03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

ANGGOTA ZON MARITIM MIRI TERIMA SUNTIKAN DOS PENGGALAK KEDUA VAKSIN COVID-19

MIRI, 13 Januari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Miri (ZMM) telah selesai melaksanakan suntikan dos penggalak kedua vaksin Covid-19 demi menjaga kebajikan dan sebagai langkah pencegahan risiko penyakit berjangkit ketika melaksanakan tugas.

Menurut Pengarah ZMM Kepten Mohd Shafie bin Haji Paing, warga ZMM menyambut baik saranan kerajaan untuk suntikan kedua dos penggalak vaksin Covid-19 apabila hampir 90 peratus warga ZMM berkumpul di bilik taklimat sejak 2.30 petang semalam untuk mendapatkan suntikan.

Zon Maritim Miri menjadi agensi keselamatan pertama menerima dos penggalak kedua sejak 2 minggu pelaksanaan pemberian dos tersebut.

Berdasarkan laporan dari Kementerian Kesihatan (KKM) yang mengesan trend peningkatan dalam pengambilan dos penggalak kedua di fasiliti kesihatan di seluruh negara sejak dua minggu lalu. Pengambilan dos penggalak Covid-19 boleh mencegah gejala yang teruk akibat jangkitan Covid-19.

Orang ramai yang ingin mengambil dos penggalak kedua bolehlah menghubungi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang berdekatan untuk mendapatkan temu janji secara percuma.

WhatsApp Image 2023 01 13 at 10.42.18 AM   WhatsApp Image 2023 01 13 at 10.42.18 AM 1 
     
WhatsApp Image 2023 01 13 at 10.42.18 AM 2   WhatsApp Image 2023 01 13 at 10.42.18 AM 3

LAWATAN DAN KUNJUNGAN HORMAT ADUN PANGKOR KE PEJABAT MARITIM NEGERI PERAK

LUMUT, 9 Januari - Ahli Dewan Undangan Negeri Perak (ADUN) Pangkor, Yang Berhormat Puan Norhaslinda binti Zakaria melakukan lawatan kerja rasmi dan kunjungan hormat ke Maritim Negeri Perak, pada awal pagi tadi.

Kehadiran beliau disambut mesra oleh Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohd Hambali bin Ya’akup serta Timbalan Pengarah Operasi Negeri Perak, Komander Maritim Fadzliana binti Fadzil bersama anggota dan pegawai Maritim Negeri Perak.

Lawatan kerja rasmi ini adalah bertujuan untuk berkongsi perkembangan situasi penguatkuasaan Zon Maritim Malaysia terutamanya di perairan negeri Perak dan bertukar-tukar pandangan bagi mempertingkatkan kerjasama antara wakil rakyat dan badan penguat kuasa demi kepentingan rakyat.

Dalam perkembangan lain,  Pegawai Memerintah KM NYALAU, Leftenan Komander Maritim Nurul Hanin binti Mohd Isa turut memberikan taklimat mengenai tugas serta pengoperasian aset di Maritim Negeri Perak.

Turut serta dalam sesi taklimat ini ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Perak, Encik Hailnizam bin Mohd Mokhtar, Timbalan Pengarah Keselamatan, Leftenan Maritim Syed Ramzi bin Sy Abdullah serta Timbalan Pengarah Siasatan, Leftenan Maritim Mohamad Fuad bin Ja'afar.

 

EDIT1   EDIT2
     
EDIT4   EDITT5
     
IMG 6412   EDIT8
     

 

MARITIM NEGERI SARAWAK ANJUR SUKAN RAKYAT DALAM PROGRAM SAHABAT MARITIM

KUCHING, 20 Disember - Ibu Pejabat Maritim Negeri Sarawak (IPMNS) telah menganjurkan Program Sahabat Maritim, Sukan Rakyat Antara Kampung Tahun 2022 bertempat di Mini Stadium, Kompleks Maritim Tun Abang Salahuddin (KOMTAS) pada 17 Disember (Sabtu) lalu.

