14
Ahd, Jun

Grid List

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL PHEONIX JAMNAGAR

LAPAN MANGSA SELAMAT DALAM INSIDEN BOT LAJU TERBALIK DI PANTAI TELUK PASIR, SANTUBONG

MARITIM MALAYSIA LAKSANA MEDEVAC KRU KAPAL CX GEMMA DI PERAIRAN KUCHING

MARITIM MALAYSIA DAN AGENSI DAERAH MERSING LAKSANA OP BERSEPADU PANTAU AKTIVITI ISLAND HOPPING

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA PATAHKAN CUBAAN SELUDUP PETROL BERSUBSIDI, RAMPASAN BERNILAI LEBIH RM10 RIBU

SEMPORNA, 17 JUN – Tindakan licik sindiket menyeludup petrol bersubsidi berjaya digagalkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dalam satu operasi bersepadu di perairan Pulau Bum Bum malam tadi.

Pengarah Zon Maritim Semporna, Komander Maritim Amir bin Shubli berkata, dalam operasi yang dijalankan sekitar pukul 9.30 malam itu, sepasukan anggota dari Zon Maritim Semporna telah mengesan sebuah bot pam mencurigakan sarat membawa tong jerikin berisi minyak petrol ketika melaksanakan Op Pluto Timur 2/2023, Op Khas Cegah PATI (OCP) dan Op Tiris 3.0 di kawasan perairan berkenaan.

“Bertindak atas maklumat risikan, bot ADAL 18, telah digerakkan ke kawasan terbabit. Pasukan operasi kemudiannya mengesan sebuah bot pam tanpa nombor pendaftaran yang berada dalam keadaan mencurigakan,” katanya.

Menurut beliau lagi, sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, tekong bot bertindak melarikan diri dengan memecut ke kawasan cetek sebelum terjun dan menghilangkan diri ke dalam hutan bakau.

“Hasil pemeriksaan ke atas bot berkenaan menemui 18 tong jerikin yang dipercayai mengandungi petrol, masing-masing dianggarkan 25 liter. Jumlah keseluruhan rampasan, termasuk bot pam dan enjin sangkut, dianggarkan bernilai lebih RM10 ribu” ujarnya.

Tambah beliau, petrol bersubsidi itu dipercayai cuba diseludup keluar untuk dijual kepada nelayan asing di sempadan perairan negara atau digunakan bagi kegiatan haram seperti pengeboman ikan yang boleh memusnahkan ekosistem marin.

Kesemua barang rampasan telah dibawa ke Jeti Zon Maritim Semporna untuk tindakan lanjut. Kes disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki dan mengangkut barang kawalan tanpa kebenaran yang sah.

Maritim Malaysia menegaskan akan terus mempergiatkan rondaan dan pengawasan bagi membanteras sebarang aktiviti penyeludupan dan jenayah rentas sempadan di perairan negara, khususnya di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).

 

SELUDUP PETROL A

Grid List

ISTIADAT MENGARAK PANJI-PANJI SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN HARI KEPUTERAAN RASMI KDYMM SERI PADUKA BAGINDA YDPA SULTAN IBRAHIM

PUTRAJAYA, 5 JUN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini menghadiri Istiadat Mengarak Panji-Panji sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Tahun 2026 yang berlangsung dengan penuh adat istiadat, tradisi ketenteraan serta gilang-gemilang di Dataran Pahlawan Negara, di sini pagi tadi.

Maritim Malaysia telah diwakili oleh Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim bersama barisan pengarah-pengarah bahagian serta pegawai-pegawai kanan agensi melibatkan seramai 30 pegawai.

Istiadat bersejarah ini bukan sahaja melambangkan kedaulatan Institusi Raja Berperlembagaan, malah menjadi manifestasi kesetiaan, patriotisme dan penghormatan yang tidak berbelah bahagi seluruh warga perkhidmatan awam serta pasukan beruniform kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Utama Negara.

Sebagai agensi penguatkuasaan maritim utama negara, Maritim Malaysia sentiasa menjunjung tinggi prinsip taat setia, integriti dan profesionalisme dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan, keamanan serta kedaulatan Zon Maritim Malaysia demi kepentingan negara dan rakyat.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam istiadat ini turut mencerminkan komitmen berterusan agensi dalam mendukung aspirasi negara serta memperkukuh semangat kebersamaan dalam mempertahankan kedaulatan dan kesejahteraan tanah air.

Seluruh warga Maritim Malaysia merafak sembah setinggi-tinggi ucapan tahniah dan menjunjung kasih ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Baginda Tahun 2026.

𝗗𝗶𝗿𝗴𝗮𝗵𝗮𝘆𝘂 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂,

𝗗𝗮𝘂𝗹𝗮𝘁 𝗧𝘂𝗮𝗻𝗸𝘂!

MENGARAK PANJI
 
MENGARAK PANJI2
 
MENGARAK PANJI7
 
MENGARAK PANJI8

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC