02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

70 PEGAWAI DAN ANGGOTA MN SABAH TERIMA APC BAGI TAHUN 2021

KOTA KINABALU, 22 September - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Maritim Negeri Sabah telah mengadakan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) bagi tahun 2021 pada hari ini di Mini Teater Tun Hamdan, Bangunan Yayasan Sabah pagi tadi.

Seramai 70 orang pegawai dan anggota dari seluruh Maritim Negeri Sabah telah menerima Sijil APC bagi tempoh tahun 2021. Selain penyampaian sijil APC, majlis pemakaian Lencana Interdiction kepada dua orang anggota MN Sabah dan W.P Labuan, iaitu LK (M) Lili Estiti binti Bacuk dan LK (M) Jalbet Joseph turut dilaksanakan.

 Majlis ini telah sempurnakan oleh Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan. Turut mengiringi YBhg Datuk PMN, YBrs. Kept (M) Mahmad Faizal bin Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi Negeri dan Pn. Sara binti Said, Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri.

Laksamana Pertama (M) Datuk Hj. Mohd Rosli turut mengucapkan tahniah kepada semua penerima dan beliau menzahirkan rasa bangga kepada pegawai dan anggota MN Sabah dan W.P Labuan kerana telah menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh suci hati dan berintegriti.

Dalam ucapan beliau juga berharap warga MN Sabah dan W.P Labuan teruskan kecemerlangan ini dengan tingkatkan lagi imej dan menjaga nama baik agensi semasa melakukan tugas. 

WhatsApp Image 2022 09 22 at 10.22.53 AM  WhatsApp Image 2022 09 22 at 1.01.39 PM 
     
 WhatsApp Image 2022 09 22 at 1.01.39 PM 1    5de79a14 6497 476d a202 87378fc7509a
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC