|
|
| |
|
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
VESEL NELAYAN KELAS C DITAHAN, DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN DAN KESALAHAN IMIGRESEN
MESYUARAT IPC SAREX LANG BRONOK 2026, PERKUKUH KESIAPSIAGAAN OPERASI
VESEL NELAYAN TEMPATAN DITAHAN, TANGKAP IKAN KURANG 12 BATU NAUTIKA DARI PANTAI
NELAYAN 63 TAHUN HILANG, BOT DITEMUI TANPA KELIBAT MANGSA DI PANTAI SEPAT
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH AADK MELAKA KE ATAS PENGARAH MARITIM NEGERI MELAKA & NEGERI SEMBILAN
KUALA LINGGI, 18 Ogos – Pengarah Maritim Negeri, Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan, Kepten Maritim Iskandar bin Ishak hari ini telah menerima satu kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Negeri Melaka, Wan Madihi Bin Wan Salleh, bersama pegawai-pegawai kanan AADK di pejabatnya hari ini.
Pertemuan dua hala ini bertujuan membincangkan dan memperkukuhkan kerjasama strategik di antara dua agensi bagi pelaksanaan operasi bersama dan perkongsian maklumat berkenaan usaha membasmi penagihan dadah di kalangan komuniti maritim di negeri Melaka.
Turut sama menyertai perbincangan itu ialah Timbalan Pengarah Operasi Negeri, Komander Maritim Norihan bin Ngah, pegawai-pegawai operasi serta pegawai risik.
![]() |
![]() |
ZON MARITIM TANJUNG SEDILI SERTAI PROGRAM DEKO SK SRI SETIA JAYA
TANJUNG SEDILI, 14 Ogos - Seramai 20 orang pegawai dan anggota Zon Maritim Tanjung Sedili telah menyertai program mendekorasi SK Sri Setia Jaya, Tanjung Sedili anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pagi semalam.
Program didahului dengan ucapan terima kasih Guru Besar sekolah, Tuan Haji Ahsahri bin Haji Kasdi dan penyampaian sijil penghargaan kepada jabatan dan agensi terlibat. Tentera Darat Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan juga turut menggembleng tenaga menyertai program ini.
Program yang dianjurkan ini bertujuan menarik minat dan memberi semangat kepada pelajar untuk ke sekolah dengan mengecat serta memberi wajah baru yang lebih ceria telah selesai dengan jayanya pada jam lebih kurang 1.30 petang.
![]() |
|
![]() |
![]() |
MALAYSIA BAKAL ADAKAN SEARCH AND RESCUE EXERCISE (SAREX) BERSAMA INDONESIA
JOHOR BAHRU, 16 Ogos – Bertempat di Ibu Pejabat Maritim Negeri Johor, Maritime Rescue Sub-Centre (MRSC) Johor Bahru telah mengadakan satu mesyuarat koordinasi yang dipengerusikan oleh Pengarah Maritim Negeri Johor, Laksamana Pertama (M) Maritim Nurul Hizam Zakaria bersama wakil-wakil Agensi sebagai persiapan untuk mengadakan Search and Rescue Exercise (SAREX) Malaysia – Indonesia (MALINDO) kali ke 41 pada tahun ini.
Mesyuarat bertujuan untuk meningkatkan kesiagaan semua agensi di bawah organisasi CARILAMAT Malaysia dan Indonesia bagi menangani sebarang kemungkinan kejadian bencana di udara mahupun di laut yang membabitkan perairan sempadan di kedua-dua negara.
Mesyuarat koordinasi dihadiri wakil daripada Majlis Keselamatan Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Kementerian Kesihatan Malaysia, Civil Aviation Authority of Malaysia (CAAM), Pasukan Bomba & Penyelamat Malaysia, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Laut Wilayah Selatan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Pejabat Perikanan Negeri Johor.
SAREX MALINDO ke 41 dijangka akan diadakan selama tiga hari bermula pada 20 hingga 22 September 2022 akan datang dengan melibatkan pasukan CARILAMAT dari kedua-dua negara.
![]() |
![]() |
SERAH TERIMA TUGAS TIMBALAN PENGARAH OPERASI NEGERI SELANGOR
PELABUHAN KLANG 15 Ogos - Majlis serah terima tugas Timbalan Pengarah Operasi negeri Selangor telah berlangsung di auditorium Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor dengan disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri ,Kepten Maritim Siva Kumar a/l Vengadasalam.
Komander Maritim Norihan bin Ngah secara rasminya telah menyerahkan tugas Timbalan Pengarah Operasi negeri Selangor kepada penggantinya Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali.
Pertukaran dua hala ini menempatkan Komander Maritim Norihan bin Ngah ke Maritim Negeri Melaka dan Negeri Sembilan sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri.
Komander Maritim Mohd Sharenliza bin Ghazali akan menjalankan tugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Negeri Selangor yang baharu bermula hari ini 15 ogos 2022.
Majlis turut disaksikan oleh warga Maritim Negeri Selangor.
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |

























.svg.png)

