GREECE, 17 OKTOBER – Kapal Ex-USCG Cutter Steadfast milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang kini dalam pelayaran pulang ke tanahair, berjaya merentasi Lautan Atlantik Utara dan Selat Gibraltar sebelum memasuki Laut Mediterranean.
Pegawai Memerintah Kapal, Komander Maritim Mohd Fahimi bin Omar berkata, pelayaran di Laut Mediterranean mengambil masa lapan hari sebelum kapal berlabuh di Souda Bay, Greece bagi tujuan pengisian bahan bakar dan makanan.
Ketika berada di Greece, beliau bersama beberapa pegawai telah melakukan kunjungan hormat ke atas Commodore Dionysios Mantadakis HN, Commanding Officer Souda Naval Base, sebagai tanda hubungan baik antara kedua-dua pihak.
Sepanjang persinggahan di pelabuhan tersebut, kru kapal turut meraikan empat anggota Ship Riders dari United States Coast Guard (USCG) yang menyertai pelayaran dari Amerika Syarikat hingga ke Greece. Kehadiran mereka banyak membantu dalam perkongsian pengalaman dan kepakaran teknikal, khususnya dalam pengoperasian sistem dan peralatan utama kapal.
“Pada 10 Oktober, kapal berlepas dari Souda Bay menuju ke Doraleh, Djibouti, dengan tempoh pelayaran selama sembilan hari.”
“Ketika melalui Terusan Suez, kapal turut belayar secara konvoi bersama beberapa kapal lain menuju ke Laut Merah, satu pengalaman berharga kepada kru yang menempuh laluan perdagangan antarabangsa paling sibuk di dunia,” katanya.
Beliau menambah, sebaik memasuki Laut Merah, tahap kesiapsiagaan keselamatan kapal telah ditingkatkan ke tahap tertinggi. Anggota bertugas sebagai pemerhati bersenjata sentiasa berada dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi sebarang ancaman atau insiden tidak dijangka.
“Pada 15 Oktober, kru kapal diuji apabila semua sistem bantuan pelayaran seperti GPS, ECDIS dan RADAR mengalami gangguan spektrum elektromagnetik yang dipercayai berpunca daripada aktiviti gangguan elektronik (spoofing) oleh pihak tidak dikenali,” jelasnya.
Tanpa bergantung kepada sistem digital, pegawai dan kru anjungan menggunakan kaedah navigasi tradisional bagi menentukan kedudukan kapal dan memastikan pelayaran kekal selamat.
Beliau dalam pada itu menegaskan, ketabahan, disiplin dan kepakaran kru kapal menjadi bukti kemampuan Maritim Malaysia mengendalikan aset laut dalam misi pelayaran jarak jauh, walaupun berdepan gangguan teknikal dan ancaman keselamatan di perairan antarabangsa.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

