LANGKAWI, 11 SEPTEMBER – Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, hari ini berangkat ke Pulau Langkawi dengan iringan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kedah dan Perlis.
Keberangkatan baginda disempurnakan dengan penuh istiadat menggunakan bot PERKASA 26 dan PERKASA 27 milik Maritim Malaysia, sekali gus memperlihatkan kesiapsiagaan aset agensi itu dalam menjaga keselamatan perairan serta memberi sokongan kepada institusi diraja.
Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, bersama Timbalan Pengarah Operasi, Kepten Maritim Zainudin bin Mohd Zuki, turut hadir mengiringi baginda bersama pegawai serta anggota Maritim Malaysia.
Setibanya di Jeti Resort World Langkawi, keberangkatan Tuanku Raja Muda Kedah disambut mesra oleh Ketua Polis Daerah Langkawi, YDH ACP Shariman bin Ashari, Ketua Penolong Pegawai Daerah (Pembangunan) Langkawi, Tuan Haji Zulkifli bin Abdullah, dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Negeri Kedah, Dato’ Syeikh Zakaria bin Othman.
Maritim Malaysia menjunjung kasih atas kepercayaan baginda terhadap perkhidmatan agensi ini, yang menjadi dorongan untuk terus komited memastikan keselamatan maritim negara berada pada tahap tertinggi.





















.svg.png)

