08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MOTIVASI GAYA RASULULLAH SAW SEMARAKKAN JIWA WARGA MARITIM MALAYSIA

PUTRAJAYA, 14 OKTOBER – Bagi menyemarakkan sambutan Maulidur Rasul SAW 1447H/2025M, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bersama PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia telah menganjurkan Forum Bicara Addin bertemakan ‘Motivasi Gaya Rasulullah SAW’ sebagai wadah memperkukuh penghayatan nilai kepimpinan dan akhlak junjungan besar Nabi Muhammad SAW dalam kalangan warga agensi.

Forum yang dikendalikan oleh Kepten Maritim Nik Kamaruddin bin Yunoh itu menampilkan dua panel jemputan berpengalaman, Ustaz Mohammad Najmuddin bin Mohamiddin dan Prof. Dr. Sharifah Hayaati binti Syed Ismail yang berkongsi pandangan mengenai nilai kepimpinan, keteladanan dan strategi motivasi berpaksikan sunnah Rasulullah SAW.

Sesi interaktif tersebut membuka ruang renungan tentang bagaimana prinsip dakwah dan kepimpinan Rasulullah SAW dapat diterapkan dalam budaya kerja warga Maritim Malaysia, khususnya dalam memperkukuh integriti dan semangat berkhidmat kepada negara.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cenderamata oleh Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, kepada Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil Maritim Malaysia, Datin Noriyanti binti Mohd Noor, sebagai tanda penghargaan atas kerjasama penganjuran program berkenaan.

Penganjuran Forum Bicara Addin ini mencerminkan komitmen Maritim Malaysia dalam memperkukuh pembangunan sahsiah dan spiritual warga agensi, selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Dalam program yang sama, turut diadakan Program Aspirasi Budaya Kerja Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) yang turut menghimpunkan seramai 42 ahli, terdiri daripada 35 lelaki dan 7 wanita bagi sama-sama menyemarakkan lagi penganjuran program.

Hadir sama, pengarah-pengarah bahagian serta anggota dan pegawai Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

 

FORUM ADDIN2
 
FORUM ADDIN3
 
FORUM ADDIN4
 
FORUM ADDIN5
Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC