10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

20 ANGGOTA MARITIM MALAYSIA LULUS LESEN KELAS E DAN GDL

PUCHONG, 12 NOVEMBER – Seramai 20 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dari seluruh negara berjaya memperoleh Lesen Memandu Kelas E dan Goods Driving License (GDL) selepas berjaya menamatkan kursus intensif anjuran Bahagian Pengangkutan, Maritim Malaysia, selama empat hari bermula 3 hingga 6 November di METRO Driving Academy (Puchong) Sdn. Bhd.

Pengarah Bahagian Pengangkutan Maritim Malaysia, Kepten Maritim Haji Nik Kamaruddin bin Yunoh berkata, penganjuran kursus ini adalah langkah strategik untuk memastikan setiap anggota memiliki kemahiran profesional dalam mengendalikan kenderaan berat dan aset logistik darat.

“Anggota Maritim Malaysia bukan sahaja perlu cekap di laut, tetapi juga mahir mengurus dan mengendalikan aset darat yang menjadi tulang belakang kepada operasi agensi ini,”

“Kecekapan ini penting bagi memastikan kesiapsiagaan dan keberkesanan keseluruhan operasi agensi,” katanya lagi.

Sepanjang kursus, peserta diberikan pendedahan teori dan latihan amali merangkumi undang-undang jalan raya, keselamatan pemanduan, latihan di litar, teori GDL serta simulasi penghantaran muatan komersial.

Menariknya, kesemua peserta lulus ujian praktikal Lesen Kelas E dan GDL pada percubaan pertama, sekali gus mencerminkan tahap kesediaan dan komitmen tinggi anggota Maritim Malaysia.

“Kejayaan ini membuktikan kesungguhan Maritim Malaysia dalam melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan memperkukuh keupayaan logistik darat sebagai sokongan utama operasi maritim di seluruh negara,” tegas Nik Kamaruddin.

Maritim Malaysia akan meneruskan inisiatif seumpama ini secara berterusan bagi memastikan setiap anggota berada pada tahap kesiapsiagaan tertinggi dan terus menjadi benteng utama keselamatan perairan negara.

LESEN ANGKUT2
 
LESEN ANGKUT3
 
LESEN ANGKUT4

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN PROFESOR ADJUNG KEPADA KETUA PENGARAH MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 11 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menerima kunjungan hormat daripada delegasi Universiti Malaysia Terengganu (UMT), hari ini.

Delegasi yang diketuai oleh Naib Canselor UMT, Profesor Ir. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim tersebut telah disambut oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah di pejabatnya di Putrajaya.

Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara UMT dan Maritim Malaysia dalam memperkukuh bidang pendidikan, penyelidikan serta latihan maritim di negara ini.

Pertemuan ini turut menyaksikan penyerahan surat pelantikan Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli sebagai Profesor Adjung di Pusat Kokurikulum dan Citra Pelajar, Universiti Malaysia Terengganu.

Pelantikan ini merupakan pengiktirafan terhadap kepimpinan beliau dalam bidang keselamatan maritim dan sumbangan berterusan Maritim Malaysia dalam membentuk generasi muda yang berpengetahuan serta berdaya saing.

Turut hadir menyantuni delegasi UMT itu ialah Timbalan Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Laksamana Pertama Maritim Vincent a/l Rajamony, Pengarah Bahagian Sumber Manusia (BSM), Tuan Haji Mohd Hamzah Murghayah bin Abdullah dan Ketua Penolong Pengarah Cawangan PSMM & PASKAM BSM, Leftenan Komander Maritim Fadhli Hisham bin Muhammad.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua pihak turut membincangkan peluang kolaborasi strategik melibatkan perkongsian kepakaran, latihan industri, serta pembangunan modul pengajian maritim yang dapat dimanfaatkan bersama oleh institusi pengajian tinggi dan agensi penguatkuasaan.

Maritim Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah atas pelantikan tersebut dan beriltizam meneruskan kerjasama erat dengan UMT bagi memperkasa agenda pembangunan modal insan di negara ini.

PROF ADJUNG2
 
PROF ADJUNG3
 
PROF ADJUNG4
 
PROF ADJUNG5

MARITIM MALAYSIA SERTAI SAMBUTAN WORLD DAY AGAINST TRAFFICKING IN PERSONS (WDAT) 2025

PUTRAJAYA, 10 NOVEMBER — Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Antipemerdagangan Orang Sedunia (World Day Against Trafficking in Persons – WDAT 2025) yang berlangsung di Hotel Marriott, Putrajaya, sebagai tanda sokongan terhadap usaha di peringkat antarabangsa bagi mengekang jenayah pemerdagangan orang yang menafikan hak asasi kemanusiaan.
Majlis disempurnakan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail dan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman serta Setiausaha Bahagian MAPO, Dr. Azalia binti Mohamed.
Turut hadir mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, diiringi Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah bersama barisan pegawai kanan serta anggota Maritim Malaysia.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia turut menerima Sijil Penghargaan Penarafan Tahap 2 bagi Laporan Jabatan Negara Amerika Syarikat (JNAS) mengenai Pemerdagangan Orang Tahun 2024.
Selain itu, Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve turut menerima Sijil Pelantikan Victim Identification Champion (VIC) bagi lapan pegawai Maritim Malaysia yang dilantik sebagai wakil dalam usaha mengenal pasti dan melindungi mangsa pemerdagangan orang.
Sambutan ini menzahirkan komitmen KDN melalui Pejabat Strategik Nasional (NSO) Majlis Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (MAPO) untuk memperkukuh usaha penguatkuasaan, melindungi mangsa serta memperluas kerjasama strategik dengan pelbagai agensi dalam membanteras jenayah rentas sempadan ini.
Sebagai salah satu badan penguat kuasa di laut, Maritim Malaysia terus mendukung misi nasional ini bagi memerangi jenayah pemerdagangan orang dan penyeludupan migran melalui operasi bersepadu bersama agensi strategik lain dari dalam dan luar negara serta sentiasa tegas dalam menguatkuasakan undang-undang perairan negara.


KDN MAPO2
 
KDN MAPO5
 
KDN MAPO3
 
KDN MAPO6

PENGARAH MARITIM NEGERI KELANTAN TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PANGLIMA 10 BRIGED (PARA) SEMPENA EKSESAIS GERAK PANTAS

PASIR PUTEH, 9 NOVEMBER – Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Erwan Shah bin Soahdi, telah menerima kunjungan hormat oleh Panglima 10 Briged (Para), Brigedier Jeneral Datuk Khairul Anwar bin Soib pagi semalam.
Kunjungan hormat ini dilakukan dalam rangka lawatan sempena Eksesais Gerak Pantas Siri 26/2025 yang dilaksanakan di negeri Kelantan. Pertemuan ini turut menjadi medan perkongsian maklumat mengenai fungsi teras agensi, keupayaan aset, serta potensi kolaborasi bersama dalam mempertingkatkan kecekapan operasi keselamatan dan penguatkuasaan maritim pada masa hadapan.
Sementara itu, pada pagi hari ini, Maritim Malaysia turut memberikan sokongan terhadap pelaksanaan Eksesais tersebut dengan menugaskan aset Maritim sebagai bot keselamatan (safety boat) sepanjang latihan dijalankan selain turut menggunakan tapak tanah agensi sebagai salah satu lokasi latihan, bagi memudahkan kelancaran dan keberkesanan pelaksanaan eksesais.
Penglibatan ini menzahirkan kerjasama yang erat dan semangat sinergi antara dua agensi keselamatan utama negara, sekaligus memastikan latihan dijalankan dengan lancar, selamat dan berkesan.
Inisiatif ini juga selaras dengan Teras 7 Ketua Pengarah Maritim Malaysia, iaitu pengukuhan jalinan bersama agensi keselamatan dan pertahanan lain demi memastikan keselamatan serta kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara.
Kunjungan berakhir dengan sesi pertukaran cenderamata dan bergambar kenangan, melambangkan semangat kebersamaan serta hubungan erat antara Maritim Malaysia dan Tentera Darat Malaysia dalam memperkukuh sinergi keselamatan negara.

KH PARA
 
KH PARA3
 
KH PARA2
 
KH PARA5

MARITIM MALAYSIA CADANG SEWA JETI SWETTENHAM PIER UNTUK PENEMPATAN ASET OPERASI

PULAU PINANG, 8 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sedang meneliti cadangan penyewaan Jeti Swettenham Pier Cruise Terminal (SPCT) sebagai pangkalan baharu bagi penempatan kapal dan bot operasi Maritim Negeri Pulau Pinang.
Cadangan itu dibincangkan dalam satu sesi pertemuan rasmi antara Maritim Malaysia dan Penang Port Sdn. Bhd. (PPSB) di Pejabat PPSB, Penang Sentral semalam, bagi menilai potensi kemudahan jeti strategik tersebut sebagai pusat pengoperasian aset maritim di utara Semenanjung Malaysia.
Delegasi Maritim Malaysia diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan), Tuan Haji Nor Hisham Ibrahim, bersama Pengarah Bahagian Kewangan dan Belanjawan, Dato’ Barkhiya Shahiruddin, Pengarah Bahagian Pengurusan Aset, Mohd Ilham Udin, Pengarah Bahagian Perolehan, Rosli Bidin, serta beberapa pegawai kanan Ibu Pejabat dan Maritim Negeri Pulau Pinang.
Pengarah Maritim Negeri Pulau Pinang, Kepten Maritim Muhammad Suffi Mohd Ramli memaklumkan, perbincangan hampir dua jam itu turut meneliti aspek teknikal, logistik dan keselamatan bagi memastikan SPCT mampu menampung keperluan pengoperasian aset maritim secara optimum.
“Cadangan tersebut dijangka meningkatkan keupayaan logistik, keberkesanan penguatkuasaan dan kesiapsiagaan operasi Maritim Malaysia, terutamanya di kawasan perairan Pulau Pinang, Kedah dan Perlis yang menjadi laluan utama aktiviti maritim,” tambah beliau selepas hadir pada sesi perbincangan itu semalam.
Hasil pertemuan itu menunjukkan kesepakatan positif antara kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan kerjasama strategik bagi meningkatkan kawalan keselamatan dan pemantauan di perairan negara.
Maritim Malaysia percaya usaha ini akan membuka lembaran baharu dalam memperkukuh infrastruktur dan keupayaan pengoperasian agensi itu di utara tanah air.


PENANG SEWA4
 
PENANG SEWA3
 
PENANG SEWA2
 
PENANG SEWA5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC