02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH KERJASAMA SERANTAU MELALUI TECHNICAL EXPERT GROUP MEETING DI ASEAN COAST GUARD FORUM

JAKARTA, 29 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MAritim Malaysia) terus mengukuhkan kerjasama strategic serantau menerusi penglibatan di dalam Technical Expert Group Meeting (TEGM) Asean Coast Guard Forum (ACF) yang telah berlangsung bermula 27 hingga 28 Mei 2025 semalam di Ibu Kota Republik Indonesia.

TEGM pada kali ini dianjurkan oleh Badan Keamanan Laut Republik Indonesia (BAKAMLA). Maritim Malaysia yang merupakan wakil Malaysia bagi TEGM ACF diwakili oleh Komander Maritim Mohd Shahril Anwar bin Mohd Yusop dan Leftenan Maritim Rezzal bin Muhammad Hazmi daripada Bahagian Perancangan Strategik dan Antabangsa (BPSA) Maritim Malaysia, selain kehadiran wakil daripada sembilan (9) ASEAN Member States (AMS) yang lain.

ASEAN Coast Guard Forum (ACF) sebelum ini telah dicadangkan semasa Mesyuarat ASEAN Maritime Forum (AMF) ke-5 pada tahun 2014 di Da Nang, Vietnam. Ia bertujuan mewujudkan satu platform untuk agensi penguatkuasaan undang-undang maritim ASEAN bertukar pandangan mengenai isu keselamatan, pelayaran dan alam sekitar maritim.

Mesyuarat Experts’ Group pertama telah diadakan di Manila pada Ogos 2015, diikuti oleh mesyuarat kedua pada Januari 2018 yang memperkukuh keperluan ACF serta membentangkan draf awal Concept Paper dan Terms of Reference (TOR). Technical Expert Group Meeting (TEGM) kemudiannya diwujudkan bagi membincangkan dan menambah baik struktur ACF, selaras dengan semangat kerjasama maritim serantau seperti digariskan dalam ASEAN Outlook on the Indo-Pacific (AOIP).

Hasil perbincangan semasa TEGM ACF yang diadakan akan menjadi asas kepada perbincangan sesi 4th ACF 2025 pada 24 hingga 27 Jun 2025 akan dating di Pattaya, Thailand. Penglibatan Maritim Malaysia dalam pentas sebegini membuktikan komitmen Agensi dalam mengukuhkan fungsi dan pengiktirafan di persada antarabangsa.

 

WhatsApp Image 2025 05 29 at 4.40.06 PM
 
WhatsApp Image 2025 05 29 at 4.40.06 PM 2
 
WhatsApp Image 2025 05 29 at 4.40.07 PM
 
WhatsApp Image 2025 05 29 at 4.40.06 PM 1

 

Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC