02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

IBADAH KORBAN ERATKAN UKHWAH MARITIM SABAH DAN JBPM SABAH

KOTA KINABALU, 8 JUN – Ibadah Korban yang dilaksanakan sempena Hari Raya Aidiladha oleh seluruh umat Islam baru-baru ini, perlu dimaknai dengan penuh penghayatan.

Rentetan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah turut tidak ketinggalan melakukan Ibadah Korban, lebih manis ia dizahirkan menerusi nilai solidariti dan kemanusiaan yang menyatukan dua agensi sahabat.

Majlis yang berlangsung di Perkarangan Surau An Najihin, Kuarters JBPM Negeri Sabah, semalam itu telah menghimpunkan warga kerja kedua-dua perkhidmatan bersama komuniti setempat secara bergotong-royong dalam suasana harmoni dan penuh kesyukuran.

Hadir sama dalam majlis itu ialah Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P. Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali, dan Pengarah JBPM Negeri Sabah, YS PKPjB Mohd Pisar bin Aziz.

Turut mengiringi ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri, Puan Siti Norhaini binti Osli dan pegawai kanan kedua-dua agensi.

Dalam ucapan, Pengarah Maritim Negeri Sabah dan W.P Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar berkata, melaksanakan ibadah korban bukan sahaja hukumnya sunat yang dituntut kepada umat Islam tetapi juga menjadi platform bagi menerapkan nilai ukhuwah dan semangat kerjasama di antara agensi serta masyarakat.

“Ini adalah medan menyemai nilai keprihatinan, pengorbanan dan kerjasama serta nilai-nilai yang menjadi teras kepada setiap khidmat bakti dan tanggungjawab warga Maritim Malaysia kepada rakyat dan negara,” ujarnya.

Khairulanuar dalam pada itu turut menekankan komitmen Maritim Negeri Sabah untuk terus melaksanakan program berbentuk kebajikan, kerohanian dan kemasyarakatan secara berterusan, selaras dengan aspirasi membentuk perkhidmatan awam yang berintegriti, berjiwa rakyat dan berlandaskan nilai kemanusiaan.

 

SABAH KORBAN2
 
SABAH KORBAN3
 
SABAH KORBAN4
 
APMM KORBAN
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC