KUCHING, 14 OKTOBER – Seramai 387 pegawai dan anggota daripada pelbagai agensi dan jabatan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) diraikan dalam Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2024 yang diadakan di The Waterfront Hotel, di sini, semalam.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dalam ucapannya berkata penganugerahan itu merupakan pengiktirafan terhadap komitmen, dedikasi dan kecemerlangan warga KDN yang telah menunaikan amanah dengan penuh tanggungjawab sepanjang tahun perkhidmatan mereka.
Beliau menegaskan, pengiktirafan itu bukan sekadar penghormatan kepada penerima, malah menjadi pemangkin semangat kepada seluruh warga kerja KDN untuk terus memperkukuh integriti, disiplin dan budaya kerja cemerlang dalam sektor perkhidmatan awam.
“Setiap penerima anugerah perlu menjadi contoh teladan kepada rakan sejawat dalam membentuk persekitaran kerja yang profesional, beramanah dan berprestasi tinggi,” katanya.
Penyampaian sijil anugerah dan penghargaan telah disempurnakan oleh Datuk Seri Saifuddin kepada para penerima sebagai tanda apresiasi terhadap kecemerlangan dan sumbangan yang ditunjukkan dalam meningkatkan mutu perkhidmatan awam negara.
Majlis itu telah menghimpunkan penerima anugerah daripada semua agensi di bawah KDN termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Jabatan Penjara Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Turut hadir ke majlis tersebut ialah Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli bin Abdullah, Pengarah Maritim Negeri Sarawak, Laksamana Pertama Mohd Khairi bin Abd Aziz yang turut menerima APC 2024, barisan pengurusan tertinggi KDN, ketua-ketua Jabatan serta agensi KDN, pegawai-pegawai dan para jemputan.
Dengan penganjuran majlis tersebut, penyertaan menyeluruh daripada setiap Jabatan dan Agensi turut mencerminkan semangat perpaduan dan kerjasama erat dalam mendukung aspirasi KDN bagi memperkasa keselamatan negara serta kesejahteraan rakyat.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

