KUANTAN, 9 SEPTEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik dengan Kerajaan Negeri apabila Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab mengadakan kunjungan hormat ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar di Wisma Sri Pahang, semalam.
Kunjungan tersebut menjadi medan penting bagi membincangkan pelaksanaan tugasan Maritim Malaysia khususnya di perairan negeri ini, melibatkan aspek penguatkuasaan undang-undang maritim serta operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).
Menurut Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan, sesi itu adalah usaha berterusan untuk memperkukuhkan hubungan dua hala demi menjamin keselamatan perairan negara.
“Melalui pertemuan ini, Maritim Malaysia dapat menyalurkan maklumat terkini berhubung operasi di lapangan selain merangka bentuk kerjasama bersama kerajaan negeri demi kepentingan rakyat,” katanya.
Beliau turut merakamkan penghargaan kepada YB Dato’ Sri Nazri atas kesudian menerima kunjungan hormat tersebut yang diyakini mampu mengeratkan hubungan antara agensi dan pentadbiran negeri.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Timbalan Pengarah Pengurusan Maritim Negeri Pahang, Tuan Mohamed Rashdan bin Mohamed Razali dan Pegawai Memerintah KM LANGKAWI, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng.




















.svg.png)

