MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
UJI KEMAHIRAN MENEMBAK SENJATA API KECIL
GEORGETOWN, 23 OKTOBER - Maritim Negeri (MN) Pulau Pinang telah menganjurkan Ujian Kemahiran Menembak Senjata Api Kecil (UKMSK) jenis Glock 19 dan Rifal M16 bagi 55 pegawai dan anggotanya yang diadakan di Lapang Sasar Sungai Dua, hari ini.
Taklimat keselamatan dan tatacara penggunaan senjata telah disampaikan oleh Laskar Kanan (M) Mohd Khairuddin bin Halip selaku pegawai tapak tembak yang dilantik.
UKMSK ini merupakan acara tahunan yang dijalan bagi memastikan pegawai dan anggota Maritim Malaysia sentiasa bersiap sedia dan membina keyakinan dalam penggendalian senjata ketika diperlukan.
Majlis perasmian penutupan UKMSK ini telah disempurnakan oleh Pengarah MN Pulau Pinang, Kepten Maritim Hamizan bin Harun.
Sumber: Pegawai Perhubungan Awam Maritim Negeri Pulau Pinang.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.