![]() |
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM
PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA
KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS
EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026
SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR
MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN
VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN
MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
PROGRAM ‘MARITIME CAMP 1.0’ SEMPENA HUT KE-18 MARITIM MALAYSIA PERINGKAT ZON MARITIM TAWAU
TAWAU, 27 Februari – Seramai 114 anggota Zon Maritim Tawau telah hadir bagi menyertai program 'Maritime Camp 1.0' yang diadakan di Tagal, Sungai Nek Rose, Kampung Balung Cocos Tawau pada 25 Februari lalu.
Program yang dijalankan sempena sambutan Hari Ulang tahun Maritim Malaysia yang ke-18 peringkat Zon Maritim Tawau ini berkonsepkan riadah bersama anggota dengan pengisian pelbagai aktiviti menarik.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah gotong-royong, riadah keluarga, sukan air, perkhemahan dan pembinaan arca simbolik di lokasi yang memberi imej positif kepada Maritim Malaysia.
Program ini juga mampu memupuk semangat kerjasama dalam kalangan anggota bagi melaksanakan tanggungjawab sosial serta menjalinkan hubungan baik bersama komuniti setempat selain mempromosikan nama Maritim Malaysia kepada umum.
Zon Maritim Tawau turut mendapat kerjasama Pengerusi Tagal Sungai Nek Rose Encik Rasit Bim Medical yang turut menzahirkan rasa penghargaan dengan sumbangan anggota di atas khidmat sosial yang diberikan.
|
![]() |
|
![]() |
![]() |
LAWATAN MURID SEKOLAH KE KM TABAH SEMPENA SAMBUTAN HUT KE-18 MARITIM MALAYSIA
BINTULU, 15 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah menjemput murid-murid Sekolah Rendah Integrasi Al Amin Bintulu bagi mengadakan lawatan ke atas Kapal Maritim Tabah sempena Hari Ulang Tahun (HUT) ke-18 Maritim Malaysia di sini hari ini.
Pengarahnya, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad berkata, Zon Maritim Bintulu menjemput 26 murid serta enam guru pengiring menaiki kapal berkenaan bagi memberikan pengalaman dan merasai sendiri kehidupan sebagai seorang anggota maritim di atas kapal.
Selain lawatan di sekitar kapal, taklimat keselamatan di laut khususnya cara-cara mengatasi serta menghadapi situasi berbahaya turut diberikan.
Di samping itu pegawai Zon Maritim Bintulu turut menyampaikan taklimat peluang kerjaya kepada murid-murid berkenaan dalam usaha menarik minat mereka agar menceburi bidang tugas sebagai anggota maritim suatu hari nanti.
Taklimat dilaksanakan sebagai langkah awal Maritim Malaysia menyemai kesedaran kepada mereka tentang tugas dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam “Mengawal, Melindung dan Menyelamat” di kawasan perairan maritim negara.
![]() |
|
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
HUT KE-18 : KENALI MARITIM MALAYSIA MELALUI PENULISAN ESEI
BINTULU, 17 Februari - Seramai 250 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena, Bintulu telah menyertai Pertandingan Menulis Esei Bertajuk Kesedaran Keselamatan Di Laut sempena Hari Ulang Tahun (HUT) ke 18 Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) peringkat Zon Maritim Bintulu di sini semalam.
Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad memaklumkan daripada jumlah berkenaan seramai 30 pelajar telah dipilih berdasarkan esei yang terbaik dan mereka telah memenangi tiket percuma bagi menonton filem Coast Guard Malaysia : Op Helang.
Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar berkata pertandingan ini dilaksanakan adalah untuk menyampaikan kesedaran awal kepada para remaja tentang kesedaran di laut selaras dengan Pelan Strategik SAR APMM 2023 serta memperkenalkan kepada mereka tentang tugas dan tanggungjawab Maritim Malaysia.
Beliau turut menambah hadiah tiket bagi menonton filem Coast Guard Malaysia: Op Helang disumbangkan kepada para pemenang bertujuan untuk memberikan peluang kepada mereka untuk mengetahui dan mengenali lebih jelas peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia menerusi filem berkenaan.
Hasil daripada penulisan esei tersebut, rata-rata pelajar memahami dan berjaya membuat penulisan berkaitan skop kerja dan bidang kuasa Maritim Malaysia. Malah ada dalam kalangan mereka turut berjaya memasukkan elemen-elemen kesalahan di laut dan perundangan negara.
Melalui penulisan yang dihasilkan jelas menunjukkan walaupun masih di peringkat remaja tetapi mereka berjaya memahami peranan Maritim Malaysia.
Selain memenangi tiket bagi menonton filem berkenaan, para pemenang dan peserta pertandingan turut menerima sijil penyertaan daripada Zon Maritim Bintulu
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
|
![]() |
![]() |
MARITIM NEGERI PERAK LAKSANAKAN LAWATAN KEBAJIKAN BALU ANGGOTA





























.svg.png)

