Puspanita Cawangan Kecil APMM, Datin Norazlita Binti Hamali yang juga isteri Timbalan Ketua Pengarah (Logistik) Maritim Malaysia.

Tujuan lawatan ini adalah bagi memberi kata-kata semangat serta sokongan moral agar terus tabah dengan ujian ini terhadap anggota dan seluruh keluarga yang terkesan.

Ini juga membuktikan tanda keprihatinan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia yang menitikberatkan kebajikan pegawai dan anggota selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Maritim Malaysia.

Allahyarhamah Hamiah Binti Zain ialah ibu kepada Leftenan Komander (M) Aida binti Arzahari, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Seri Manjung pada jam 7.30 petang semalam kerana menghidap penyakit kencing manis.

Jenazah dibawa ke Masjid Ar Rahman untuk dimandikan dan dikafankan serta disembahyangkan oleh warga kariah, sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Manjung pada jam 10.45 pagi tadi.

Takziah diucapkan kepada Leftenan Komander (M) Aida binti Arzahari sekeluarga dan didoakan agar roh ibu beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Resizer 16636630337925  Resizer 16636629825011
 Resizer 16636630209663

 Resizer 16636630486927

 

70 PEGAWAI DAN ANGGOTA MN SABAH TERIMA APC BAGI TAHUN 2021

KOTA KINABALU, 22 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021 pada hari ini di Mini Teater Tun Hamdan, Bangunan Yayasan Sabah pagi tadi.

Seramai 70 orang pegawai dan anggota dari seluruh Maritim Negeri Sabah telah menerima Sijil APC bagi tempoh tahun 2021. Selain penyampaian sijil APC, majlis pemakaian Lencana Interdiction kepada dua orang anggota MN Sabah dan W.P Labuan, iaitu LK (M) Lili Estiti binti Bacuk dan LK (M) Jalbet Joseph turut dilaksanakan.

 Majlis ini telah sempurnakan oleh Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan. Turut mengiringi YBhg Datuk PMN, YBrs. Kept (M) Mahmad Faizal bin Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi Negeri dan Pn. Sara binti Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri.

Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Mohd Rosli turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan beliau menzahirkan rasa bangga kepada pegawai dan anggota MN Sabah dan W.P Labuan kerana telah menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh suci hati dan berintegriti.

Dalam ucapan beliau juga berharap warga MN Sabah dan W.P Labuan teruskan kecemerlangan ini dengan tingkatkan lagi imej dan menjaga nama baik agensi semasa melakukan tugas. 

WhatsApp Image 2022 09 22 at 10.22.53 AM  WhatsApp Image 2022 09 22 at 1.01.39 PM 
     
 WhatsApp Image 2022 09 22 at 1.01.39 PM 1    5de79a14 6497 476d a202 87378fc7509a

ZON MARITIM BINTULU BERKAMPUNG TIGA HARI DI KAMPUNG KUALA NYALAU BAGI MENJAYAKAN PROGRAM SAHABAT MARITIM 2022

BINTULU, 20 September - Zon Maritim Bintulu telah menjayakan Program Sahabat Maritim 2022 di Kampung Kuala Nyalau dengan usaha sama bersama Petronas Cari Gali Sdn Bhd-Sarawak Aset dan Press Metal Bintulu Sdn Bhd pada 16 hingga 18 September 2022.

Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, program ini bertujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan kerjasama erat di antara Maritim Malaysia bukan sahaja dengan komuniti maritim setempat, tetapi juga dengan semua agensi kerajaan dan swasta yang lain.

Ianya juga diharap akan dapat memberi ruang kepada komuniti maritim khususnya untuk bekerjasama serta berinteraksi secara langsung dengan pihak Maritim Malaysia dalam menangani isu-isu keselamatan di kawasan perairan terutamanya di perairan Bintulu.

Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dilaksanakan antaranya pertandingan karaoke, pertandingan mengutip sampah terbanyak, pertandingan tarik tali, pertandingan mewarna yang melibatkan penduduk setempat dari pelbagai peringkat umur, anggota Maritim Malaysia serta Petronas.

Selain daripada itu, sumbangan dari segi menaik taraf Masjid Kampung Kuala Nyalau yang melibatkan keluasan 675 kaki persegi daripada Petronas serta sumbangan penghawa dingin dan pemasangan karpet daripada Press Metal.

Bertambah menarik, Program Sahabat Maritim pada kali ini, bertembung dengan Majlis Makan Tahun Kuala Nyalau 2022 pada 18 September yang mana ia merupakan program tahunan kampung tersebut.

Laporkan sebarang aktiviti yang mencurigakan ataupun kecemasan di laut melalui talian MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Zon Maritim Bintulu (086-314 254) dan Pusat Operasi Maritim Negeri Sarawak (082-432544) yang beroperasi 24 jam.

 

WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.59.16 PM   WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.59.16 PM 1
     
WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.59.13 PM   WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.59.15 PM
     
WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.59.14 PM 2   WhatsApp Image 2022 09 20 at 1.59.14 PM

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC