10
Kha, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

KERJASAMA MARITIM SERANTAU DIPERKUKUH MELALUI SEAMLEI KE-11

MANILA, 20 NOVEMBER – Negara-negara Asia Tenggara memperlihatkan kesungguhan memperkukuh keselamatan perairan serantau apabila barisan agensi penguat kuasa maritim utama berhimpun dalam 11th Southeast Asia Maritime Law Enforcement Initiative (SEAMLEI) Commander’s Forum bermula 17 hingga 20 November 2025, di sini.

Malaysia melalui Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) turut mengangkat suara penting apabila menghantar delegasi diketuai Timbalan Pengarah Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik.

Forum anjuran US Department of State itu turut melibatkan penyertaan Philippine Coast Guard (PCG), Badan Keamanan Laut (BAKAMLA) Indonesia, Vietnam Coast Guard (VCG), Thai-MECC, serta rakan strategik daripada US Coast Guard (USCG).

Forum empat hari itu menjadi medan penting perkongsian kes, pembentangan strategi, dan perbincangan dua hala merangkumi isu operasi, penguatkuasaan serta adaptasi teknologi keselamatan bagi memastikan tindakan penguatkuasaan di laut lebih pantas dan tepat.

Dalam sesi libat urus yang disertai, Datuk Che Engku Suhaimi menekankan bahawa komunikasi dan perkongsian maklumat perlu dipertingkat kerana ia menjadi keutamaan dalam menjamin keselamatan perairan serantau, terutama ketika insiden maritim berlaku secara tidak dijangka.

Maritim Malaysia dalam pada itu turut membuka ruang kepada negara serantau menyertai latihan kepakaran di Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) seperti Kursus Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), Interdiction, dan Forensik Maritim, bagi memperkukuh kompetensi bersama.

SEAMLEI ke-11 sekali lagi membuktikan bahawa keselamatan maritim bukan hanya tanggungjawab satu negara, tetapi usaha bersama demi memastikan perairan Asia Tenggara kekal selamat dan bebas daripada ancaman jenayah rentas sempadan.

SEAMLEI MANILA4
 
SEAMLEI MANILA
 
SEAMLEI MANILA3

MARITIM MALAYSIA SERTAI MESYUARAT HLC MALINDO KE-18 DI JAKARTA

PUTRAJAYA, 18 NOVEMBER - Malaysia dan Indonesia terus perkukuh kerjasama keselamatan serantau melalui penganjuran The 18th High Level Committee (HLC) MALINDO 2025 yang berlangsung di Jakarta, pada Selasa (11 November 2025).

Mesyuarat tahunan ini menghimpunkan kepimpinan tertinggi ketenteraan serta agensi keselamatan kedua-dua negara bagi membincangkan operasi keselamatan bersama, pembangunan strategik pertahanan, serta penyelarasan tindakan di perbatasan laut dan darat.

Mesyuarat berprestij tersebut telah dipengerusikan bersama oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Mohd Nizam bin Hj Jaffar, dan Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jenderal TNI Agus Subiyanto.

Mewakili Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah, selaku Ketua Tim Perancang Operasi Maritim (TPOM) Malaysia, yang memainkan peranan penting dalam penyelarasan aspek keselamatan maritim dua hala.

Dalam sesi perbincangan, kedua-dua delegasi memberi tumpuan kepada pelaksanaan operasi keselamatan bersama yang lebih komprehensif, khususnya di kawasan sempadan Malaysia–Indonesia yang menuntut kerjasama lebih tersusun, strategik dan bersepadu.

Penekanan turut diberikan terhadap penambahbaikan mekanisme komunikasi, perkongsian maklumat, serta kesiapsiagaan bagi menghadapi ancaman rentas sempadan.

Kedua-dua pihak turut menegaskan komitmen teguh untuk terus memperkukuh hubungan pertahanan dua hala, selaras dengan usaha memastikan kestabilan, keselamatan dan kesejahteraan di rantau ini.

Majlis penutup telah disempurnakan dengan sesi pertukaran cenderamata serta sesi bergambar, sebagai simbolik keakraban serta kesinambungan kerjasama erat di antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Tentara Nasional Indonesia (TNI).

HLC MALINDO2
 
HLC MALINDO3
 
HLC MALINDO4

MARITIM NEGERI KELANTAN UNGGUL DALAM KEJOHANAN MARA LASAK IPD PASIR PUTEH 2025

PASIR PUTEH, 15 NOVEMBER – Seramai 18 pegawai dan anggota dari Maritim Negeri Kelantan telah menyertai Kejohanan Mara Lasak Peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh Tahun 2025 yang berlangsung di sini, pagi tadi.

Kejohanan ini melibatkan 13 pasukan yang terdiri daripada sembilan kumpulan mewakili IPD Pasir Puteh dan empat lagi kumpulan dari agensi jemputan iaitu Polis Bantuan Tok Bali Supply Base (TBSB), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) serta pasukan daripada Maritim Negeri Kelantan.

Dalam kejohanan itu, pasukan Maritim Negeri Kelantan yang diketuai oleh Leftenan Maritim Wan Mohd Syazwan bin Wan Ngah telah dinobatkan sebagai juara dengan catatan masa 1 jam 25 minit 33 saat, sekaligus menampilkan keupayaan fizikal, kecergasan dan semangat juang warga Maritim Malaysia pada tahap membanggakan.

Majlis perasmian dan penutupan kejohanan itu telah disempurnakan oleh Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, YDH Supt. Zaizul Rizal bin Zakaria, yang turut mengucapkan penghargaan kepada semua peserta dan menghargai komitmen tinggi setiap pasukan yang berjaya menamatkan acara yang merangkumi 8.9 kilometer dengan penuh cabaran itu.

Melalui kejayaan ini, pasukan Maritim Negeri Kelantan telah membuktikan kemampuan dari segi ketahanan fizikal dan mental, selain memperlihatkan tahap disiplin, dedikasi dan semangat kerjasama yang tinggi dalam mengekalkan keselamatan dan kedaulatan perairan Malaysia.

MARA LASAK5
 
MARA LASAK7
 
MARA LASAK3
 
MARA LASAK4

MARITIM MALAYSIA MERIAHKAN ACARA LARIAN HARI KEPUTERAAN SULTAN PERAK

KUALA KANGSAR, 16 NOVEMBER — Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah 2025 menjadi tumpuan pengunjung apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menonjolkan kehebatan aset melalui demonstrasi penyelamatan dan persembahan taktikal yang mempamerkan kesiapsiagaan serta profesionalisme anggota di lapangan.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, turut hadir dan mengiringi Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzudin Shah serta Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, Tengku Zara Salim pada acara pembukaan sebagai tanda sokongan penuh terhadap penyertaan Maritim Malaysia dalam program ini.

Menerusi acara tersebut, Maritim Malaysia menampilkan demonstrasi penyelamatan serta persembahan taktikal yang mempamerkan kecekapan anggota dalam menangani situasi kecemasan, ancaman di perairan dan operasi penguatkuasaan.

Aksi ini mencuri perhatian para pengunjung apabila anggota memperlihatkan kemahiran respons pantas, teknik intervensi serta penggunaan aset dan peralatan yang digunakan dalam operasi sebenar.

Suasana turut digamatkan dengan persembahan pancaragam Maritim Malaysia yang memukau diiringi dengan persembahan taktikal tempur tanpa senjata oleh Maritim Malaysia di Dataran Pavilion, Kuala Kangsar.

Momentum ini diteruskan apabila baginda berdua berkenan meninjau pameran Maritim Malaysia, yang menampilkan replika aset operasi dan menunjukkan tahap kesiapsiagaan agensi dalam mempertahankan keselamatan perairan negara.

Penglibatan Maritim Malaysia pada sambutan kali ini bukan sahaja menyerikan acara, malah meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan penting agensi sebagai barisan hadapan keselamatan maritim negara.

APMM LARIAN2
 
APMM LARIAN3
 
APMM LARIAN4
 
APMM LARIAN5

KEHADIRAN KAPAL EX-USCG CUTTER STEADFAST DIRAI MARITIM NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 15 NOVEMBER – Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) selamat tiba di Jeti Pelabuhan Kota Kinabalu, semalam.

Pengarah Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata, ketibaan kapal tersebut menandakan satu lagi penambahan aset penting bagi memperkukuh kawalan keselamatan di perairan Negeri Sabah.

Terdahulu, beliau bersama barisan kepimpinan Zon Maritim Negeri Sabah telah menyambut ketibaan kapal berkenaan dari Klang, Selangor setelah berjaya menempuh pelayaran selama 49 hari dari Baltimore, Amerika Syarikat.

Pada acara simbolik sambutan, Pegawai Memerintah kapal, Komander Maritim Mohd Fahimi Omar, telah dipakaikan tengkolok oleh Mohd Khairulanuar selain semua kru kapal turut menerima mafla sebagai penghargaan atas komitmen mereka sepanjang pelayaran menuju ke Sabah.

Selain itu, Pengarah-pengarah Zon Maritim turut menyerahkan cenderamata kepada kru sebagai tanda sokongan dan penghormatan atas kehadiran kapal tersebut yang kini menjadi sebahagian elemen kekuatan pengoperasian Maritim Malaysia di negeri itu.

Mohd Khairulanuar dalam ucapannya, menzahirkan kesyukuran atas ketibaan kapal berkenaan dan menegaskan, dengan kehadiran kapal ini akan membantu meningkatkan kesiapsiagaan serta keberkesanan operasi maritim di Sabah.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Sabah Ports atas kerjasama dan penyediaan fasiliti sepanjang proses penerimaan kapal tersebut.

Majlis sambutan diakhiri dengan acara memotong pulut kuning sebagai simbolik kejayaan dan tanda kesyukuran atas kelancaran pelayaran kapal berkenaan.

USCG SABAH3
 
USCG SABAH4
 
USCG SABAH5
 
USCG SABAH7

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC