03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA TARIK TUMPUAN PENGUNJUNG DI HTA 2026 KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 5 MEI – Penyertaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Hari Terbuka Armada (HTA) 2026 mencuri tumpuan pengunjung apabila reruai agensi itu menjadi antara lokasi paling ramai dikunjungi sepanjang program berlangsung di Tambatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu pada 2 dan 3 Mei lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali berkata, penyertaan tersebut merupakan usaha berterusan agensi dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat serta meningkatkan kefahaman awam terhadap peranan penguatkuasaan di laut.

“Program seperti ini penting dalam menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat mengenai fungsi Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” katanya.

Beliau turut berkata, platform berkenaan juga memberi nilai tambah kepada komunikasi strategik agensi, khususnya dalam mendekatkan peranan Maritim Malaysia kepada komuniti maritim dan masyarakat umum.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Kapal ExUSCG Cutter STEADFAST, Komander Maritim Mohamad Fahimi bin Omar berkata, penyertaan Maritim Malaysia dalam program tersebut memberi impak positif dalam usaha memperkukuh keyakinan awam terhadap keupayaan agensi.

“Penyertaan dalam Hari Terbuka Armada ini bukan sahaja membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali Maritim Malaysia dengan lebih dekat, malah turut memperkukuh keyakinan awam terhadap keupayaan aset dan warga kerja dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan perairan negara secara berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Majlis Perasmian HTA 2026.

Sepanjang dua hari penganjuran, reruai Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menjadi tumpuan pengunjung dengan pelbagai bahan pameran interaktif disediakan termasuk replika aset, maklumat fungsi agensi serta tayangan montaj operasi dan aktiviti penguatkuasaan di laut.

Selain pameran, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti kuiz interaktif, sesi fotografi di photobooth serta perkongsian maklumat berkaitan keselamatan di laut yang menekankan aspek kesedaran awam.

Sebagai penghargaan, sijil penyertaan telah disampaikan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris kepada wakil Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan atas penyertaan dalam program berkenaan.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam HTA 2026 ini dilihat sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan komunikasi bersama masyarakat, di samping memberi pendedahan terhadap peranan agensi, aset operasi serta peluang kerjaya dalam sektor keselamatan maritim negara.

HTA KK2
 
HTA KK3
 
HTA KK4
 
HTA KK5

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC