11
Rab, Mac

Grid List

VESEL PUKAT JERUT DITAHAN MENANGKAP IKAN TERLALU HAMPIR DENGAN DARATAN

BANTUAN ASET MARITIM MALAYSIA - INSIDEN KAPAL LAYAR TERKANDAS DI PERAIRAN LANGKAWI

VESEL TUNDA GAGAL KEMUKA DOKUMEN, DITAHAN DI PERAIRAN MIRI

VESEL TUNDA DISYAKI LANGGAR ORDINAN PERKAPALAN SAUDAGAR 1952 DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL PUKAT TUNDA KELAS B LANGGAR UNDANG-UNDANG PERIKANAN DAN IMIGRESEN

CUBAAN SELUDUP 37 PATI DIGAGALKAN, TEKONG WARGA THAILAND ANTARA DITAHAN

LANGGAR SYARAT LESEN, BOT NELAYAN DITAHAN DI PERAIRAN TANJUNG PAYUNG

DUA BOT BERSAMA 1,870 PAKET MINYAK MASAK BERSUBSIDI DIRAMPAS

PROGRAM GOTONG ROYONG SEMPENA HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM

KLANG, 7 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Negeri Selangor telah mengadakan program gotong-royong pembersihan pantai sempena Hari Kesedaran Keselamatan Maritim Peringkat Kebangsaan yang diadakan setiap 6 Jun.
Program gotong-royong itu telah melibatkan pegawai dan anggota seramai 40 orang bagi program pembersihan pantai di Tanjung Harapan Klang. Program dimulakan dengan perbarisan pagi seterusnya pembersihan dilakukan di kawasan pantai. Selain dari itu poster keselamatan maritim juga telah diedarkan kepada komuniti maritim yang berada di kawasan tersebut.
Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti maritim secara umumnya berkenaan keselamatan di laut. Ia juga sebagai panduan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kemalangan di laut.
k2 k1 K4 K3
 K6  K5
   
 

KUNJUNGAN HORMAT KE ATAS KETUA POLIS DAERAH KLANG UTARA OLEH PENGARAH MARITIM NEGERI SELANGOR

KLANG, 27 Mei -  Pengarah Maritim Negeri Selangor , Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Polis Daerah Klang Utara , ACP Vijaya Rao A/L Samachulu 

Kunjungan ini adalah yang pertama dilaksanakan selepas beliau menjawat jawatan Pengarah Maritim Negeri Selangor. Dengan kunjungan hormat yang diadakan ini dapat mengeratkan lagi kerjsasama dan hubungan antara komuniti bersama pihak Polis dan Maritim.

Pengarah Maritim Negeri Selangor diiringi oleh Pegawai Unit Selam dan Carilamat, Leftenan Madya (M) Luqman bin Hisham. 

 k1  k2 k4 

 

MARITIM MALAYSIA SERTAI LATIH AMAL TTX ARAHAN MKN NO.20 DAN MKN NO.21 EX-JERUNG HARIMAU ANJURAN MAJLIS KESELAMATAN NEGARA

MIRI, 25 Mei – Maritim Malaysia Negeri Sarawak telah menyertai Table Top Exercise anjuran Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn.Bhd bagi melaksanakan Arahan MKN No.20 iaitu Dasar Dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara mengikut garis panduan Offshore Maritime SAR Operation Guide selari dengan (IAMSAR Volume IV) Bencana Maritim dan MKN No.21 iaitu Pengurusan dan Pengendalian Situasi Ancaman Keselamatan Awam anjuran MKN Negeri Sarawak dengan kerjasama PETRONAS Carigali Sdn.Bhd yang telah berlangsung pada 23 hingga 24 Mei yang lepas.

Latih amal ini dijalankan secara Table Top bagi menguji Pelan Tindakan Kecemasan (Emergency Response Plan-ERP) PETRONAS Carigali Sdn.Bhd Aset Miri selaku instalasi sasaran penting negara di Sarawak.

Latihan ini membabitkan PETRONAS Carigali Sdn.Bhd Aset Miri selaku pengeluar, pengendali, penerima dan penghantaran bahan api berupa Natural Gas dan Natural Liquid Gas, LNG di Miri, Sarawak berserta penglibatan dari pelbagai agensi persekutuan, negeri, dan pihak swasta.

WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 1

Seramai 12 pegawai dan anggota Maritim Malaysia telah terlibat dengan latihan tersebut dengan diketuai oleh Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sarawak , Kepten Maritim Yousry bin Yaali, serta wakil pegawai dari Maritime Rescue Sub- Centre (MRSC) Kuching serta pegawai dari setiap Zon Maritim di Sarawak. Turut hadir sebagai speaker adalah Ketua Penolong Pengarah Bahagian Carilamat dan Bantuan Bencana Maritim Malaysia, Komander Maritim Dr Suzanna binti Razali Chan.

Dengan pelaksanaan latihan ini, ia secara tidak langsung ianya akan meningkatkan lagi kesiagaan semua jabatan/ agensi, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam menggerakkan sumber manusia, bantuan teknikal, bantuan pakar, logistik dan aset yang diperlukan serta turut menambah baik dan mengemaskini Prosedur Operasi Standard (SOP) dalaman serta SOP-SOP semua jabatan/ agensi yang terlibat di dalam sebarang pengendalian bencana di laut.

WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 3   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 4   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 5
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 6   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 7
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 8   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 2
     
WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.27.04 PM 10   WhatsApp Image 2022 05 25 at 3.28.13 PM
     

 

 

 

 

KONVOI JELAJAH LAUTAN BIRU EDISI KHAS MARITIM MALAYSIA

PELABUHAN KLANG, 22 Mei Maritim Negeri Selangor telah menganjurkan konvoi jelajah lautan biru edisi khas Maritim Malaysia bersama kelab BMW Motorrad K 1600 GTL sempena program muafakat komuniti lautan biru yang pertama kali diadakan.

Konvoi yang disertai lebih kurang 30 buah motorsikal berkuasa tinggi bermula di Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) dan dilepaskan oleh Pengarah Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia,Laksamana Pertama Maritim Dato' Mohammad Izhar bin Hassan menuju ke ibu pejabat maritim negeri Selangor.

Konvoi tiba di perkarangan Maritim Negeri Selangor lebih kurang 10.30 pagi dan di sambut oleh Timbalan Pengarah Operasi Negeri Selangor komander (M) Norihan bin Ngah.

Majlis resepsi kenali Maritim Malaysia telah diadakan di ibu pejabat Maritim Negeri Selangor serta penyampaian sumbangan berupa keperluan makanan harian kepada 10  orang asli Pulau Indah  Selangor.

Perserta konvoi kemudian bergerak ke jeti Pasukan Polis Merin Pulau Indah dan menaiki bot Maritim Malaysia untuk menuju ke Pulau Ketam dan seterusnya mengadakan lawatan program muafakat komuniti bagi memberi sumbangan kepada pelajar-pelajar Akedamik Tahfiz Mandarin Pulau Ketam.

Seterusnya ,peserta konvoi bergerak ke jeti PPM Pulau Indah untuk lawatan ke kapal KM Bagan Datuk dan KM Danga.

 

WhatsApp Image 2022 05 23 at 4.08.35 PM   WhatsApp Image 2022 05 23 at 4.08.45 PM
     
WhatsApp Image 2022 05 23 at 4.11.20 PM    WhatsApp Image 2022 05 23 at 4.14.35 PM

MAJLIS SERAH TERIMA TUGAS PENGARAH MARITIM NEGERI SELANGOR DAN SAMBUTAN HARI RAYA

KLANG, 18 Mei - Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Negeri Selangor telah diadakan di Pejabat Maritim Selangor dengan disaksikan oleh Timbalan Pengarah (Logistik )Maritim Malaysia , Laksmana Madya (M) Datuk Siaful Lizan bin Ibrahim pada pagi ini.

Majlis yang turut dihadiri pegawai-pegawai kanan , ketua -ketua bot di bilik Auditorium telah menyaksikan pertukaran tugas Pengarah Maritim Negeri Selangor diantara Kepten (M) Mohammad Rosli bin Kassim dengan Kepten (M) Siva Kumar A/L Vengadasalam. Majlis diakhiri dengan pemberian cenderahati kepada Mantan Pengarah Maritim Negeri Selangor oleh setiap Seksyen dan jamuan hari raya turut diadakan sejurus tamat Majlis tersebut.

 

S4   S3
 s1  s2

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI SARAWAK HADIRI MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGSIH RAYA 2026

KUCHING, 9 MAC – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sarawak bersama Jabatan Wanita dan Keluarga Sarawak (JWKS) menghadiri Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangsih Raya 2026 yang berlangsung di Kompleks Satria Pertiwi, di sini, pada Jumaat.

Majlis berkenaan diadakan sebagai tanda keprihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam membantu golongan yang memerlukan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Maritim Malaysia Negeri Sarawak diwakili oleh Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Simon Templer Lo ak Tusa.

Terdahulu, ucapan alu-aluan telah disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah.

Majlis kemudian diteruskan dengan tayangan video khas Sumbangsih Raya 2026 sebelum ucapan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Haji Openg yang menekankan kepentingan semangat kebersamaan serta keprihatinan dalam membantu golongan memerlukan menjelang musim perayaan.

Kemuncak majlis menyaksikan penyerahan simbolik Sumbangsih Raya 2026 kepada para penerima yang layak, diikuti penyampaian cenderamata serta sesi bergambar bersama kenamaan dan wakil agensi yang terlibat.

Program ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan negeri bersama agensi berkaitan dalam memperkukuh kebajikan masyarakat serta menyemarakkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Sarawak menjelang sambutan Aidilfitri.

PREMIER SWK2
 
PREMIER SWK3
 
PREMIER SWK4
 
PREMIER SWK6

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC