MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG KE PANGKALAN TLDM TANJUNG GELANG, KUANTAN
KUANTAN, 8 Februari – Maritim Malaysia Negeri Pahang telah mengadakan satu kunjungan hormat ke atas Panglima Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Farizal Myeor bertempat di Markas Wilayah laut 1, Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, Kuantan.
Kunjungan hormat yang diketuai oleh Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh, Pengarah Maritim Negeri Pahang ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan sedia ada di antara kedua belah pihak disamping membincangkan isu-isu semasa, latihan dan operasi bersama serta penguatkuasaan maritim di sekitar perairan Negeri Pahang.
Hadir sama pada kunjungan tersebut ialah Kepten Maritim Muhamad Suhairy bin Hussain, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Pahang dan Komander Maritim Mohd Marmizi bin Md Nor, Pegawai Memerintah Kapal Maritim Langkawi.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.