02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERJUMPAAN BERSAMA PENGETUA SMK KEMENA BAGI PENGANJURAN PERTANDINGAN MENULIS ESEI SEMPENA HARI ULANG TAHUN KE-18 MARITIM MALAYSIA

BINTULU, 10 Februari - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu telah mengadakan sesi perjumpaan bersama Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena bagi tujuan merancang kolaborasi program sempena Hari Ulang Tahun ke - 18 Maritim Malaysia rabu lalu.

Seiring dengan pelancaran Filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang dan juga HUT, Pengarah Zon Maritim Bintulu, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad telah mencadangkan agar membuat pertandingan menulis esei bertajuk kesedaran keselamatan di laut yang mana panjang esei tidak melebihi 250 patah perkataan.

Hasil perjumpaan tersebut, pihak sekolah telah bersetuju dan memaklumkan 250 pelajar melibatkan tingkatan 4 akan terlibat dalam pertandingan ini dan 30 pemenang akan dipilih berdasarkan kepada esei yang terbaik dan akan diberikan tiket percuma untuk menonton filem Coast Guard Malaysia : Ops Helang.

Tujuan program ini di adakan adalah, untuk menyampaikan kesedaran awal diperingkat remaja tentang kesedaran di laut selaras dengan Pelan Strategik SAR APMM 2023 dan dalam masa yang sama memprosikan filem serta memperkenalkan generasi remaja tentang tugas dan tangungjawab Maritim Malaysia.

 

WhatsApp Image 2023 02 10 at 3.20.57 PM    WhatsApp Image 2023 02 10 at 3.20.59 PM 1
     
WhatsApp Image 2023 02 10 at 3.20.59 PM 2   WhatsApp Image 2023 02 10 at 3.21.00 PM
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC