08
Isn, Jun

Grid List

10 PATI WARGA INDIA DAN BANGLADESH DITAHAN KETIKA CUBA MEMASUKI PERAIRAN NEGARA

ZON MARITIM KUALA KEDAH PERKASA PENGUATKUASAAN OP TIRIS 4.0 MELALUI OPS BERSEPADU DI PERAIRAN NEGERI KEDAH

MARITIM NEGERI PERAK PERKETAT PENGUATKUASAAN - DUA VESEL PUKAT TUNDA HARAM DITUMPASKAN

15 PATI DITAHAN; SENJATA API TURUT DIRAMPAS

MARITIM MALAYSIA GAGALKAN PENYELUDUPAN KELUAR 31 TONG DIESEL MELALUI PERAIRAN NEGARA

VESEL PUKAT TUNDA KELAS B DITAHAN BEROPERASI DI ZON LARANGAN

BOT TUNDA LANGGAR SYARAT DITAHAN MARITIM MALAYSIA

AKTIVITI SUNSET CRUISE LANGGAR SYARAT, KAPAL PERSIARAN DITAHAN

WORLD CLEAN UP DAY 2025 SATUKAN KOMUNITI & ALAM SEKITAR

PANGKALAN BALAK, 20 SEPTEMBER – Pantai Pengkalan Balak, Melaka menjadi tumpuan ratusan sukarelawan sempena World Clean Up Day 2025 hari ini apabila Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berganding bahu dengan Soroptimist International Ampang (SI Ampang), dengan sokongan Soroptimist International Region of Malaysia (SIROM) membersihkan kawasan pantai di kawasan terbabit.

Program ini merupakan sebahagian gerakan global membabitkan lebih 190 negara, dengan tumpuan utama meningkatkan kesedaran terhadap pencemaran laut dan ancaman plastik kepada hidupan marin.

Inisiatif yang diterajui oleh Presiden SIROM, Rebecca Lai Abdullah, berkata usaha itu menghimpunkan pelbagai pihak dengan matlamat sama, iaitu memastikan pantai kekal bersih dan bebas pencemaran.

Manakala Pengerusi SI Ampang, Dr. Siti Zainab Mohd Zaini, menegaskan pembuangan botol plastik di laut boleh mengundang ancaman besar terhadap penyu, terumbu karang dan komuniti pesisir pantai.

Sementara itu Pemangku Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Maritim Malaysia, Laksamana Muda Maritim Mohd Zawawi bin Abdullah menekankan, World Clean Up Day bukan sekadar aktiviti mengutip sampah, sebaliknya simbol tanggungjawab bersama rakyat Malaysia dalam menjaga pantai dan laut negara ini.

“Sejak 2007, Maritim Malaysia telah melaksanakan program komuniti melalui Program Jiwa Murni sebelum dijenamakan semula sebagai Program Sahabat Maritim (PSM) pada 2013.”

“PSM menjadi wadah memperkukuh hubungan dengan komuniti pesisir selain mempromosikan fungsi Maritim Malaysia sebagai agensi penguat kuasa tunggal di Zon Maritim Malaysia (ZMM),” katanya.

Sepanjang enam tahun lalu, 193 program PSM berjaya dilaksanakan dengan tiga program pada 2020, meningkat kepada 22 pada 2021, 41 pada 2022, 56 pada 2023, 48 pada 2024 dan 23 program sehingga Ogos 2025.

Beliau dalam pada itu urut mengingatkan aspek keselamatan laut. Berdasarkan rekod Maritim Malaysia, dari 2020 hingga Ogos 2025 terdapat 336 kes lemas melibatkan 499 mangsa. Daripada jumlah itu, 176 mangsa berjaya diselamatkan, manakala 216 maut dan 107 masih hilang di laut.

“Justeru, Maritim Malaysia giat menganjurkan sesi kesedaran, taklimat dan bengkel bagi melengkapkan komuniti dengan pengetahuan keselamatan asas yang mampu mengurangkan risiko tragedi di laut,” tegasnya.

Program pembersihan pantai ini turut disokong oleh SW Corp/SWM untuk pengasingan dan pelupusan sisa, malah ia turut menerima tajaan daripada Marigold, Mamee, Tenaga Nasional Berhad (TNB), Munchy’s dan Kerjaya One. Semua hasil kutipan direkodkan mengikut jumlah kilogram, jenis sisa dan item unik yang ditemui.

Penyertaan Maritim Malaysia dalam World Clean Up Day 2025 membuktikan komitmen agensi itu bukan sahaja menjaga keselamatan perairan negara, malah turut menyumbang kepada kesejahteraan komuniti dan kelestarian perairan global.

 

PROGRAM PEMBERSIHAN SIROM2
 
PROGRAM PEMBERSIHAN SIROM3
 
PROGRAM PEMBERSIHAN SIROM6
 
PROGRAM PEMBERSIHAN SIROM8

 

AMSAS ANJUR KURSUS CARILAMAT MARITIM PERINGKAT ANTARABANGSA

KUANTAN, 19 SEPTEMBER – Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) telah menganjurkan Kursus International Maritime Search and Rescue (IMSARC) 2025 bermula 15 September dan berakhir hari ini.

Pengarah AMSAS, Laksamana Pertama Maritim Hamizan bin Harun berkata, kursus ini disertai 19 peserta dari 13 negara termasuk Bangladesh, Eswatini, Guinea, Jordan, Laos PDR, Kenya, Maldives, Madagascar, Nepal, Nigeria, Filipina, Tajikistan dan Timor-Leste.

“Kursus ini bertujuan memperkasa pengetahuan dan amalan terbaik dalam operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) di peringkat antarabangsa,”

“Kursus ini juga menekankan profesionalisme, keselamatan dan pematuhan undang-undang dalam setiap operasi,” katanya.

Tambah Hamizan, penganjuran ini bukan sahaja meningkatkan kompetensi peserta, malah membuka ruang perkongsian pengalaman serta memperkukuh kerjasama serantau dan antarabangsa dalam pengurusan operasi CARILAMAT.

Sepanjang program, peserta mengikuti sesi teori dan latihan praktikal dikendalikan enam pegawai Maritim Malaysia berpengalaman dalam bidang CARILAMAT, termasuk persediaan operasi SAR yang komprehensif.

 

KURSUS CARILAMAT2
 
KURSUS CARILAMAT3
 
KURSUS CARILAMAT5
 
KURSUS CARILAMAT4

MARITIM MALAYSIA CIPTA SEJARAH SERTAI PERAHU NAGA PESTA AIR ANTARABANGSA KUALA PERLIS 2025

KUALA PERLIS, 16 SEPTEMBER – Buat julung kalinya menyertai acara sukan air, pasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kuala Perlis mencatat sejarah apabila mara ke separuh akhir perlumbaan perahu naga kategori Jabatan Kerajaan sempena Pesta Air Antarabangsa Kuala Perlis 2025 sebelum menamatkan saingan di tempat keempat keseluruhan.

Pasukan ini dibarisi 15 pegawai dan anggota Zon Maritim Kuala Perlis yang memperlihatkan disiplin serta semangat juang tinggi sepanjang pertandingan.

Kejayaan ini turut mendapat sokongan penuh Pengarah Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Nak Rong a/l Si Prom, yang hadir memberi dorongan kepada pasukan.

Persediaan pasukan dikukuhkan dengan latihan intensif selama tiga minggu bersama jurulatih Wan Shaharudin bin Wan Ali, yang menitikberatkan keserasian dan kekuatan fizikal peserta.

Terdahulu, pasukan melancarkan jersi rasmi dalam satu majlis ringkas selepas program Sembang Santai Sahabat Maritim, sekaligus menjadi simbol penyertaan rasmi agensi dalam kejohanan berprestij itu.

Penyertaan sulung ini membuktikan keterlibatan Maritim Malaysia bukan sahaja dalam aspek penguatkuasaan, malah juga dalam aktiviti masyarakat dan kesukanan.

Ia secara tidak langsung merapatkan hubungan dengan komuniti serta menyemarakkan semangat setiakawan dalam kalangan warga agensi.

PERAHU NAGA KP2
 
PERAHU NAGA KP3
 
PERAHU NAGA KP6
 
PERAHU NAGA KP7

ANGGOTA APMM SERTAI KURSUS MACHINERY TECHNICIAN ‘A’ SCHOOL DI AMERIKA SYARIKAT

PUTRAJAYA, 16 SEPTEMBER – Seramai empat anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah berjaya menamatkan Kursus Machinery Technician ‘A’ School yang berlangsung dari 16 Jun hingga 12 September 2025 di US Coast Guard Training Center, Yorktown, Virginia, Amerika Syarikat.

Kursus yang berlangsung selama 13 minggu ini disertai oleh 25 pelajar, terdiri daripada 21 anggota US Coast Guard (USCG) dan 4 anggota BM Tek (M) Mohd Syam bin Selamat, BM Tek (M) Mohamad Ibrahim bin Osman, BM Tek (M) Syaiful Hazewan bin Sulong, dan LK Tek (M) Mohd Wafi bin Hassan. Ia bertujuan memberikan pengetahuan asas kejuruteraan marin, teknik penyelenggaraan serta kemahiran pembaikan peralatan bagi melahirkan jurutera kapal muda yang berkualiti dan berdaya saing.

Selain itu kursus ini turut memberi pengetahuan asas tentang pembaikan kerosakan dan bot, pendedahan peserta kepada teknik terkini dalam bidang kejuruteraan kapal selain menjadi medium perkongsian ilmu, pendapat dan cabaran bersama tenaga pengajar serta peserta luar negara.

