Bahagian Bekalan adalah salah satu bahagian di bawah Sektor Logistik. Bahagian ini dibahagikan kepada 2 Cawangan iaitu Cawangan Bekal Am dan Cawangan Bekal Teknikal.Fungsi Bahagian Bekalan adalah seperti berikut:
- Mengkaji dan menyediakan dasar dan spesifikasi teknikal bagi catuan, pakaian, pengurusan bahan bakar dan peralatan operasi.
- Menyedia, menyemak dan menyelaras keperluan harta modal dan inventori yang diperlukan oleh Maritim Negeri dan Zon Maritim.
- Menyedia, menyemak dan memantau arahan pelaksanaan kontrak yang baharu apabila kontrak diwujudkan.
- Memantau arahan pelaksanaan kontrak berkaitan catuan, pakaian dan pengurusan bahan bakar di Maritim Negeri dan Zon Maritim.
- Memantau arahan pelaksanaan kontrak pusat pembekalan peralatan operasi di Maritim Negeri dan Zon Maritim.
- Menyedia dan menyelaras keperluan kewangan bagi keperluan catuan, pakaian, pengurusan bahan bakar dan peralatan operasi.
- Memberi khidmat nasihat mengenai arahan dan peraturan semasa yang dikeluarkan oleh Perbendaharaan melalui surat dan pekeliling.
- Memberi khidmat nasihat berhubung pelupusan dan hapus kira bagi peralatan operasi.
- Memberi khidmat nasihat mengenai hal-hal pentadbiran yang melibatkan persuratan, rekod, dokumen, kebajikan dan kerjaya anggota.
- Menyelia pengurusan senjata dan peluru serta menyelaras semua perolehan persenjataan termasuk pembekalan peluru dan bahan letupan.