03
Isn, Ogs

Grid List

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN INDONESIA, DISYAKI CEROBOH PERAIRAN SARAWAK KERANA MENANGKAP IKAN SECARA HARAM

PERHIMPUNAN BULANAN KDN PERKUKUH INTEGRITI, MARITIM MALAYSIA KOMITED PERTAHAN KESELAMATAN NEGARA

KM BENDAHARA PERKUKUH KEUPAYAAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SABAH DAN LCS

EKSESAIS AQUA GUARDIAN SIRI 1/2026

SEBUAH KAPAL TANGKI DITAHAN MARITIM MALAYSIA, DISYAKI BERSAUH TANPA KEBENARAN DI PERAIRAN SELANGOR

MARITIM MALAYSIA PERKUKUH PEMANTAUAN PERAIRAN, ORANG RAMAI DINASIHATKAN TIDAK MENYEBARKAN MAKLUMAT BELUM DISAHKAN

VESEL NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN DISYAKI LANGGAR SYARAT LESEN PERIKANAN

MARITIM MALAYSIA TAHAN VESEL NELAYAN VIETNAM CEROBOH PERAIRAN BINTULU, DISYAKI TANGKAP IKAN SECARA HARAM

DUA WARGA ASING DAN SEBUAH BOT PENUMPANG DITAHAN MARITIM MALAYSIA DI PERAIRAN SELANGOR

PELABUHAN KLANG, 14 JUN – Dua warga asing ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Selangor selepas pemeriksaan ke atas dua buah bot penumpang dalam rutin rondaan OP EHSAN dan OP TIRIS, petang semalam.

Kedua-dua tangkapan dibuat kurang daripada tempoh setengah jam di kedudukan sekitar 0.4 batu nautika barat daya Tanjung Harapan, hasil tindakan pasukan bot ronda Maritim Malaysia yang menjalankan pemantauan keselamatan maritim di perairan negeri.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin bin Muhammad Sallehberkata, pemeriksaan pertama dijalankan kira-kira pada jam 5.52 petang ke atas sebuah bot penumpang yang sedang bergerak dari Jeti Pulau Ketam ke Jeti Awan, Pelabuhan Klang.

“Hasil pemeriksaan mendapati seorang penumpang lelaki tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Melalui pengakuan lisan, lelaki berkenaan merupakan warga Myanmar berusia 37 tahun dan beliau telah ditahan untuk siasatan lanjut,” jelas beliau.

Bot penumpang terbabit bagaimanapun dibenarkan meneruskan perjalanan selepas pemeriksaan lengkap dijalankan dan tiada kesalahan lain dikesan.

Manakala tangkapan kedua berlaku pada jam 6.14 petang, melibatkan sebuah lagi bot penumpang yang sedang menuju ke Jeti Royal Yacht Club.

Bot tersebut dikendalikan oleh seorang juragan tempatan berusia 40 tahun bersama seorang kru warga Nepal berusia 31 tahun.

“Walaupun kru warga asing terbabit memiliki dokumen pengenalan diri yang sah, siasatan mendapati dia menyalahgunakan permit kerja dan tidak memiliki sebarang dokumen pelaut yang sah sebagaimana disyaratkan oleh Pengarah Jabatan Laut Malaysia,” tambah Abdul Muhaimin.

Kes pertama disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 atas kesalahan tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

Manakala kes kedua akan disiasat mengikut Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO 1952) dan Akta Imigresen atas kesalahan penyalahgunaan permit kerja.

Kesemua yang terlibat termasuk bot dan individu terbabit telah dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah sebelum diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Negeri Selangor untuk tindakan lanjut.

Maritim Malaysia menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan sebarang aktiviti mencurigakan atau kecemasan di laut melalui Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 bagi membolehkan tindakan segera diambil.

 

BOT PENUMPANG SEL2
 
BOT PENUMPANG SEL3
 
BOT PENUMPANG SEL4
Grid List

PROGRAM KONSERVASI TAMAN NEGERI PULAU SEMBILAN 2026

LUMUT, 24 Julai – Ibu Pejabat Maritim Negeri (IPMN) Perak terus memperkukuh komitmen terhadap pemuliharaan alam sekitar dan kelestarian ekosistem marin menerusi penyertaan dalam Program Konservasi Taman Negeri Pulau Sembilan Tahun 2026 yang berlangsung di Taman Negeri Pulau Sembilan, Perak semalam.

Program berkenaan turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Amat Mulia Raja DiHilir Perak Darul Ridzuan, Raja Iskandar Dzurkarnain Ibni Almarhum Sultan Idris A’ifullah Shah.

Program ini melibatkan kehadiran pelbagai agensi kerajaan dan swasta serta pihak berkepentingan dalam kerjasama strategik dalam memelihara khazanah alam serta memastikan kelestarian ekosistem marin negara.

Dalam program tersebut, IPMN Perak telah menggerakkan penglibatan anggotanya menerusi pelbagai aktiviti pemuliharaan, antaranya propagasi karang, penanaman pokok ambong di Pulau Lalang, pembersihan kawasan pantai serta rondaan di sekitar perairan Kepulauan Sembilan.

Penyertaan ini bukan sahaja menyokong usaha pemuliharaan biodiversiti marin, malah turut memperlihatkan peranan Maritim Malaysia dalam memperkukuh kerjasama rentas agensi dan sektor bersama kerajaan, pihak swasta serta pihak berkepentingan dalam melindungi alam sekitar dan sumber marin negara.

Aktiviti pembersihan pantai dan pengurusan sisa yang dilaksanakan sepanjang program turut menjadi platform dalam meningkatkan kesedaran serta memupuk rasa tanggungjawab bersama terhadap kepentingan menjaga kebersihan kawasan pesisir pantai dan kelestarian ekosistem marin.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC