02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

SAREX KUALA PERLIS PERKUKUH KEUPAYAAN TINDAK BALAS INSIDEN FERI TERKANDAS

KUALA PERLIS, 29 OKTOBER – Bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan tindakan kecemasan maritim, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dengan kerjasama pelbagai agensi keselamatan, dan pengusaha feri telah melaksanakan Eksesais Search and Rescue (SAREX) Insiden Kekandasan Feri 2025 di perairan Kuala Perlis hari ini.

Latihan berskala besar ini dilaksanakan bagi menyelaraskan pelan kontigensi dan tindakan kecemasan antara agensi keselamatan serta pengusaha feri yang beroperasi di laluan Kuala Perlis–Langkawi, di samping memperkukuh koordinasi rentas agensi dalam menghadapi sebarang kemungkinan insiden maritim.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa berkata, penganjuran SAREX ini penting bagi memastikan setiap agensi memahami peranan, tanggungjawab serta rantaian perintah dalam struktur pengurusan insiden sebenar.

“Eksesais ini bukan sekadar latihan rutin, tetapi satu platform untuk menilai dan menambah baik tahap kesiapsiagaan serta koordinasi antara agensi dan pengusaha feri,

“Kecekapan komunikasi, keselarasan tindakan, dan kefahaman terhadap prosedur operasi amat penting bagi memastikan keselamatan penumpang dan keberkesanan misi menyelamat,” katanya.

Tambah beliau, melalui eksesais ini, semua agensi turut menilai semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada melibatkan operasi feri penumpang, keupayaan logistik, serta mekanisme komunikasi krisis bagi mengelakkan kekeliruan dan penyebaran maklumat tidak sahih semasa insiden sebenar.

Terdahulu Romli memaklumkan, objektif utama pelaksanaan SAREX ini adalah untuk menguji kecekapan operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di lapangan, menyelaraskan pelan kontigensi insiden maritim, memperkemas rantaian perintah (Command Chain) dan komunikasi antara agensi, melaksanakan validasi SOP pengoperasian feri, meningkatkan keupayaan dan kesiapsiagaan logistik pengusaha feri, memperkasa integrasi rentas agensi, mengoptimumkan penggunaan sumber SAR dan menstabilkan komunikasi krisis bagi memastikan penyebaran maklumat rasmi lebih pantas dan tepat.

Pelaksanaan eksesais ini terbahagi kepada tiga fasa utama, iaitu Fasa Pertama, Tabletop Exercise (TTX) iaitu perbincangan dan simulasi peranan serta keputusan operasi antara agensi. Fasa Kedua, Field Training Exercise (FTX), merupakan latihan lapangan melibatkan aset laut dan udara bagi melaksanakan misi carilamat sebenar.

Manakala Fasa Ketiga, Post Exercise Debrief, ialah penilaian semula pelaksanaan eksesais, rumusan pencapaian serta cadangan penambahbaikan SOP dan pelan tindak balas masa depan.

Seramai 120 peserta daripada pelbagai agensi kerajaan dan pengusaha feri telah mengambil bahagian dalam eksesais ini. Antara yang terlibat termasuk Pejabat Daerah Perlis, Hospital Tuanku Fauziah, Pasukan Polis Marin, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Laut Malaysia (JLM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Perikanan Malaysia (DOF), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Persatuan Nelayan Negeri Perlis, Persatuan Nelayan Negeri Kedah, serta pengusaha feri utama seperti Langkawi Fery Line Ventures, Langkawi Wantas Roro, Langkawi Roro, Langkawi Auto Express Sdn. Bhd., Dibuk Cargo Service Sdn. Bhd. dan Sani Ferry.

Dalam ucapan penutup, Romli turut menegaskan bahawa Maritim Malaysia komited memperkukuh aspek keselamatan maritim melalui latihan bersama secara bersepadu, peningkatan keupayaan aset, dan pemantapan pelan keselamatan berasaskan piawaian antarabangsa seperti International Safety Management (ISM) Code, International Ship and Port Facility Security (ISPS) Code, Safety of Life at Sea (SOLAS) dan Collision Regulations (COLREGs).

“Kita mahu semua agensi bergerak dalam satu rentak yang sama, pantas, tepat dan terkoordinasi. Melalui kerjasama strategik dan kefahaman menyeluruh terhadap pelan keselamatan bersepadu, kita dapat memastikan keselamatan maritim negara berada pada tahap terbaik,” jelas beliau lagi.

Penganjuran SAREX ini turut menjadi medium penting bagi menilai keupayaan sebenar sumber dan infrastruktur Search and Rescue (SAR) serta menggariskan keperluan penambahbaikan masa hadapan. Ia sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan komuniti maritim dan mempertingkat keyakinan orang awam terhadap tahap keselamatan pengangkutan laut negara.

Maritim Malaysia akan terus melaksanakan latihan seumpama ini secara berkala bagi memastikan kesiapsiagaan dan koordinasi pelbagai agensi sentiasa berada pada tahap optimum demi keselamatan perairan dan kesejahteraan rakyat.

 

SAREX KUALA PERLIS
 
SAREX KUALA PERLIS2
 
SAREX KUALA PERLIS3
 
SAREX KUALA PERLIS4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC