KUALA TERENGGANU, 6 MEI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan perbincangan kerjasama strategik bagi memperkukuh latihan dan pembangunan pegawai Maritim Malaysia melalui pelaksanaan program sijil bertaraf MQA.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad itu turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi UMT serta delegasi AMSAS yang diketuai oleh Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan.
Perbincangan ini memfokuskan kepada pelaksanaan Sijil Pascasiswazah Pengajian Maritim (Tahap 7 MQF, 20 kredit) yang meliputi bidang operasi, navigasi, pentadbiran, komunikasi dan keselamatan maritim.
Dalam masa yang sama, kolaborasi ini turut membuka ruang dan peluang kepada AMSAS untuk meneroka bidang-bidang baharu yang lebih luas bersama UMT.
Kerjasama ini juga dilihat sebagai platform strategik untuk memperkukuh jaringan akademia-industri serta meningkatkan daya saing latihan maritim negara di peringkat serantau.
Berdasarkan perbincangan awal, kedua-dua pihak akan melaksanakan pemetaan silibus antara Kursus Asas (CPC) AMSAS dan kursus UMT, merangkumi aspek pentadbiran, komunikasi, navigasi, operasi kapal, undang-undang serta pengurusan stor dan aset. Program ini dicadangkan secara separuh masa selama enam bulan dengan pendekatan 79% pembelajaran atas talian dan 21% secara bersemuka, di mana sesi fizikal dicadang dilaksanakan di premis AMSAS.
Turut dibincangkan ialah laluan kemasukan fleksibel melalui APEL A dan APEL Q, serta cadangan laluan pengajian berperingkat sehingga ke peringkat Sarjana.
Secara keseluruhan, hasil perbincangan ini masih tertakluk kepada kelulusan lanjut pihak pengurusan tertinggi, dengan pelaksanaan pengambilan pertama dijangka pada Oktober atau Disember 2027.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

