08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

AMSAS - UMT PERKASA LATIHAN PEGAWAI MARITIM BERTARAF MQA

KUALA TERENGGANU, 6 MEI – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah mengadakan perbincangan kerjasama strategik bagi memperkukuh latihan dan pembangunan pegawai Maritim Malaysia melalui pelaksanaan program sijil bertaraf MQA.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMT, Profesor Dr. Suriyani binti Muhamad itu turut dihadiri barisan pengurusan tertinggi UMT serta delegasi AMSAS yang diketuai oleh Kepten Maritim Mohd Iszuadi bin Mohamad Hassan.

Perbincangan ini memfokuskan kepada pelaksanaan Sijil Pascasiswazah Pengajian Maritim (Tahap 7 MQF, 20 kredit) yang meliputi bidang operasi, navigasi, pentadbiran, komunikasi dan keselamatan maritim.

Dalam masa yang sama, kolaborasi ini turut membuka ruang dan peluang kepada AMSAS untuk meneroka bidang-bidang baharu yang lebih luas bersama UMT.

Kerjasama ini juga dilihat sebagai platform strategik untuk memperkukuh jaringan akademia-industri serta meningkatkan daya saing latihan maritim negara di peringkat serantau.

Berdasarkan perbincangan awal, kedua-dua pihak akan melaksanakan pemetaan silibus antara Kursus Asas (CPC) AMSAS dan kursus UMT, merangkumi aspek pentadbiran, komunikasi, navigasi, operasi kapal, undang-undang serta pengurusan stor dan aset. Program ini dicadangkan secara separuh masa selama enam bulan dengan pendekatan 79% pembelajaran atas talian dan 21% secara bersemuka, di mana sesi fizikal dicadang dilaksanakan di premis AMSAS.

Turut dibincangkan ialah laluan kemasukan fleksibel melalui APEL A dan APEL Q, serta cadangan laluan pengajian berperingkat sehingga ke peringkat Sarjana.

Secara keseluruhan, hasil perbincangan ini masih tertakluk kepada kelulusan lanjut pihak pengurusan tertinggi, dengan pelaksanaan pengambilan pertama dijangka pada Oktober atau Disember 2027.

AMSAS UMT
 
AMSAS UMT3
 
AMSAS UMT2
 
AMSAS UMT5

MARITIM MALAYSIA TARIK TUMPUAN PENGUNJUNG DI HTA 2026 KOTA KINABALU

KOTA KINABALU, 5 MEI – Penyertaan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Hari Terbuka Armada (HTA) 2026 mencuri tumpuan pengunjung apabila reruai agensi itu menjadi antara lokasi paling ramai dikunjungi sepanjang program berlangsung di Tambatan Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Kota Kinabalu pada 2 dan 3 Mei lalu.

Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar bin Abd Majid @ Razali berkata, penyertaan tersebut merupakan usaha berterusan agensi dalam memperkukuh hubungan bersama masyarakat serta meningkatkan kefahaman awam terhadap peranan penguatkuasaan di laut.

“Program seperti ini penting dalam menyampaikan maklumat secara terus kepada masyarakat mengenai fungsi Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan dan kesejahteraan perairan negara,” katanya.

Beliau turut berkata, platform berkenaan juga memberi nilai tambah kepada komunikasi strategik agensi, khususnya dalam mendekatkan peranan Maritim Malaysia kepada komuniti maritim dan masyarakat umum.

Sementara itu, Pegawai Memerintah Kapal ExUSCG Cutter STEADFAST, Komander Maritim Mohamad Fahimi bin Omar berkata, penyertaan Maritim Malaysia dalam program tersebut memberi impak positif dalam usaha memperkukuh keyakinan awam terhadap keupayaan agensi.

“Penyertaan dalam Hari Terbuka Armada ini bukan sahaja membuka ruang kepada masyarakat untuk mengenali Maritim Malaysia dengan lebih dekat, malah turut memperkukuh keyakinan awam terhadap keupayaan aset dan warga kerja dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan perairan negara secara berkesan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Pengarah Maritim Malaysia Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan pada Majlis Perasmian HTA 2026.

Sepanjang dua hari penganjuran, reruai Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan menjadi tumpuan pengunjung dengan pelbagai bahan pameran interaktif disediakan termasuk replika aset, maklumat fungsi agensi serta tayangan montaj operasi dan aktiviti penguatkuasaan di laut.

Selain pameran, pengunjung turut disajikan dengan pelbagai aktiviti sampingan seperti kuiz interaktif, sesi fotografi di photobooth serta perkongsian maklumat berkaitan keselamatan di laut yang menekankan aspek kesedaran awam.

Sebagai penghargaan, sijil penyertaan telah disampaikan oleh Panglima Armada, Laksamana Madya Dato’ Khir Junaidi bin Idris kepada wakil Maritim Malaysia Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan atas penyertaan dalam program berkenaan.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam HTA 2026 ini dilihat sebagai platform strategik dalam memperkukuh jaringan komunikasi bersama masyarakat, di samping memberi pendedahan terhadap peranan agensi, aset operasi serta peluang kerjaya dalam sektor keselamatan maritim negara.

HTA KK2
 
HTA KK3
 
HTA KK4
 
HTA KK5

CSCWG JADI MEDAN SELARAS NARATIF OP NAGA

PUTRAJAYA, 5 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) memperkukuh penyampaian komunikasi strategik berkaitan Op NAGA menerusi penubuhan Combined Strategic Communication Working Group (CSCWG) yang dianjurkan bermula 4 Mei dan berakhir hari ini.

Bengkel ini dilaksanakan bagi memastikan semua naratif operasi diselaras secara konsisten dan tepat oleh semua jabatan dan agensi terlibat seterusnya diyakini masyarakat.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Mohd Zawawi Abdullah berkata, pendekatan berkenaan amat penting dalam mendepani cabaran penyebaran maklumat yang semakin pantas serta tidak terkawal, khususnya melalui media sosial.

“Setiap agensi tidak boleh bergerak secara berasingan dari segi komunikasi. Kita memerlukan satu platform untuk menyelaras mesej supaya maklumat yang disampaikan tepat, konsisten dan tidak disalah tafsir,” katanya.

Jelas beliau lagi, penubuhan CSCWG bukan sekadar melengkapkan aspek naratif operasi, sebaliknya menjadi mekanisme utama dalam memastikan setiap tindakan penguatkuasaan disokong dengan penyampaian maklumat yang jelas, berstruktur dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan penutupan Bengkel CSCWG Op NAGA Bil. 1/2026 di sini hari ini.

Hadir sama, Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Salawati binti Yahaya.

Terdahulu, bengkel berkenaan menghimpunkan 28 pegawai yang terdiri daripada Pegawai Perhubungan Awam dan pegawai pelaksana dari pelbagai 17 agensi keselamatan dan penguatkuasaan yang dilantik sebagai ahli Jawatankuasa CSCWG Op NAGA, menjadikan kumpulan ini sebagai teras utama dalam pengurusan komunikasi operasi tersebut.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta didedahkan kepada aspek pengurusan media, teknik penyampaian mesej serta pemahaman isu keselamatan maritim bagi memperkukuh keupayaan menyampaikan maklumat operasi secara lebih berkesan kepada umum.

Peserta turut dibahagikan kepada tiga kumpulan utama bagi membangunkan Kerangka Pelan Komunikasi Strategik melibatkan Op NAGA Barat, Op NAGA Timur Sarawak dan Op NAGA Timur Sabah.

Penganjuran Bengkel CSCWG dilihat sebagai langkah proaktif Maritim Malaysia dalam memperkukuh penyelarasan komunikasi antara agensi terlibat, sekali gus memastikan naratif Op NAGA kekal konsisten, berwibawa dan berimpak di semua platform penyampaian maklumat.

CSCWG NAGA5
 
CSCWG NAGA2
 
CSCWG NAGA6
 
CSCWG NAGA3

WARGA APMM TERIMA SIJIL CFIP 2025, PERKUKUH KEPAKARAN SIASATAN KEWANGAN

PUTRAJAYA, 4 MEI – Seramai lima warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima sijil dalam Majlis Konvokesyen Program Pensijilan Penyiasat Kewangan Bertauliah (CFIP) 2025 anjuran Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional yang berlangsung di Dewan Serbaguna Aras 1, Blok 1, Menara Seri Wilayah, di sini hari ini.

Majlis berprestij yang bermula jam 2.00 petang itu diserikan dengan kehadiran Ketua Setiausaha Negara (KSN), Tan Sri Dato' Seri Haji Shamsul Azri Abu Bakar sebagai tetamu kehormat, sekali gus mencerminkan kepentingan program tersebut dalam memperkukuh keupayaan penyiasatan kewangan sektor awam.

Turut hadir mewakili Pengurusan Tertinggi Maritim Malaysia bagi menyaksikan majlis istimewa itu ialah Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Maritim (BSJM), Laksamana Pertama Maritim Shahref Steve Mac Queen bin Abdullah.

Menurut beliau, penyertaan pegawai Maritim Malaysia dalam program pensijilan ini dilihat sebagai langkah strategik dalam memperkasa kompetensi anggota, khususnya dalam aspek pengesanan dan siasatan jenayah kewangan yang semakin kompleks, termasuk yang berkait rapat dengan aktiviti maritim dan jenayah rentas sempadan.

"Pengiktirafan profesional melalui pensijilan CFIP ini dijangka meningkatkan keupayaan operasi agensi dalam mengekang aktiviti penyeludupan, pengubahan wang haram serta ketirisan yang memberi kesan kepada keselamatan dan ekonomi negara," katanya.

Jelasnya lagi, Inisiatif ini selaras dengan komitmen berterusan Maritim Malaysia dalam melahirkan pegawai yang berkemahiran tinggi, berintegriti dan berdaya saing, seterusnya memperkukuh keberkesanan tindakan penguatkuasaan serta meningkatkan tangkapan terhadap jenayah maritim di perairan negara.

Pihak Pengurusan Tertinggi dan seluruh warga Maritim Malaysia menzahirkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua pegawai yang diraikan sempena Majlis Konvokesyen Program Pensijilan CFIP 2025.

SIJIL CFIP2
 
SIJIL CFIP3
 
SIJIL CFIP4
 
SIJIL CFIP5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC