KUALA TERENGGANU, 26 DISEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Terengganu telah menerima Anugerah Sri Iman bagi kategori Penglibatan Agensi Terbaik (Keselamatan) di laut daripada Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen berterusan agensi itu dalam memastikan keselamatan perairan negeri, di sini hari ini.
Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Hamiludin Che Awang berkata, penganugerahan itu mencerminkan peranan aktif Maritim Terengganu dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang maritim, rondaan keselamatan serta kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan komuniti pelancongan maritim.
Menurut beliau, usaha berterusan tersebut penting bagi menjamin keselamatan aktiviti pelancongan laut di negeri ini, sekali gus meningkatkan keyakinan pengunjung dan pengusaha industri maritim.
Anugerah itu juga menjadi penghargaan terhadap dedikasi warga Maritim Terengganu dalam menyokong pembangunan sektor pelancongan negeri yang selamat, teratur dan mampan.
Terdahulu, Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Hilman Hajijan, dalam satu majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Duyung Marina & Resort.
![]() |
![]() |



























.svg.png)

