SYDNEY, 16 OKTOBER – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah mengambil bahagian dalam 21st Heads of Asian Coast Guard Agencies Meeting (HACGAM) yang berlangsung di Sydney, Australia dari 13 hingga 16 Oktober 2025.
Sidang peringkat tertinggi ini menghimpunkan lebih 22 negara anggota dan agensi antarabangsa, termasuk Malaysia, Jepun, Korea Selatan, Indonesia, Singapura, China dan Australia, ReCAAP-ISC dan UNODC-GMCP. HACGAM merupakan platform utama bagi memperkukuhkan kerjasama serantau dalam aspek keselamatan maritim, penguatkuasaan undang-undang di laut serta perlindungan alam sekitar marin.
Delegasi Maritim Malaysia diketuai oleh Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Logistik), bersama Kepten Maritim Mohammad Nasir bin Man, Pengarah Bahagian Perancangan Strategik dan Antarabangsa.
Bertemakan “Safe, Secure and Clean Seas for the Future,” persidangan anjuran Australian Border Force (ABF) ini menekankan kepentingan memperkukuh kerjasama praktikal di lapangan melalui inisiatif HACGAM Vision 2030, yang memberi tumpuan kepada inovasi teknologi, operasi mencari dan menyelamat (SAR), perlindungan alam sekitar marin serta perkongsian maklumat dan latihan bersama.
Mesyuarat turut membincangkan pelbagai isu keselamatan maritim serantau termasuk pencegahan jenayah rentas sempadan, penyeludupan, pemerdagangan manusia dan ancaman terhadap keselamatan perairan, di samping memperkukuh keupayaan negara-negara anggota dalam menghadapi cabaran tersebut.
Sidang kali ini juga mengiktiraf peranan aktif Malaysia dalam kumpulan kerja Preventing and Controlling Unlawful Acts at Sea (PCUAS) dan kumpulan kerja Search & Rescue (SAR) serta menyatakan penghargaan kepada Australia atas penganjuran yang cemerlang dan menyambut baik tawaran China untuk menjadi tuan rumah HACGAM ke-22 pada tahun 2026.
Melalui penglibatan ini, Maritim Malaysia terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkukuh keselamatan dan kestabilan maritim serantau, sejajar dengan usaha memastikan perairan negara dan rantau Asia kekal selamat, terjamin dan bersih untuk masa hadapan.
10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA
ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH
MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN
15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA
VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN
BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA
AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN
MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG
KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.
Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.
Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.
Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.
Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.
Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.
Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.
Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |





















.svg.png)

