HAINAN, 20 JUN – Sempena lawatan pelabuhan Kapal Maritim (KM) TUN FATIMAH ke Sanya, Hainan, satu sesi Professional Exchange Talk antara Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dan China Coast Guard (CCG) telah diadakan sebagai platform memperkukuh kerjasama dua hala dalam aspek penguatkuasaan dan keselamatan maritim serantau.
Sesi ini melibatkan pembentangan empat segmen utama meliputi Maritime Intelligence, Maritime Security for Major Events, Maritime Forensics dan Maritime Drug Enforcement Experience.
Selain itu, turut dikongsi adalah amalan terbaik dalam Search and Rescue, prosedur Boarding and Inspection, serta pelaksanaan operasi penguatkuasaan maritim oleh kedua-dua agensi.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama strategik ini, turut diadakan Manoeuvring and Communication Planning Table Top Exercise yang memberi tumpuan kepada penyelarasan pelan komunikasi, protokol operasi serta langkah kontingensi. Latihan ini melibatkan Seksyen Komunikasi dan Navigasi KM TUN FATIMAH bersama aset CCG 5202.
Menerusi jalinan erat ini, ia sekali gus memperkukuh komitmen kedua-dua agensi dalam memastikan keselamatan perairan serantau terus terpelihara.





















.svg.png)

