08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

LATIHAN KOMUNIKASI MENCARI DAN MENYELAMAT (SARCOMEX) PERKUKUH KERJASAMA MALAYSIA – THAILAND

PUTRAJAYA, 16 OKTOBER – Maritime Rescue Coordination Centre (MRCC) Putrajaya, Malaysia dan Bangkok Rescue Coordination Centre (BKKRCC), Thailand telah berjaya melaksanakan Latihan Komunikasi Mencari dan Menyelamat (SARCOMEX) dua hala bagi memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan bersama dalam menghadapi sebarang insiden kecemasan maritim di sempadan perairan kedua-dua negara.

Latihan yang diadakan dari jam 11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari waktu tempatan pada 15 Oktober 2025 bertujuan menguji keberkesanan saluran komunikasi antara kedua-dua pusat penyelamat kebangsaan serta meningkatkan kecekapan koordinasi operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di peringkat serantau.

Bagi tujuan latihan, satu senario kecemasan telah disimulasikan melibatkan sebuah kapal jenis Multi Purpose Offshore Vessel (MPOV) yang terbakar di perairan sempadan Malaysia–Thailand, kira-kira 24 batu nautika Timur Laut Tumpat, Kelantan. Seramai 25 kru kapal terlibat dalam insiden tersebut dengan sebahagian daripada mereka dilaporkan hanyut ke perairan Thailand akibat arus laut dan tiupan angin.

Susulan itu, Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan melalui MRCC Putrajaya telah berhubung dengan pihak BKKRCC bagi mendapatkan bantuan melaksanakan operasi mencari dan menyelamat di perairan Thailand.

Latihan berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang digariskan, sekali gus memperkukuh hubungan operasi serta kerjasama strategik antara Malaysia dan Thailand dalam aspek keselamatan maritim.

Penganjuran latihan juga membuktikan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelayaran di rantau ini sentiasa terpelihara.

SARCOMEX THAI2
 
SARCOMEX THAI3

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC