02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

MARITIM MALAYSIA SOKONG USAHA PEMBANGUNAN PELANCONGAN KELANTAN

PULAU PERHENTIAN, 8 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan telah dijemput bagi menghadiri Majlis Pemeterai Memorandum Persefahaman (MoU) antara Majlis Daerah Pasir Puteh dan Nasrom Travel & Tours Sdn. Bhd. yang diadakan di Pulau Perhentian, Terengganu, 6 Ogos lalu.
Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh muafakat ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Kelantan, Dato’ Panglima Perang Haji Mohd Nassuruddin bin Haji Daud, sebagai tetamu kehormat.
Memorandum persefahaman ini dimeterai sebagai langkah awal ke arah pembangunan Jeti Pelancongan Tok Bali, yang dijangka menjadi pemangkin kepada pertumbuhan sektor pelancongan maritim di Tok Bali khususnya, dan negeri Kelantan secara amnya.
Pemeteraian MoU ini mencerminkan kerjasama strategik antara pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam merancakkan pembangunan infrastruktur pelancongan, sejajar dengan aspirasi kerajaan negeri untuk menjadikan Tok Bali sebagai salah satu hab pelancongan utama di Pantai Timur.
Dalam kesempatan itu, YAB Menteri Besar turut dibawa meninjau dengan lebih dekat antara sektor rondaan operasi penguatkuasaan Maritim Negeri Kelantan sekaligus dapat menjiwai tugas Maritim Malaysia ketika melaksanakan rondaan penguatkuasaan di sektor tanggungjawab. 
Turut bersama ialah Exco Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Kelantan, YB Helmi bin Abdullah; Exco Pertanian, Indusri Agro Makanan dan Komoditi Negeri Kelantan, YB Dato’Ustaz Tuan Mohd Saripudin Tuan Ismail dan Yang Dipertua Majlis Daerah Pasir Puteh (MDPP) Mohd Kamarulzaman Ab Wahab.
Kehadiran Maritim Negeri Kelantan dalam majlis ini turut melambangkan sokongan penuh Agensi Penguat Kuasa terhadap usaha pembangunan pelancongan berasaskan Maritim, serta komitmen berterusan dalam menjamin keselamatan pelancong, nelayan dan komuniti setempat yang bergantung kepada sumber laut.
Majlis ini menjadi titik permulaan kepada inisiatif kerjasama pelbagai pihak yang diharapkan mampu melonjakkan ekonomi setempat, memperkukuh keselamatan maritim dan memperkenalkan Kelantan sebagai destinasi pelancongan maritim yang berdaya saing.
 
 
PELANCONGAN KELANTAN2
 
PELANCONGAN KELANTAN3
 
PELANCONGAN KELANTAN4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC