02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KURSUS MARITIME NARCOTICS INVESTIGATION (MNIC) TINGKAT KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN PENGUAT KUASA

LANGKAWI, 7 OGOS – Seramai lapan pegawai dan anggota Lain-Lain Pangkat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah terpilih mengikuti Kursus Maritime Narcotics Investigation (MNIC) anjuran bersama Maritim Malaysia dan Department of State’s International Narcotics and Law Enforcement (INL), Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur.

Kursus berprestij itu diadakan di Akademi Kastam Diraja Malaysia (AKMAL) Langkawi bermula 27 Julai hingga 7 Ogos 2025, melibatkan latihan intensif selama 14 hari. Turut serta, seramai 16 pegawai dan anggota daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Pasukan Polis Marin (PPM).

Bagi memastikan keberkesanan pengisian kursus, enam tenaga pengajar berpengalaman daripada Joint Interagency Task Force-West (JIATF-W) telah dijemput bagi membimbing peserta dalam aspek siasatan jenayah narkotik maritim.

Penganjuran kursus ini bertujuan memperkasa pengetahuan dan kemahiran anggota dalam siasatan kes berkaitan dadah, selain meningkatkan keupayaan mengendalikan aset agensi dan jabatan masing-masing semasa operasi.

Sepanjang latihan, semua peserta telah menunjukkan komitmen tinggi, kesungguhan serta semangat kerjasama yang padu, mencerminkan iltizam untuk terus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara.

 

MNIC LGK3
 
MNIC LGK5
 
MNIC LGK6
 
MNIC LGK4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC