MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM
LAWATAN KEBAJIKAN ANGGOTA
Pelabuhan Klang, 15 Jun – Pengarah Maritim Negeri Selangor kepten (M) Siva Kumar A/L Vengadasalam bersama Timbalan pengarah keselamatan negeri Leftenan Maritim (M) Shahrilazry bin Samat telah melakukan lawatan kebajikan ke atas anggotanya yang sakit iaitu Bintara Muda (M) Mohd Khalid bin Abdul Wahad di kediaman beliau di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang hari ini.
Kepten (M) Siva Kumar turut menyampaikan sumbangan kepada anggota tersebut dan juga memberi kata-kata semangat serta sokongan moral agar terus tabah dengan ujian ini.
Lawatan kebajikan ini sebagai tanda keprihatinan yang menitikberatkan kebajikan pegawai dan anggota selain mengeratkan silaturahim dalam kalangan warga Maritim Malaysia. Ujar beliau.
PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026
LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.
Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.
Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.
Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.
Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.
Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.