Sepanjang kursus, para peserta turut didedahkan dengan kombinasi kuliah teori, bengkel praktikal dan latihan makmal yang meliputi prinsip teori sistem mekanikal, kaedah pengoperasian mesin dengan selamat, teknik penyelenggaraan dan pembaikan peralatan, proses mengenalpasti masalah mekanikal (troubleshooting) dan sistem hidraulik serta mesin elektrik.

Kerjasama strategik antara Maritim Malaysia dan USCG ini bukan sahaja meningkatkan tahap kepakaran teknikal anggota, malah memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang latihan dan kejuruteraan maritim.

 

KURSUS US2
 
KURSUS US4
 
KURSUS US6

MARITIM NEGERI PULAU PINANG PERKUKUH USAHA PEMULIHARAAN MARIN MELALUI PROGRAM PELEPASAN ANAK PENYU

PULAU PINANG, 16 SEPTEMBER – Usaha bersepadu dalam memelihara khazanah marin negara diteruskan dengan pelaksanaan Program Pelepasan Anak Penyu yang telah disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, di Pantai Angsana, Teluk Bahang, Pulau Pinang, pada Ahad lalu.

Program berimpak tinggi ini merupakan hasil kerjasama strategik antara Ikhtiar Foundation, Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Negeri Pulau Pinang, dan Aquaria KLCC, Kuala Lumpur.

Program ini menyaksikan pelepasan sejumlah anak penyu yang ditetaskan di pusat konservasi dan kini dilepaskan ke habitat semula jadi mereka sebagai sebahagian daripada langkah konservasi jangka panjang.

TYT Tun turut melepaskan sejumlah 68 anak penyu sebagai simbolik kemerdekaan Malaysia yang ke 68 tahun. Aktiviti ini turut melibatkan penyertaan komuniti setempat, serta sukarelawan yang hadir bagi menyaksikan detik bermakna tersebut.

Selain pelepasan anak penyu, program turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti, antaranya pameran keselamatan laut oleh pihak Maritim Malaysia dan beberapa pameran agensi strategik yang lain.

Usaha ini selaras dengan komitmen jangka panjang Negeri Pulau Pinang dalam mencapai pembangunan lestari serta pemeliharaan ekosistem marin bagi generasi akan datang.

 

PELEPASAN PENYU2
 
PELEPASAN PENYU3
 
PELEPASAN PENYU4
 
PELEPASAN PENYU5

Lebih banyak artikel..

Grid List

MARITIM NEGERI PAHANG MERIAHKAN HARI TERBUKA ARMADA KE-92 DI TANJUNG GELANG

KUANTAN, 6 MEI – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Pahang terus memperkukuh kerjasama strategik bersama Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerusi penglibatan aktif dalam pameran Hari Terbuka Armada (HTA) yang berlangsung di Pangkalan TLDM Tanjung Gelang, di sini semalam.

Pengarah Maritim Negeri Pahang, Laksamana Pertama Maritim Haji Mazlan bin Mat Rejab berkata, penglibatan Maritim Malaysia dalam sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) TLDM ke-92 ini merupakan platform terbaik bagi agensi untuk mendekati masyarakat serta mempromosikan peranan agensi dalam menjaga keselamatan perairan negara.

Suasana di reruai pameran Maritim Malaysia turut diserikan dengan kehadiran Panglima Wilayah Laut 1 (MAWILLA 1), Laksamana Muda Azman bin Rabani.

Ketibaan beliau disambut oleh Timbalan Pengarah Logistik Maritim Negeri Pahang, Komander Maritim Fakhrul bin Akmal.

Dalam rangka lawatan tersebut, Laksamana Muda Azman meluangkan masa meninjau pengisian pameran serta beramah mesra dengan petugas agensi, selain turut menyempurnakan sesi tandatangan buku pelawat.

Sepanjang pameran yang berlangsung selama dua hari bermula 2 hingga 3 Mei itu, lebih 2,000 pengunjung telah hadir memeriahkan reruai Maritim Malaysia.

Pengunjung berpeluang melihat lebih dekat aset-aset replika maritim serta mendapatkan maklumat terperinci mengenai kerjaya dan fungsi penguatkuasaan di laut.

Penglibatan Maritim Malaysia ini jelas menunjukkan komitmen bersama serta kerjasama erat antara Maritim Malaysia dan TLDM dalam memastikan kedaulatan serta keselamatan Zon Maritim Malaysia (ZMM) sentiasa terpelihara melalui sinergi yang utuh.

HTA KTN
 
HTA KTN3
 
HTA KTN4
 
HTA KTN5

hrmisJPAkkdnlogo KSN logo mampu MDECMyGovSPA cropped logo SPRM AMSAS   AMSAS 
 
usa coast guard logoJPAkkdnlogo     KSN   logo mampu  MyGovSPA cropped logo SPRM  WhatsApp Image 2021 06 21 at 09.42.28    AMSAS   MDEC