08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

MARITIM MALAYSIA TERUS KOMITED PERKUKUH PEMBANGUNAN KOMPLEKS IBU PEJABAT BAHARU MELALUI MAKMAL KAJIAN KEJURUTERAAN

NILAI, 6 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh komitmen dalam meningkatkan kecekapan dan keberkesanan pelaksanaan projek strategik melalui pelaksanaan Makmal Kajian Kejuruteraan (Value Engineering Lab) bagi pembangunan Kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia yang baharu di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.
Makmal yang berlangsung selama tiga hari bermula 4 hingga 6 November 2025 di Nilai Spring Resort ini dikendalikan oleh fasilitator dari Cawangan Perancangan Aset Bersepadu (CPAB), Jabatan Kerja Raya (JKR) yang diketuai oleh Encik Zulfatah bin Ibeni @ Zakaria. 
Turut serta, pasukan daripada Cawangan Kerja Keselamatan (CKS) pimpinan AR. Mohd Hafizudin bin Md Zahir serta barisan pegawai kanan dari Ibu Pejabat Maritim Malaysia.
Pelaksanaan makmal ini bertujuan menilai semula reka bentuk dan kos pembinaan kompleks berkenaan secara menyeluruh dengan menekankan pendekatan Value Engineering (VE). 
Kaedah ini membolehkan pakar meneliti peluang penjimatan kos tanpa menjejaskan kualiti, fungsi, keselamatan serta nilai estetika projek.
Hasil daripada perbincangan intensif selama tiga hari itu, beberapa cadangan penambahbaikan inovatif dan praktikal telah dihasilkan. Inisiatif ini dijangka memberi impak positif terhadap pengoptimuman perbelanjaan kerajaan serta mempertingkat keberkesanan pelaksanaan projek strategik negara.
Projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Maritim Malaysia ini bakal menjadi mercu tanda baharu yang melambangkan keutuhan dan profesionalisme agensi dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan, kedaulatan dan kesejahteraan perairan negara.
Maritim Malaysia yakin melalui pelaksanaan makmal ini, pembangunan kompleks tersebut akan memenuhi standard tertinggi dari segi reka bentuk, keselamatan dan fungsi, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan agensi dalam mendepani cabaran maritim masa hadapan. 
Kehadiran Pengarah Pembangunan Maritim Malaysia, Laksamana Pertama Maritim Zulinda binti Haji Ramly turut menyerikan majlis penutupan makmal tersebut, melambangkan komitmen tinggi kepimpinan Maritim Malaysia terhadap keberhasilan projek strategik ini.


PHOTO 2025 11 06 13 05 40
 
PHOTO 2025 11 06 13 08 36

BENGKEL LATIHAN PELAKSANAAN SOP PASCA DEKRIMINALISASI CUBAAN BUNUH DIRI

KLANG, 6 NOVEMBER – Seramai lapan orang peserta dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah menyertai Bengkel Latihan Pelaksanaan Standard Operating Procedure (SOP) Pasca Dekriminalisasi Cubaan Bunuh Diri ber 3 hingga 5 November 2025 bertempat di KSL Esplanade Hotel, Klang, Selangor anjuran Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Serami 40 pegawai intervensi krisis (PIK) daripada pelbagai agensi termasuk dari Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) serta pakar perubatan kecemasan.
Bengkel ini bertujuan memberikan pengetahuan dan latihan berstruktur kepada Pegawai Intervensi Krisis (PIK) dalam mengendalikan kes cubaan bunuh diri dengan lebih profesional, empati dan berkesan.
Penganjuran bengkel ini turut menekankan kepentingan pelaksanaan SOP yang seragam di antara agensi, selaras dengan langkah kerajaan mendekriminalisasi cubaan bunuh diri sebagai usaha memperkukuh sistem sokongan dan intervensi kesihatan mental di negara ini.
Melalui latihan ini, peserta bukan sahaja diberi pendedahan mengenai aspek teknikal dan prosedur pelaksanaan SOP, malah turut didedahkan kepada pendekatan psikososial serta komunikasi berempati bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan individu yang terlibat.
Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) komited untuk terus memperkukuh kolaborasi dengan pelbagai agensi dalam usaha mempertingkatkan kapasiti pegawai barisan hadapan dan memperkukuh strategi kebangsaan dalam pengurusan kesihatan mental.
BENGKEL SOP2
 
BENGKEL SOP3
 
BENGKEL SOP4
 

HARI INOVASI MARITIM MALAYSIA 2025 : ‘CAKNA INOVASI, MARITIM MADANI’

PUTRAJAYA, 4 NOVEMBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) hari ini telah mengadakan Sambutan Hari Inovasi APMM Tahun 2025 bertempat di Auditorium APMM, Aras 11, Ibu Pejabat Maritim Malaysia, dengan objektif memperkukuhkan budaya inovasi, kreativiti dan semangat pembaharuan dalam kalangan warga agensi.

Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham bin Ibrahim.

Antara barisan pengurusan tertinggi yang hadir mengiringi beliau ialah Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama Maritim Romli bin Mustafa, Pengarah Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS), Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun, Pengarah Bahagian Perolehan, Tuan Rosli bin Bidin dan Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), Puan Nor Rahayu binti Ibrahim.

Dalam ucapannya, Tuan Nor Hisham menegaskan bahawa inovasi bukan sekadar pertandingan tahunan, sebaliknya merupakan cara berfikir dan budaya kerja yang harus disemai dalam setiap lapisan warga Maritim Malaysia.

“Kreativiti tidak bermula daripada komputer atau alat canggih, tetapi daripada kesungguhan hati untuk mencari jalan yang lebih baik dalam melakukan tugasan. Dalam kata lain, inovasi yang sebenar ialah keupayaan menyelesaikan masalah lama dengan cara baharu yang lebih efektif,” katanya.

Beliau turut menekankan bahawa sehebat mana pun teknologi dan perancangan strategik, kejayaan sebenar lahir daripada hati manusia yang ikhlas dalam melaksanakan amanah. Dengan semangat kerjasama dan ihsan, warga Maritim Malaysia diyakini mampu mencapai kejayaan yang membawa keberkatan dan manfaat kepada negara.

Sebelum mengakhiri ucapan, beliau menyeru agar semua warga APMM memanfaatkan semangat inovasi yang disemai melalui program ini untuk terus memperkukuh keupayaan agensi, bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan maritim negara sentiasa terpelihara.

“Dengan semangat kebersamaan, marilah kita berusaha menjadikan APMM sebagai agensi penguatkuasaan maritim yang unggul dan berdaya saing,” ujarnya sebelum merasmikan majlis tersebut.

Sambutan Hari Inovasi kali ini turut menyaksikan pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), Video Kreatif Pejabat, Virtual Run, Kuiz Inovasi Online, serta reka cipta bahan kitar semula, yang menyerlahkan kreativiti dan daya fikir luar biasa warga Maritim Malaysia.

Dalam majlis tersebut, Tuan Nor Hisham turut menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan yang terbahagi kepada enam kategori acara yang disebutkan tadi.

Maritim Malaysia akan terus komited memperkukuh budaya inovasi dan kecemerlangan perkhidmatan awam di negara ini demi menjulang maruah serta kedaulatan perairan negara.

HARI INOVASI2
 
HARI INOVASI3
 
HARI INOVASI5
 
HARI INOVASI6

PASUKAN STAR TEAM MARITIM MALAYSIA DOMINASI SUKAN MENYELAM PERINGKAT KEBANGSAAN

SHAH ALAM, 5 NOVEMBER – Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) sekali lagi membuktikan keunggulan mereka apabila muncul juara di setiap acara yang dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Menyelam Peringkat Kebangsaan 2025 yang berlangsung di Kompleks Kolam Renang UiTM Shah Alam, pada Ahad (2 November 2025).

Kejohanan anjuran Persatuan Sukan Menyelam Malaysia (Sport Diving Association of Malaysia - SDAM) ini menghimpunkan lebih 50 peserta daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pertubuhan penggiat aktiviti selam skuba serta Maritim Malaysia.

Dalam acara 100 meter dan 200 meter, wakil penyelam Maritim Malaysia berjaya meraih pingat emas bagi kedua-dua kategori tersebut, menewaskan wakil daripada agensi lain yang berada di tempat kedua. Seorang lagi anggota STAR Team menamatkan saingan di tempat ketiga bagi acara 100 meter, manakala seorang lagi penyelam pasukan sama turut berada di kedudukan ketiga bagi acara 200 meter.

Kejayaan STAR Team turut menyerlah dalam acara 4x100 meter berganti-ganti apabila pasukan utama STAR Team berjaya menamatkan perlumbaan di tempat pertama. Tidak kurang hebat, pasukan kedua Maritim Malaysia juga berjaya menempatkan diri di kedudukan ketiga.

Kemenangan berganda ini sekali gus mengukuhkan reputasi Maritim Malaysia sebagai antara pasukan penyelam profesional terbaik di negara ini. Kejayaan ini turut menonjolkan semangat kerjasama dan disiplin tinggi sepuluh anggota STAR Team yang dibahagikan kepada dua pasukan utama bagi menyertai kejohanan tersebut.

Presiden SDAM, Puan Norazila Binti Mohd Kamarudzaman dalam ucapan perasmiannya menzahirkan penghargaan kepada semua peserta atas semangat kesukanan tinggi yang dipamerkan, di samping berharap sukan menyelam akan terus berkembang serta mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Kejohanan ini bukan sahaja menjadi medan untuk menguji daya tahan fizikal dan mental atlet, malah berfungsi sebagai platform penting dalam mencungkil bakat baharu yang berpotensi mewakili negara pada masa hadapan.

Maritim Malaysia terus komited menyokong penglibatan anggotanya dalam aktiviti sukan ekstrem seperti ini, sejajar dengan aspirasi agensi untuk melahirkan anggota yang berdisiplin, berdaya saing dan berprestasi tinggi dalam apa jua cabaran.

STAR TEAM2
 
STAR TEAM4
 
STAR TEAM3

HUJAN RAHMAT IRINGI KETIBAAN KAPAL EX-USCG CUTTER STEADFAST KE TANAH AIR

KLANG, 4 NOVEMBER – Hujan rahmat mengiringi ketibaan Kapal Ex- USCG Cutter Steadfast milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Pusat Hidrografi Nasional (PHN), Pulau Indah hari ini selepas menempuh pelayaran mencabar sejauh 10,600 batu nautika dari Baltimore, Amerika Syarikat.

Ketibaan kapal berkenaan telah disambut Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, bersama Timbalan ketua Pengarah Logistik Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim serta pegawai kanan Maritim Malaysia.

Dalam ucapan beliau, Datuk Haji Mohd Rosli menzahirkan rasa bangga di atas semangat dan kecekalan kru kapal dalam misi membawa kapal yang diberikan pihak US Coast Guard (USCG) sehingga berjaya tiba di perairan negara.

“Alhamdulillah, pelayaran ini bukan sahaja menguji ketahanan mental dan fizikal kru, malah membuktikan keupayaan tinggi anggota Maritim Malaysia dalam mengemudi kapal di perairan antarabangsa.”

“Kejayaan membawa pulang kapal ini menandakan satu lagi pencapaian besar dalam memperkukuh keselamatan serta keupayaan operasi aset Maritim Malaysia di perairan negara,” tambah beliau.

Turut hadir sama pada majlis berkenaan Ketua Pengarah PHN, Laksamana Muda Dr. Najhan bin Md Said, serta wakil Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia.

Terdahulu Pegawai Memerintah kapal, Komander Maritim Mohd Fahimi bin Omar dalam ucapannya turut berkongsi bagaimana kapal berkenaan telah berjaya merentasi tujuh lautan iaitu Lautan Atlantik, Laut Mediterranean, Laut Merah, Laut Arab, Lautan Hindi, Laut Andaman dan Laut China Selatan.

Kapal tersebut tambah beliau, turut melintasi empat teluk utama dunia iaitu Teluk Chesapeake, Teluk Aden, Teluk Mannar dan Teluk Bengal, serta melalui dua selat yang terkenal iaitu Selat Gibraltar dan Selat Melaka.

Malah, beliau turut berkongsi bagaimana kapal berkenaan turut berjaya menempuh Terusan Suez, antara terusan paling sibuk di dunia yang menghubungkan Laut Mediterranean dan Laut Merah.

“Pelayaran kru selama 49 hari ini menjadi antara misi terpanjang dan paling bersejarah sejak Maritim Malaysia ditubuhkan dua dekad lalu.”

“Malah ia telah menjadi pengalaman yang tidak ternilai kepada kesemua 50 orang kru yang terlibat dalam misi ini,” jelas Fahimi.

Ketibaan kapal ini bukan sahaja menjadi aset yang bakal memperkukuhkan keselamatan Zon Maritim Malaysia, tetapi lambang semangat juang Agensi ini yang sentiasa komited mempertahankan keselamatan dan kedaulatan perairan negara.

Selain warga Maritim Malaysia, ketibaan kru kapal turut disambut meriah oleh kaum keluarga mereka selepas berpisah hampir empat bulan bagi menjayakan misi tersebut.

USCG TIBA4
 
USCG TIBA5
 
USCG TIBA3
 
USCG TIBA6

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC