02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

LOKAP BAHARU KUATKAN OPERASI MARITIM MALAYSIA DI BATU PAHAT

BATU PAHAT, 30 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaannya menerusi penerimaan rasmi bangunan lokap baharu yang dibina di Zon Maritim Batu Pahat, di sini hari ini.

Majlis penyerahan rasmi tersebut disempurnakan menerusi sesi menandatangani Sijil Penyerahan antara Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri Johor, Kepten Maritim Kama Azri bin Kamil, wakil Kementerian Dalam Negeri (KDN), Encik Jafrizul bin Jamhuri dan wakil Jabatan Kerja Raya (JKR), Ir. Fairul Azrie bin Yaacob.

Kama Azri berkata, bangunan lokap baharu itu dibina semula sepenuhnya dengan kos melebihi RM3 juta melalui inisiatif kerajaan bagi memperkukuh prasarana keselamatan negara. Skop pembinaan melibatkan empat buah sel tahanan, pagar keselamatan dan pejabat lokap.

“Projek tersebut menjadi simbol keprihatinan kerajaan dalam menyokong operasi Maritim Malaysia sebagai agensi utama dalam penguatkuasaan undang-undang maritim dan keselamatan perairan negara,” ujar beliau.

Majlis berkenaan turut diserikan dengan kehadiran beberapa pegawai kanan termasuk Pengarah Zon Maritim Tanjung Sedili, Kepten Maritim Mohammad bin Othman, Pengarah Zon Maritim Batu Pahat, Komander Maritim Mohammad Zaini bin Zainal, dan Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Suhaizan bin Saadin.

Turut hadir, Ketua Cawangan Prasarana dan Infrastruktur Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Encik Arun Fazhillah bin Hamdan, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Keselamatan Premis dan Lokap, Leftenan Komander Maritim Kanagaswaran A/L Periasamy serta wakil Cawangan Kerja Keselamatan JKR, Encik Riduan bin Juhari @ Salim.

Dengan siapnya projek ini, Maritim Malaysia komited untuk terus mempertingkatkan kesiapsiagaan dan keberkesanan operasi di lapangan, seterusnya memastikan keselamatan perairan negara terus terpelihara.

 

LOKAP BATU PAHAT
 
LOKAP BATU PAHAT2
 
LOKAP BATU PAHAT4

 

 

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC