27
Sab, Apr

FUNGSI UNIT INTEGRITI

Penubuhan Unit Integriti, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun 2013 - Penubuhan Unit Integriti Di Semua Agensi Awam. Unit ini bertujuan untuk memastikan penjawat awam mengamalkan budaya kerja unggul dengan ciri-ciri moral dan etika yang kukuh hatta meningkatkan semangat patriotisme. Inisiatif ini diharapkan dapat membendung salah laku jenayah serta pelanggaran tatakelakuan dan etika organisasi di kalangan pegawai dan anggota APMM.

Secara khususnya, penubuhan Unit Integriti APMM ini merupakan usaha kawalan dalaman oleh agensi untuk menguruskan integriti pegawai dan anggota APMM. Unit ini bertanggungjawab untuk melaksanakan fungsi teras mengikut seksyen-seksyen seperti berikut:

  1. Seksyen Pengurusan Aduan: Menerima dan memproses semua aduan/maklumat mengenai salah laku serta pelanggaran peraturan, tatakelakuan dan etika organisasi untuk diambil tindakan selanjutnya;
  2. Seksyen Pengesanan dan Pengesahan: Mengesan dan mengesahkan salah laku serta pelanggaran peraturan, tatakelakuan dan etika organisasi seperti yang diadukan. Seksyen ini juga akan melaporkan salah laku jenayah/rasuah dan sebagainya kepada agensi penguatkuasaan yang bertanggungjawab.
  3. Seksyen Pengukuhan Integriti: Memastikan pembudayaan, penginstitusian dan pelaksanaan integriti dalam agensi;
  4. Seksyen Tadbir Urus dan Pematuhan: Memastikan tadbir urus yang terbaik dilaksanakan oleh agensi serta memastikan pematuhan terhadap undang-undang dan peraturan yang berkuatkuasa; dan
  5. Seksyen Tatatertib: Melaksanakan fungsi urus setia Lembaga Tatatertib.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC