21
Rab, Okt

Grid List

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN GAGALKAN AKTIVITI PEMINDAHAN MINYAK SAWIT MENTAH TANPA KEBENARAN

VESEL TANGKI DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

183 PELATIH LASKAR KELAS II MARITIM TAMAT LATIHAN, SIAP MENGGALAS AMANAH NEGARA

MARITIM MALAYSIA TAHAN 28 OYDS DISYAKI TERLIBAT DALAM AKTIVITI PENYELUDUPAN MIGRAN

NELAYAN INDONESIA DITEMUI SELAMAT SELEPAS BOT KEHABISAN MINYAK DI PERAIRAN PULAU TIOMAN

MARITIM MALAYSIA SANDAKAN REKOD EMPAT KES PENGUATKUASAAN, 10 INDIVIDU DITAHAN

DUA PATI WARGA THAILAND, DISYAKI JALANKAN AKTIVITI PERIKANAN TANPA LESEN

DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN, ENAM WARGA MYANMAR GAGAL KEMUKAKAN DOKUMEN SAH

LAKSAMANA PERTAMA HAJI AMRAN DILANTIK PENGARAH MARITIM NEGERI PAHANG YANG BAHARU

KUANTAN, 26 NOV - Maritim Negeri Pahang hari ini telah menyaksikan majlis serah terima tugas Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baru dengan pelantikan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Amran bin Haji Daud dilantik sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang bagi menggantikan Pengarah terdahulu Laksamana Muda Maritim Dato’ Zulkarnain bin Mohd Omar yang akan bertukar keluar ke Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya sebagai Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim.

 

Majlis serah terima tugas ini turut disaksikan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Haji Ibrahim bin Mohamed di perkarangan utama Ibu Pejabat Maritim Negeri Pahang.

 

Dato’ Zulkarnain berkata, pelantikan Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baharu ini diharap dapat meneruskan kelangsungan prestasi Maritim Negeri Pahang, seterusnya meningkatkan usaha memerangi ancaman jenayah serta memperkasakan tugas mencari dan menyelamat di laut.

 

Tambahannya,dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman yang ada , saya percaya ia dapat digunakan sehabis baik demi menjaga kesejahteraan dan kedaulatan perairan Malaysia amnya dan Negeri Pahang khususnya seterusnya mengukuhkan hubungan Maritim Malaysia dengan masyarakat.

 

Dalam pada itu, beliau mengucapkan ribuan terima kasih dan memberi nasihat serta pesanan kepada seluruh warga Maritim Negeri Pahang agar sentiasa bekerja dengan ikhlas dan progresif bagi memacu Agensi ini ke tahap yang lebih cemerlang dan memberi kerjasama serta komitmen sepenuhnya kepada Pengarah Maritim Negeri Pahang yang baru untuk mencapai Visi dan Misi kearah kecermelangan, kata beliau dalam ucapan pagi tadi.

 

1   2

 

4   3

SUMBER : Pegawai Perhubungan Awam MN Pahang

MAJLIS SERAH TUGAS TIMBALAN PENGARAH OPERASI MARITIM NEGERI PAHANG

KUANTAN, 25 NOV - Majlis serah  terima tugas Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang telah diadakan di auditorium MN Pahang, semalam.

 

Mantan Timbalan Pengarah (Operasi) Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama MaritimHaji Amran bin Haji Daud akan diperjawatkan sebagai Pengarah Maritim Negeri Pahang pada 26 November 2019 ini dan menyerahkan tugas kepada Kepten Maritim Hamiludin bin Che Awang yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan pengarah (Pengutakuasaan dan Eksesais) Maritim Negeri Sarawak.

 

Acara serah menyerah tugas ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkarnain bin Mohd Omar. 

 

Dalam ucapannya, beliau mengucapkantahniah dan berharap dengan pengalaman yang dimiliki oleh KeptenMaritim Hamiludin dapat digunakan sehabis baik dalam menjaga kesejahteraan dan kedaulatan perairan Negara.

 

1   2

 

3   4

PERHIMPUNAN BULANAN ZON MARITIM TAWAU

TAWAU, 14 NOV – Satu majlis Perhimpunan Bulanan Pengarah Zon Maritim bersama warga Zon Maritim Tawau telah diadakan pada 14 November lalu bertempat di Aras 1, ruang legar pejabat Zon Maritim Tawau.
Majlis Perhimpunan Bulanan ini merupakan yang julung kalinya diadakan di antara Pengarah Zon Maritim Tawau, Kepten Maritim Siva Kumar A/L Vengadasalam bersama warga Zon Maritim Tawau. Dalam ucapannya turut menyampaikan beberapa amanat kepada semua warga Zon Maritim Tawau agar mengetahui akan setiap limit tugasan yang dijalankan yang mana imej Agensi khususnya hendaklah sentiasa dijaga.
 
Pegawai dan anggota juga hendaklah sentiasa menerapkan nilai-nilai menghormati terhadap pegawai atasan. Justeru itu, aspek kebajikan warga Zon Maritim Tawau akan sentiasa diberikan tumpuan berdasarkan penelitian dan melalui saluran yang betul.
Beliau dalam ucapannya juga turut menekankan mengenai pentingnya untuk menyimpan kerahsian segala data maklumat yang melibatkan pengoperasian Agensi. Pihaknnya tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota yang terlibat dengan najis dadah serta penglibatan dalam gejala rasuah. Akhir ucapan, beliau juga mengharapkan setiap pegawai dan anggota perlu bersama-sama membangunkan nama Agensi diperingkat yang lebih tinggi khasnya Zon Maritim Tawau.
Antara pengisian majlis perhimpunan kali ini adalah penyampaian Sijil Pekerja Contoh Bulanan kepada LK (M) Mohd Saiful Azli bin Zulkefli dari Unit Bot Kilat 38 bagi sesi bulan Oktober 2019. Turut hadir dalam perhimpunan pada kali ini ialah Timbalan Pengarah Zon (Pengurusan), Encik Boney Joumil dan Timbalan Pengarah Zon (Operasi), Komander Maritim Mohd Yusri bin Hussin.
Beliau turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada pucuk pimpinan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, YBhg. Laksamana Maritim Dato’ Mohd Zubil bin Mat Som kerana telah memberikan kepercayaan kepada beliau untuk menerajui dan menaikkan imej APMM khususnya Zon Maritim Tawau.
 
 
web1 web2
web3 web4
 
Sumber / Foto : Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Tawau

HUBUNGAN ANTARA KOMUNITI MARITIM DENGAN MARITIM NEGERI PAHANG DIRAPATKAN MELALUI MEDIUM SUKAN

KUANTAN, 25 Nov -  Maritim Negeri Pahang telah menganjurkan Kejohanan  Bola Sepak yang diadakan di Padang Bola Sepak Sekolah Menegah Kebangsaan Pelindung, Berserah pagi semalam. 

Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Lt Kdr (M) Muharam bin Abd Hamid, Pegawai Perhubungan         

Kawasan Kampung Angkat Kuala Pahang. Sebanyak empat pasukan telah menyertai kejohanan tersebut iaitu Maritim Negeri Pahang, Kampung Berserah Pantai, Kampung Kuala Pahang dan Kampung Pantai Sepat.

Kejohanan ini telah dimenangi oleh Kampung Berserah Pantai, manakala Maritim Negeri Pahang telah menduduki tempat kedua.

Maritim Negeri Pahang juga telah menganjurkan Kuliah Magrib di Masjid Jamek Berserah dan kuliah telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Rosmaini bin Abd Rahman.

Matlamat utama program ini diadakan adalah untuk merapatkan hubungan antara pemuda komuniti maritim dengan Maritim Negeri Pahang melalui medium sukan.

1   4

 

2  5

 

 

SUMBER : PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM MARITIM NEGERI PAHANG

 

 

HARI KELUARGA MARITIM NEGERI PAHANG 2019 DISAMBUT MERIAH

KUANTAN, 26 Oktober 2019 – Majlis Sambutan Hari Keluarga Maritim Negeri Pahang telah dilaksanakan dengan jayanya di Jasa Resort, Sungai Lembing, Kuantan. Majlis ini dilaksanakan bertujuan menghargai jasa dan sumbangan semua warga kapal yang berkhidmat di MN Pahang seterusnya mengeratkan lagi hubungan baik di antara semua pegawai dan anggota. Lebih 200 kakitangan Maritim Negeri Pahang dan keluarga masing-masing hadir pada hari keluarga yang diadakan dalam suasana meriah.

 

Majlis ini didahului dengan ucapan oleh Pengarah Maritim Negeri Pahang seterusnya merasmikan Majlis Sambutan Hari Keluarga. Beberapa acara sukaneka dan cabutan bertuah yang melibatkan kesemua pegawai dan anggotaserta ahli keluarga yang hadir sepanjang majlis ini berlansung. Acara sukaneka dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori kanak-kanak dan kategori keluarga.

 

Majlis sambutan hari keluarga ini telah dilaksanakan dengan lancar sekaligus mencapai objektif yang disasarkan. Sambutan hari keluarga sebegini akan terus dilaksanakan di masa hadapan agar ukhwah silaturrahim dapat diperkukuhkan bukan sahaja kepada warga kapal bahkan juga ahli keluarga itu sendiri.

 

43  
12  

 

 

Sumber : Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pahang

 

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - UKMSHAPE TEROKA KERJASAMA STRATEGIK PERKASA PEMBANGUNAN MODAL INSAN

PUTRAJAYA, 16 Oktober – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) meneroka potensi kerjasama strategik dengan Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan dan Profesional (UKMShape), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bagi memperkukuh pembangunan modal insan, latihan profesional dan pembelajaran sepanjang hayat dalam kalangan warga agensi.

Perkara itu dibincangkan dalam kunjungan hormat delegasi UKMShape kepada Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, di Admiral Lounge, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, hari ini.

Delegasi UKMShape diketuai pengarahnya, Lt. Kdr. (B) TLDM Prof. Dr. Lokhman Hakim bin Osman.

Menurut Mohd Rosli, pembangunan modal insan perlu dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan warga Maritim Malaysia memiliki pengetahuan, kemahiran dan kompetensi yang selari dengan keperluan operasi serta perkembangan teknologi keselamatan maritim.

“Kerjasama dengan institusi pengajian tinggi seperti UKM membuka peluang kepada warga Maritim Malaysia untuk memperluas pengetahuan, meningkatkan kompetensi dan memperoleh akses kepada pendidikan serta latihan profesional yang berkualiti,

"Pelaburan dalam pembangunan modal insan amat penting bagi melahirkan warga yang kompeten, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks,” katanya.

Pertemuan itu turut menjadi platform untuk membincangkan peluang kerjasama dalam pendidikan lanjutan, pembangunan kompetensi dan pemindahan ilmu antara institusi akademik dengan agensi penguatkuasaan maritim.

Kerjasama sedemikian berpotensi memperluas akses warga agensi kepada program pendidikan dan latihan berstruktur, sekali gus menyokong peningkatan kemahiran serta profesionalisme dalam pelaksanaan tugas.

Usaha ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia untuk memastikan pembangunan modal insan bergerak seiring dengan pemodenan aset, teknologi dan keperluan operasi.

Warga yang berilmu, kompeten dan berdaya saing merupakan antara tunjang penting dalam memperkukuh keupayaan penguatkuasaan, menjaga keselamatan serta mempertahankan kedaulatan perairan negara.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC