MARITIM NEGERI PAHANG ANJUR HARI KESEDARAN KESELAMATAN MARITIM
MARITIM NEGERI PAHANG GAGALKAN CUBAAN SELUDUP MASUK ROKOK TANPA CUKAI BERNILAI RM105 RIBU
LUPUS SECARA MUSNAH PECAH DUA BOT VIETNAM
MARITIM NEGERI PAHANG TAHAN SATU BOT NELAYAN TEMPATAN, 5 KRU MYANMAR
MARITIM MALAYSIA GAGALKAN CUBAAN SINDIKET MENYELUDUP 26 KG DADAH
BOT NELAYAN TEMPATAN KELAS C DITAHAN: TIADA PERMIT KERJA
TAHAN BOT NELAYAN TEMPATAN, GAJI WARGA ASING TANPA KEBENARAN
OP PAGAR LAUT: TAHAN DUA BOT NELAYAN VIETNAM DI HARI RAYA
OPERASI PEMANTAUAN UDARA DAN LATIHAN AIRCRAFT FAMILIARIZATION BAHAGIAN OPERASI UDARA MARITIM MALAYSIA BERSAMA ZON MARITIM MIRI
MIRI, 17 Jun – Bahagian Operasi Udara (BOU) Maritim Malaysia telah melaksanakan Operasi Pemantauan Udara dengan menggunakan pesawat Bombardier CL-415 di sekitar perairan Zon Maritim Miri pada 10 hingga 17 jun yang lepas, diketuai oleh Leftenan Komander Maritim Yusni berserta empat orang kru.
Tiga orang pegawai Zon Maritim Miri turut telah diberi kesempatan untuk menyertai bersama Operasi Pemantauan Udara tersebut dan hasil pemantauan mendapati tiada sebarang pencerobohan bot nelayan asing dikesan, manakala kapal China Coast Guard (CCG) juga tidak kelihatan di kawasan Beting Patinggi Ali.
Pada 15 dan 16 Jun, Pesawat Bombardier CL-415 turut melaksanakan latihan Aircraft Familiarization bersama Airport Fire and Rescue Service (AFRS).
Latihan ini bertujuan untuk menambah ilmu pengetahuan kepada petugas AFRS dalam menangani kecemasan berkaitan pesawat Bombardier.
Dengan pelaksanaan operasi dan latihan seumpama ini di harap memberi pendedahan kepada pegawai dan anggota di Zon Maritim Miri berkenaan dengan pelaksanaan pengoperasian Pemantauan Udara oleh BOU serta kolaborasi Pesawat CL-415 dengan unit-unit berkaitan di lapangan amnya.