02
Ahd, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

KURSUS PENYEDIAAN ANGGARAN KOS AWALAN DAN ANGGARAN JABATAN BAGI PROJEK PEMBINAAN DAN PEMBAIKAN

ALOR GAJAH, 7 Jun -  Cawangan Prasarana dan Infrastruktur, Bahagian Pembangunan Ibu Pejabat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya Malaysia telah mengadakan kursus penyediaan anggaran kos awalan dan anggaran jabatan bagi projek pembinaan dan pembaikan bertempat di Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan Dan Teknologi, Jabatan Kerja Raya Alor Gajah, Melaka

Kursus yang berlangsung selama empat hari bermula 7 - 10 Jun itu dirasmikan oleh Ybhg. Laksamana Pertama Maritim Hj Md Fauzi Bin Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan dan dihadiri seramai 34 orang peserta dari seluruh maritim negeri dan zon maritim.

Tujuan kursus diadakan adalah untuk memberi pendedahan dalam penyediaan anggaran kos awalan dan anggaran jabatan untuk kerja-kerja pembinaan dan pembaikan sebagai langkah inisiatif pengukuhan ilmu dan kemahiran mengikut kaedah dan tatacara yang lebih efektif dari sudut pembinaan dan pembaikan aset-aset fizikal dan bukan fizikal.

Turut diundang dalam kursus ini ialah Sr Raja Normawati binti Raja Ayob, penceramah jemputan dari Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan, Jabatan Kerja Raya.

 WhatsApp Image 2022 06 07 at 10.08.57 AM WhatsApp Image 2022 06 07 at 10.08.54 AM 
 WhatsApp Image 2022 06 07 at 10.08.58 AM  WhatsApp Image 2022 06 07 at 10.08.56 AM
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC