18
Isn, Mei

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

PENGARAH BAHARU MARITIM NEGERI SABAH DAN WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN

KOTA KINABALU, 18 Julai – Mantan Ketua Staf Bahagian Operasi Laut, Eastern Sabah Security Command (ESSCOM), Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik telah dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan yang baharu berkuatkuasa 10 Julai lalu.

Perlantikan itu dibuat adalah bagi menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Hj. Mohd Rosli bin Abdullah yang kini mengisi jawatan sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya.

Majlis Serah Terima Tugas berkenaan telah disaksikan oleh Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim di Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan hari ini.

Datuk Saiful Lizan dalam ucapan beliau berkata, momentum yang telah dihasilkan oleh pengarah sebelum ini perlu diteruskan.

Justeru beliau berharap agar Laksamana Pertama Maritim Che Engku Suhaimi dapat menerajui MN Sabah dan WP Labuan ke peringkat lebih tinggi serta terus komited dan bersiap siaga dalam apa jua keadaan.

Beliau menambah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan mempunyai cabaran besar berikutan negeri itu berada dalam kadudukan geografi yang istimewa berbanding negeri lain dengan jumlah 492 pulau pada keluasan 84,003 kilometer persegi sepanjang persisir pantai 1,440 kilometer termasuk kawasan Zon Selamat Sabah Timur (ESS Zone) di bawah pengoperasian ESSCOM.

Justeru Datuk Saiful Lizan berharap, perlantikan ini dapat memantapkan lagi operasi agensi dalam usaha memastikan keselamatan perairan negara khususnya negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan aman serta terkawal.

 

PENGARAH MN SABAH 3
 
PENGARAH MN SABAH 4
 
PENGARAH MN SABAH 5
 
PENGARAH MN SABAH

 

MARITIM MALAYSIA SANTUNI KOMUNITI NELAYAN DALAM PROGRAM SAHABAT MARITIM

LANGKAWI, 16 Julai – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis telah melaksanakan Program Sahabat Maritim bersama komuniti nelayan di Dataran Tanjung Rhu, Mukim Ayer Hangat pada 15 Julai (Isnin).

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, program santai bersama persatuan nelayan ini merupakan usaha bagi mengeratkan hubungan silaturahim dan kerjasama di antara Maritim Malaysia dan komuniti setempat.

Program berkenaan kembali diadakan setelah negara berhadapan dengan penularan pandemik Covid-19 dan kini berada dalam peralihan endemik.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program antaranya pameran kerjaya dan demonstrasi jet ski Maritim Malaysia, aktiviti mewarna kanak-kanak, liga bola sepak penalti melibatkan sebanyak 16 pasukan, acara tarik tali antara komuniti dan Maritim Malaysia serta pemeriksaan kesihatan secara percuma bersama Jabatan Kesihatan Daerah Langkawi.

Aktiviti gotong-royong bersama komuniti membersihkan kawasan pantai Tanjung Rhu juga turut dilaksanakan.

Bersempena program berkenaan, sebanyak 72 bakul makanan telah

diagihkan kepada komuniti setempat.

Komuniti nelayan setempat khususnya dan pemain industri 'Mangroove Tour' banyak membantu Maritim Negeri Kedah dan Perlis dalam menyalurkan maklumat mengenai sebarang kecemasan atau jenayah di laut.

Pihak nelayan telah banyak menyumbang bakti dan tenaga terutamanya dalam memberikan bantuan dalan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) yang dilaksanakan di seluruh perairan negeri Kedah dan Perlis.

Program Sahabat Maritim ini akan diteruskan serta dipertingkatkan agar hubungan baik antara penguat kuasa dan masyarakat terus erat.

 

MN KEDAH PERLIS EDITED   MN KEDAH PERLIS EDITED 3   MN KEDAH PERLIS EDITED 4   MN KEDAH PERLIS EDITED 5  

 

MARITIM MALAYSIA ANJUR SEMINAR ETIKA DAN KAWALAN DALAM PERKONGSIAN MAKLUMAT BERSAMA PIHAK LUAR

PUTRAJAYA, 13 Julai – Satu Seminar Etika dan Kawalan Dalam Perkongsian Maklumat Bersama Pihak Luar telah diadakan di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia hari ini.

Program ini dirasmikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya (M) Hamid bin Haji Mohd Amin, turut mengiringi beliau ialah Pengarah Bahagian Perisikan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama (M) Mohd Zawawi bin Abdullah, Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim, Laksamana Pertama (M) Zulinda Ramly, dan Laksamana Pertama (M) Syed Islam Shahajam, Pengarah Bahagian Operasi Udara.

Penganjuran seminar ini bertujuan sebagai platform pendedahan terhadap kepentingan mematuhi kod etika dan kawalan dalam perkongsian maklumat atau data kepada pihak luar selain dapat membantu pegawai dan anggota Maritim Malaysia memahami peraturan serta perundangan mengenai perkongsian tersebut dengan lebih lanjut.

Seminar yang bermula pada jam 8.30 pagi itu menampilkan tiga penceramah yang dijemput khas, dimulakan dengan ACP Goh Saw Khim dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), disusuli sesi kedua bersama Tuan Khadzri Syafrizal Bin Khijar dari Jabatan Perdana Menteri dan sesi terakhir menampilkan Tuan Fauzan Amin Bin Mismon @ Misnun dari Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Penganjuran program ini dilihat amat signifikan sebagai nilai tambah kepada warga Maritim Malaysia supaya dapat memelihara agensi daripada kegiatan subversive, sabotaj dan espionaj yang boleh menggugat keselamatan khususnya dalam menjalankan kerjasama dengan pihak luar.

 

365005db382d70d8365005db382d70d8SEMINARETIKA
 
da0ae6ecae349893da0ae6ecae349893SEMINARETIKA3
 
f4ebd36647bb9047875ee65becc4eeb3SEMINARETIKA6
 
2788a10f60ffed4c2788a10f60ffed4cSEMINARETIKA4

PROGRAM CERAMAH INTEGRITI DAN KETELUSAN PENGUAT KUASA MARITIM MALAYSIA

KOTA KINABALU, 14 Julai – Unit Penguatkuasaan dan Eksesais Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan telah mengadakan program taklimat 'Back to Basic' mengenai ceramah Integriti dan Ketelusan Pegawai dan Anggota Penguat kuasa Maritim Malaysia yang berlangsung hari ini.

Program dihadiri oleh Komander (M) Siti Khairulnissak Bin Abd Aziz Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan Dan Eksesais Maritim Negeri Sabah, Kepten Maritim Mahmad Faizal bin Ahmad, Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dan Puan Nurun Nazifah Bin Mohd Iyen Atim, Timbalan Pendakwa Raya Maritim Negeri Sabah.

Penganjuran seminar ini adalah bertujuan sebagai platform perkongsian ilmu berkenaan amalan integriti dan ketelusan kepada warga Maritim Negeri Sabah sebagai panduan dan peringatan dalam menjalani tugasan seharian.

Seminar ini bermula pada jam 9.00 pagi diadakan di ruang legar Tingkat 1, Ibu Pejabat Maritim Negeri Sabah, Kota Kinabalu yang berakhir pada jam 10.30 pagi.

 

SEMINAR KK EDITED
 
SEMINAR KK EDITED 2
 
SEMINAR KK EDITED 3

TIMBALAN KETUA PENGARAH OPERASI MARITIM SANTUNI ANGGOTA TERLIBAT KEMALANGAN JALAN RAYA

GEORGE TOWN, 12 Julai – Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Hamid bin Haji Mohd Amin telah melakukan lawatan kebajikan anggota Maritim Malaysia yang terlibat dalam kemalangan jalan raya semalam ketika dalam perjalanan menuju ke Perak sebagai Penguji bagi Ujian Fizikal Pancaindera dan Kecergasan (UFPK) bagi pengambilan Pegawai Penguatkuasa Maritim Laskar Kelas II Maritim Gred T1 hari ini.

Turut hadir sama pada sesi lawatan berkenaan Pengarah sumber Manusia Tuan Haji Ghazali bin Hizam, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Kepten Maritim Muhammad Suffi bin Mohd Ramli, Ketua Penolong Pengarah Cawangan PSMM dan PASKAM, Komander Maritim Razali bin Kassim dan Pemangku Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom serta beberapa pegawai Maritim Malaysia yang lain.

Terdahulu empat anggota Maritim Malaysia telah terlibat dalam kemalangan dengan lima buah kenderaan di Lebuh raya Utara Selatan Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mereka yang cedera telah dihantar dan dirawat di Hospital Seberang Jaya, Pulau Pinang.

 

LAWATAN TKPL EDITED 2 2
 
LAWATAN TKPL EDITED 3 2

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC