MERSING, 13 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Zon Maritim Mersing, menerima lawatan kerja daripada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) daerah Mersing bagi membincangkan takwim pengoperasian bersama bertempat di Pejabat Zon Maritim Mersing pada jam 9.00 pagi, semalam.Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan Bin Saadin berkata, lawatan kerja rasmi ini adalah bertujuan untuk membincangkan takwim pengoperasian antara Maritim Malaysia dan AADK daerah Mersing selain mengeratkan hubungan kerjasama dalam pelbagai bidang antara agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).Selain itu, melalui lawatan ini juga Zon Maritim Mersing dapat memperkukuhkan dan meningkatkan nilai tambah serta produktiviti perkhidmatan dalam usaha memerangi permasalahan dadah terutamanya komuniti maritim setempat.Majlis itu turut dihadiri oleh Ketua AADK Daerah Mersing, Puan Zaleha Binti Abdullah dan Ketua Unit Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK Daerah Mersing, Jamian Bin Masbor.Maritim Malaysia secara tegas mengambil serius dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan aktiviti penyalahgunaan dadah dan sentiasa memastikan perairan negara terkawal daripada sebarang pelanggaran undang-undang Persekutuan.
![]()














.svg.png)