Program Sahabat Maritim merupakan satu platform Maritim Malaysia khususnya Maritim Negeri Sarawak untuk bertemu dan berinteraksi dengan masyarakat setempat agar dapat menyampaikan perkhidmatan dengan lebih bersepadu dengan kumpulan sasar dalam usaha menangani isu-isu keselamatan di perairan kuching.

Selain itu, melalui program sebegini juga dapat mendekatkan dan mengeratkan lagi hubungan serta kerjasama baik antara Maritim Malaysia dengan masyarakat setempat.

Antara acara yang dipertandingkan dalam Program Sahabat Maritim yang berkonsepkan Sukan Rakyat ini adalah acara tarik tali, lompat dalam guni, boling kelapa dan isi air dalam botol.

Program yang dirancang dilihat mendapat sambutan dan penglibatan yang baik dari masyarakat setempat dan diharapkan pelbagai lagi program dapat dilaksanakan pada masa akan datang.

WhatsApp Image 2022 12 20 at 11.56.01 AM   WhatsApp Image 2022 12 20 at 11.56.01 AM 2
     
WhatsApp Image 2022 12 20 at 3.59.51 PM   WhatsApp Image 2022 12 20 at 11.56.05 AM
     
WhatsApp Image 2022 12 20 at 3.59.50 PM   WhatsApp Image 2022 12 20 at 3.59.50 PM 1
     
WhatsApp Image 2022 12 20 at 11.56.03 AM   WhatsApp Image 2022 12 20 at 11.56.05 AM 1

PROGRAM SAHABAT MARITIM PULAU PINANG

GEORGETOWN, 22 Disember - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pulau Pinang telah mendekati masyarakat komuniti nelayan di perkampungan nelayan Kuala Muda, Penaga menerusi program Sahabat Maritim .  

Program yang bermula jam 10.00 pagi dirasmikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, kepten Maritim Abd Razak bin Mohamed, diiringi Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Timbalan Pengarah Pengurusan serta serta beberapa pegawai yang lain.

Objektif program ini adalah bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara Maritim Malaysia dengan penduduk setempat dan memupuk kesedaran keselamatan di laut serta platform perbincangan mengenai isu-isu semasa komuniti nelayan.

Sempena program ini juga, sumbangan berupa jaket keselamatan dan bag sekolah telah diberikan kepada keluarga komuniti nelayan dan ahli persatuan nelayan yang memerlukan.

Program ini turut dihadiri Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Muda, En Yahya bin Mohd Ismail serta timbalannya bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Majlis berakhir kira-kira jam 12.00 tengah hari.

 

 6   4 
 2    3

PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR ANTARA MN PERAK DAN TLDM

LUMUT, 15 Disember – Maritim Negeri (MN) Perak telah menganjurkan Perlawanan Persahabatan Bola Tampar di antara warga MN Perak menentang pasukan Penyelam KD Duyong Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, bertempat di Gelanggang Bola Tampar MN Perak, pagi semalam.
Tujuan perlawanan ini diadakan adalah bagi mengeratkan hubungan silaturrahim di antara warga MN Perak dan warga TLDM dalam masa sama mempromosikan gaya hidup sihat dalam kalangan anggota kedua-dua agensi.
Perlawanan yang julung kali diadakan ini dilihat mampu menjadi platform bagi mencungkil bakat dan potensi dalam anggota kedua-dua agensi menerusi acara sukan.
Diharapkan penganjuran aktiviti kesukanan dan riadah seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang secara tidak langsung mampu merapatkan hubungan di antara kakitangan jabatan kerajaan.
 
IMG 20221215 WA0001   IMG 20221215 WA0006
     
IMG 20221215 WA0002   IMG 20221215 WA0003
     
IMG 20221215 WA0004   IMG 20221215 WA0005
     
 
 

Lebih banyak artikel..

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC