02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

TIMBALAN NAIB CANSELOR UMT DIANUGERAHKAN PANGKAT LEFTENAN KOMANDER MARITIM KEHORMAT

PUTRAJAYA, 6 Julai – Timbalan Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Professor ChM. Dr. Marinah Binti Mohd Ariffin dianugerahkan pangkat Leftenan Komander Maritim (Kehormat) dalam satu majlis rasmi yang diadakan siang tadi.

Majlis Pemakaian Pangkat Kehormat itu disempurnakan oleh Pemangku Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Bin Ibrahim di Auditorium Ibu Pejabat Maritim Malaysia

Majlis itu juga telah disaksikan langsung secara dalam talian oleh ahli Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) UMT di Kuala Terengganu.

Menurut Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan, penganugerahan Pangkat Kehormat Maritim Malaysia ini diberikan kepada individu tertentu bagi menghargai sumbangan dan peranan signifikan yang telah diberikan kepada Maritim Malaysia.

Professor ChM. Dr. Marinah dianugerahkan pangkat tersebut atas khidmat bakti beliau sebagai Timbalan Naib Canselor UMT yang sentiasa memberi sokongan dalam aktiviti Pasukan Kadet Maritim Malaysia (PASKAM) di universiti tempat beliau berkhidmat.

Untuk rekod, Pasukan Kadet Maritim (PASKAM) UMT telah ditubuhkan pada 2022 dengan pengambilan pertama seramai 50 orang bagi sidang akademik 2022/2023 pada bulan Oktober 2022.

UMT telah terpilih sebagai universiti awam (UA) kedua selepas Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) dengan menawarkan kursus badan beruniform PASKAM kepada mahasiswa yang sedang menuntut di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

 

cee4627129bbd283cee4627129bbd283PANGKATKEHORMAT3
 
e23e8e67bf4dbe05e23e8e67bf4dbe05PANGKATKEHORMAT8
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC