09
Rab, Sep

Grid List

VESEL NELAYAN LANGGAR SYARAT LESEN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

MARITIM NEGERI PERAK TAHAN DUA VESEL NELAYAN TEMPATAN ATAS KESALAHAN AKTA PERIKANAN DAN AKTA IMIGRESEN

MANGSA TERAKHIR OPERASI CARILAMAT TANJUNG LOMPAT DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA, OPERASI DITAMATKAN

MARITIM MALAYSIA RAMPAS LEBIH 600 KATRIJ VAPE DISYAKI DADAH 'PIU PIU' DI SENGGARANG

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUKAN, OPERASI CARILAMAT MASUK HARI KETIGA

SEORANG LAGI MANGSA DITEMUI MENINGGAL DUNIA, DUA MASIH HILANG DI TANJUNG LOMPAT

BOT PENUMPANG BAWA LEBIH MUATAN DITAHAN MARITIM MALAYSIA

DUA VESEL DITAHAN DISYAKI LAKUKAN AKTIVITI KAPAL KE KAPAL TANPA KEBENARAN

LAWATAN STRATEGIK TKPL APMM PERKUKUH PERSIAPAN HUT KE-21 DAN PERASMIAN KOMPLEKS ZON MARITIM MIRI

MIRI, 13 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) terus memperkukuh kesiapsiagaan menjelang Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Ke-21 APMM dan Majlis Perasmian Kompleks Zon Maritim Miri apabila Timbalan Ketua Pengarah Logistik, YBhg. Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan bin Ibrahim, mengadakan lawatan tapak ke Kompleks Zon Maritim Miri, hari ini.

Lawatan strategik ini adalah bertujuan untuk menilai tahap persiapan menyeluruh meliputi aspek infrastruktur, susun atur tapak, keselamatan, logistik serta keperluan protokol bagi memastikan penganjuran kedua-dua majlis berprestij tersebut berlangsung dengan lancar, teratur dan menepati piawaian yang ditetapkan pada 15 Februari nanti.

Ketibaan beliau disambut dengan Istiadat Kawalan Kehormatan Setempat serta kehadiran Timbalan Pengarah Operasi Maritim Negeri, Kepten Maritim Simon Templer Lo Ak Tusa, Pengarah Zon Maritim Miri, Kepten Maritim Mohd Khairol Anuar bin Saad, barisan pegawai kanan dan anggota Zon Maritim Miri.

Sepanjang lawatan, taklimat status kemajuan persiapan tapak telah dibentangkan, selain perbincangan cadangan penambahbaikan bagi memperkemas pelaksanaan majlis, dengan penekanan terhadap keselamatan, keselesaan tetamu serta kecekapan pergerakan sepanjang program berlangsung.

Lawatan ini mencerminkan komitmen berterusan kepimpinan tertinggi Maritim Malaysia, disokong Ibu Pejabat APMM Putrajaya, dalam memastikan setiap program rasmi agensi dilaksanakan secara profesional, berimpak tinggi serta mencerminkan imej dan kredibiliti Maritim Malaysia sebagai agensi keselamatan maritim negara.

Persiapan rapi yang sedang dilaksanakan ini dijangka memastikan Sambutan HUT Ke-21 APMM dan Majlis Perasmian Kompleks Zon Maritim Miri berlangsung dengan jayanya, sekali gus memperkukuh kesiapsiagaan Maritim Malaysia dalam menjaga keselamatan perairan Sarawak.

PREP HUT2
 
PREP HUT3
 
PREP HUT4
 
PREP HUT5

KERJASAMA MEDIA PENTING SAMPAIKAN MESEJ MARITIM MALAYSIA

KUALA LUMPUR, 13 JANUARI - Kerjasama strategik dengan media tempatan disifatkan antara elemen penting dalam memastikan maklumat berkaitan peranan dan tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dapat disampaikan secara tepat dan berkesan kepada masyarakat.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, peranan media bukan sahaja sebagai saluran penyampaian maklumat, malah rakan strategik dalam menzahirkan usaha serta kejayaan Maritim Malaysia, khususnya dalam operasi penguatkuasaan dan misi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) mangsa di laut.

“Penyampaian maklumat yang tepat melalui media penting bagi meningkatkan kefahaman orang awam terhadap fungsi sebenar Maritim Malaysia di samping menangkis salah faham terhadap tindakan penguatkuasaan yang dijalankan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan lawatan rasmi ke sebuah stesen media tempatan terkemuka di negara ini, hari ini.

Turut hadir sama Pengarah Komunikasi Korporat Maritim Malaysia, Puan Salawati binti Yahaya serta pengarah-pengarah bahagian di Ibu Pejabat Maritim Malaysia.

Terdahulu beliau bersama delegasi telah dibawa melawat studio dan diberikan taklimat mengenai pengoperasian media melalui saluran televisyen, radio dan media dalam talian.

Lawatan itu turut membuka ruang perbincangan berkaitan potensi kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan pihak media pada tahun 2026, khususnya dalam aspek penyebaran maklumat keselamatan maritim dan kesedaran awam.

Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati dan sesi bergambar sebagai kenang-kenangan.

LAWATAN ASTRO2
 
LAWATAN ASTRO3
 
LAWATAN ASTRO4
 
LAWATAN ASTRO6

MARITIM MALAYSIA RAKAM PENGHARGAAN, KAPAL MPMS KEDUA BAKAL PERKUKUH KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

PUTRAJAYA, 8 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia, khususnya Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim, atas pengumuman negara bakal memperolehi Kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) kedua dalam usaha memperkukuh keupayaan keselamatan dan penguatkuasaan perairan negara.

Perolehan aset strategik itu diumumkan oleh Perdana Menteri sempena lawatan rasmi beliau ke Turkiye, sekali gus mencerminkan komitmen berterusan kerajaan MADANI dalam memastikan kesiapsiagaan agensi keselamatan negara sentiasa berada pada tahap optimum bagi menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah berkata, perolehan MPMS kedua merupakan satu langkah strategik yang amat signifikan dalam usaha memperkukuh keupayaan operasi Maritim Malaysia di perairan negara khususnya di Laut China Selatan.

“Maritim Malaysia amat berterima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang diterajui oleh Menterinya YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail serta semua pihak yang terlibat atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan,”

“Perolehan kapal MPMS kedua ini bukan sahaja meningkatkan keupayaan operasi penguatkuasaan di laut, malah memberi keyakinan kepada rakyat bahawa keselamatan perairan negara terus menjadi keutamaan kerajaan,” katanya.

Datuk Haji Mohd Rosli turut menjelaskan, kapal MPMS kedua yang bakal dibina oleh Desan Shipyard, Turkiye itu bernilai kira-kira USD83.75 juta, akan menjadi aset pelengkap Maritim Malaysia, khususnya bagi operasi jarak jauh dengan kemampuan berteknologi tinggi.

Dari segi keupayaan, kapal MPMS kedua direka sebagai sebuah platform operasi pelbagai peranan dengan panjang keseluruhan kira-kira 99 meter dan lebar sekitar 17 meter. Kapal ini mampu mencapai kelajuan maksimum melebihi 20 knot serta beroperasi di laut sehingga 30 hari secara berterusan tanpa perlu ulang bekal.

Kapal berkenaan jelas beliau, mampu menempatkan seramai 70 orang kru dan 30 penumpang atau anggota tambahan, selain dilengkapi kemudahan sel tahanan berasingan yang boleh memuatkan sehingga 45 orang tahanan, selari dengan keperluan operasi penguatkuasaan undang-undang maritim.

Keupayaan operasi kapal ini diperkukuhkan dengan geladak helikopter, sistem Unmanned Aerial Vehicle (UAV) untuk tujuan pemantauan dan risikan, serta empat buah Fast Interceptor Craft (FIC) bagi menyokong rondaan pantai, pemeriksaan kapal dan tindakan penguatkuasaan segera. Kapal ini turut dilengkapi kemudahan hospital mini serta sistem persenjataan yang bersesuaian bagi melindungi kru dan memastikan keselamatan operasi di kawasan berisiko.

Datuk Mohd Rosli menegaskan, perolehan kapal MPMS kedua ini jelas mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan dalam memperkukuh keupayaan keselamatan maritim negara serta memastikan kesiapsiagaan Maritim Malaysia sentiasa berada pada tahap terbaik.

Terdahulu, Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim bersama rakan sejawat beliau, TYT Recep Tayyip Erdoğan, Presiden Türkiye telah menyaksikan Majlis penyerahan Letter of Acceptance (LOA) sebagai persetujuan bagi melaksanakan perolehan kapal berkenaan di Ankara, hari ini.

Kehadiran pemimpin tertinggi kedua-dua negara ini mencerminkan kepentingan hubungan diplomatik dan kerjasama strategik dalam sektor pertahanan dan keselamatan maritim antara Malaysia dan Türkiye

Selain itu langkah yang diambil ini turut memperkukuh keyakinan rakyat terhadap usaha Kerajaan MADANI dalam mempertahankan keselamatan perairan serta menjamin kesejahteraan maritim negara.

MPMS 2
 
MPMS 2 2
 
MPMS 2 5
 
MPMS 2 6

RM2.29 BILION BAKAL LONJAK HALA TUJU MARITIM MALAYSIA 2026

PUTRAJAYA, 9 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) dijangka mencatat lonjakan peruntukan tertinggi dalam sejarah penubuhannya apabila kerajaan meluluskan sebanyak RM2.29 bilion bagi tahun 2026, sekali gus meletakkan keselamatan perairan negara sebagai keutamaan strategik nasional.

Ketua Pengarahnya, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli Abdullah berkata, peruntukan itu merangkumi RM1.09 bilion Belanja Mengurus (OE) dan RM1.2 bilion Belanja Pembangunan (DE) bagi memastikan kesiapsiagaan operasi, pemodenan aset serta keupayaan penguatkuasaan sentiasa berada pada tahap optimum dalam menghadapi cabaran keselamatan maritim yang semakin kompleks.

Datuk Haji Mohd Rosli turut berkata, peruntukan pembangunan bagi tahun 2026 menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 101.43 peratus berbanding tahun sebelumnya, sekali gus mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI untuk memperkukuh peranan Maritim Malaysia sebagai agensi utama keselamatan maritim negara di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Tumpuan pada tahun 2026 adalah kepada perolehan aset strategik, pembangunan infrastruktur serta penerapan teknologi moden supaya kehadiran Maritim Malaysia di perairan negara dirasai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Amanat Tahun Baharu 2026 Maritim Malaysia, di sini, hari ini.

Hadir sama Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Haji Nor Hisham Ibrahim, Pemangku Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Pengarah-Pengarah Bahagian serta Pengarah- Pengarah Maritim Negeri.

Terdahulu dalam ucapannya, Datuk Haji Mohd Rosli turut merakamkan penghargaan kepada seluruh warga Maritim Malaysia atas pencapaian penguatkuasaan sepanjang 2025 apabila agensi ini merekodkan nilai rampasan berjumlah RM102.9 juta hasil daripada 248,058 pemeriksaan, melibatkan 1,124 kes tangkapan dan rampasan bagi pelbagai kesalahan undang-undang maritim bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun 2025.

Bagi operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT), beliau memaklumkan Maritim Malaysia telah mengendalikan 255 kes insiden di laut dengan 1,765 nyawa berjaya diselamatkan, selain nilai harta benda yang diselamatkan dianggarkan mencecah RM1.8 bilion.

Mengulas lanjut hala tuju 2026, beliau berkata, KDN telah menetapkan sasaran hari operasi di laut ditingkatkan kepada 280 hari berbanding 250 hari pada 2025, selari dengan keperluan memperkukuh kehadiran berterusan Agensi ini di perairan negara.

Selain itu, fokus 2026 turut terarah kepada perolehan pesawat Maritime Surveillance Aircraft (MSA), pelan penggantian kenderaan operasi serta pembinaan dan naik taraf kompleks serta jeti maritim di lokasi strategik.

“Saya turut ingin memaklumkan, projek kapal Multi Purpose Mission Ship (MPMS) pertama kini mencapai kemajuan 58.3 peratus, mendahului jadual asal dan dijangka siap sepenuhnya pada 2027, manakala perolehan empat helikopter Medium Lift AW189 mencatat kemajuan 44.66 peratus dengan penerimaan pesawat pertama dijangka pada Julai 2026,” tambah beliau.

Datuk Haji Mohd Rosli dalam pada itu menegaskan, Maritim Malaysia akan terus mengamalkan Whole-of-Government melalui kerjasama bersepadu bersama agensi di bawah KDN, termasuk perkongsian maklumat risikan dan operasi bersama, bagi memastikan keberkesanan penguatkuasaan demi keselamatan perairan, kedaulatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Beliau turut mengingatkan kepada semua pegawai dan anggota agar menjalankan tugas dengan amanah dan penuh berintegriti di samping mengamalkan tatakelola yang ditetapkan agar nama baik Agensi ini sentiasa dihormati dan disegani.

Pada majlis yang sama, Datuk Haji Mohd Rosli turut berkesudian menyampaikan pingat Dua Dekad Perkhidmatan kepada wakil Ibu Pejabat dan Maritim Negeri.

Turut disampaikan buat pertama kali, Cenderamata Eksklusif daripada Kelab Kebajikan dan Sukan Maritim Malaysia (KESMAR) berupa sekaki payung sebagai tanda penghargaan setiap ahli dalam memberikan sumbangan kepada aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun lalu.

AMANAT KP
 
AMANAT KP5
 
AMANAT KP4
 
AMANAT KP2

AMANAT MDN 2026 PERKUKUH HALA TUJU STRATEGIK MARITIM MALAYSIA DEMI KESELAMATAN PERAIRAN NEGARA

PUTRAJAYA, 8 JANUARI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) komited untuk terus memperkukuh kesiapsiagaan operasi dan tadbir urus keselamatan maritim negara selaras dengan amanat yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, sempena Majlis Amanat Menteri Dalam Negeri Tahun 2026 di sini, hari ini.

Majlis berkenaan telah dihadiri oleh Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim, Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, Tuan Nor Hisham bin Ibrahim serta Pengarah-pengarah Maritim Negeri dan Bahagian Ibu Pejabat Maritim Malaysia, Putrajaya, melambangkan kesepaduan kepimpinan agensi dalam mendukung hala tuju strategik Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi tahun 2026.

Majlis dimulakan dengan kehadiran warga KDN serta ketua-ketua jabatan dan agensi, diikuti ketibaan barisan pengurusan tertinggi kementerian, antaranya Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar bin Nasarah dan Ketua Setiausaha KDN, YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman. Seterusnya, nyanyian lagu Negaraku dan Perkhidmatan Awam berkumandang di dalam dewan, diikuti lafaz Ikrar Rukun Negara serta bacaan doa.

Dalam amanat Menteri Dalam Negeri, beliau menegaskan agar setiap penjawat awam melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang dipikul dengan penuh integriti, akauntabiliti dan profesionalisme, selain memastikan imej jabatan sentiasa mencerminkan disiplin serta kepercayaan rakyat terhadap institusi keselamatan negara.

Penegasan tersebut sejajar dengan peranan dan tanggungjawab Maritim Malaysia dalam memastikan keselamatan, kedaulatan dan kepentingan nasional di perairan negara agar sentiasa terpelihara, melalui penguatkuasaan undang-undang, operasi CARILAMAT, kawalan sempadan maritim serta pencegahan jenayah rentas sempadan.

Majlis Amanat ini turut menyaksikan peluncuran Pelan Strategik Kementerian Dalam Negeri 2026–2030 dan Pelan Induk Kawalan Keselamatan Sempadan Negara KDN 2026–2030, yang menjadi panduan utama Maritim Malaysia dalam memperkukuh keupayaan aset, sumber manusia dan koordinasi antara agensi keselamatan, selaras dengan aspirasi Kerajaan MADANI.

Kehadiran kepimpinan tertinggi dan pengurusan Maritim Malaysia dalam majlis ini mencerminkan iltizam agensi untuk terus menyokong dasar dan keutamaan strategik KDN, sekali gus memperkasa kesiapsiagaan maritim negara demi keselamatan rakyat dan kesejahteraan negara secara menyeluruh.

AMANAT MDN
 
AMANAT MDN2
 
AMANAT MDN3
 
AMANAT MDN7

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM MALAYSIA - MET MALAYSIA PERKUKUH SINERGI DEMI KESELAMATAN PERAIRAN MALAYSIA

PUTRAJAYA, 7 September — Keselamatan di laut memerlukan lebih daripada kekuatan aset dan kesiapsiagaan anggota. Ketepatan maklumat cuaca dan keadaan laut turut menjadi elemen penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu operasi maritim.

Atas kepentingan itu, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima kunjungan hormat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) di Ibu Pejabat Maritim Malaysia, hari ini.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli bin Abdullah, menyambut delegasi METMalaysia yang diketuai Ketua Pengarahnya, Dr. Mohd Hisham bin Mohd Anip.

Turut mengiringi beliau dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Bahagian CARILAMAT dan Bantuan Bencana (BCLBB), Laksamana Pertama Maritim Kamal Ariffin bin Jusoh; Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Keselamatan dan Pengawasan Maritim (BKPM), Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi bin Che Engku Daik; serta Ketua Penolong Pengarah Kanan Cawangan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasaan dan Penyelarasan Maritim (BPPM), Kepten Maritim Muhd Nur Syam Asmawie bin Yaacob.

Menurut Laksamana Maritim Datuk Haji Mohd Rosli, Pertemuan berkenaan menjadi platform kedua-dua agensi bertukar pandangan serta meneroka ruang kerjasama strategik, khususnya dalam perkongsian data dan maklumat meteorologi bagi menyokong operasi penguatkuasaan, keselamatan maritim serta mencari dan menyelamat (SAR) di perairan negara.

"Maklumat ramalan dan amaran cuaca yang tepat serta pantas amat penting bagi membantu Maritim Malaysia merancang operasi, menilai risiko dan meningkatkan kesiapsiagaan, khususnya dalam melaksanakan operasi CARILAMAT ketika berdepan perubahan serta keadaan cuaca yang tidak menentu," katanya.

Tambahnya lagi, sinergi Maritim Malaysia dan METMalaysia ini mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua agensi dalam memperkukuh keupayaan negara, sekali gus memastikan keselamatan, kesejahteraan dan kepentingan sektor maritim Malaysia sentiasa dilindungi.

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC