02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

‘BEKWOH’ MARITIM : ERATKAN UKHUWAH, PERKASAKAN MARITIM

PASIR PUTEH, 8 SEPTEMBER – Maritim Negeri Kelantan telah menjayakan Program 'Bekwoh' Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Kelantan Tahun 2025, hari ini.

Program dianjurkan bersama wakil penduduk kampung angkat dan ahli jawatankuasa masjid Teluk Renjuna yang diketuai oleh Ustaz Mohd Amin Zulkahar bin Sa’ari selaku Pengerusi Masjid Teluk Renjuna sebagai usaha mendekatkan serta mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan warga Maritim Negeri Kelantan dengan penduduk setempat disamping memupuk semangat kebersamaan melalui adat tradisi bekwoh yang sinonim dengan rakyat Kelantan.

Penganjuran program ini bukan sahaja mengangkat warisan budaya setempat, malah membuka ruang kepada warga Maritim Negeri Kelantan yang terdiri daripada pelbagai latar belakang untuk mengenali dengan lebih dekat tentang budaya dan tradisi rakyat Kelantan.

Ianya turut menjadi platform terbaik untuk memperkukuh hubungan silaturahim antara warga Maritim Negeri Kelantan dengan penduduk setempat yang menjadi mata dan telinga kepada agensi selain dapat menyampaikan mesej tentang pentingnya kerjasama di kalangan pegawai dan anggota Maritim Negeri Kelantan dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan maritim negara.

Antara pengisian program termasuklah berselawat kepada Nabi beramai-ramai yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Amin Zulkahar bin Sa’ari bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1447H.

Selain itu, terdapat juga aktiviti gotong-royong dan majlis kenduri bekwoh serta sesi ramah mesra yang penuh dengan suasana kekeluargaan di kalangan warga Maritim Negeri Kelantan.

Program ini diharap dapat menjadi agenda tahunan yang terus mengukuhkan hubungan baik, kerjasama yang erat antara warga Maritim Negeri Kelantan dengan penduduk setempat serta mengangkat martabat Kelantan sebagai negeri maritim yang kaya dengan budaya serta warisan laut.

 

BEKWOH MN KEL
 
BEKWOH MN KEL2
 
BEKWOH MN KEL4
 
BEKWOH MN KEL5
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC